loading...

Tuesday 6 March 2018

'Saya tak dera, saya ajar anak mengaji dan solat tetapi dia tak faham' - Suami Ziana Zain didakwa di Mahkamah kerana cederakan anak dengan rotan


Suami kepada penyanyi Ziana Zain, Armin Zaharin Ahmad Zambri didakwa di Mahkamah Majistret Shah Alam hari ini di atas pertuduhan mencederakan anak lelakinya dalam kejadian 25 Februari lalu, lapor Harian Metro

Bagaimanapun, Armin, 53, tidak mengaku bersalah di atas pertuduhan berkenaan selepas dibacakan jurubahasa mahkamah di hadapan Majistret Raja Noor Adilla Raja Mahyaldin. 

Difahamkan, kejadian itu berlaku pada jam 4 pagi 25 Februari lalu di kediamannya di Denai Alam, Shah Alam.

Mengikut pertuduhan, Armin didakwa telah menyebabkan kecederaan luka dan lebam terhadap seorang anaknya dengan menggunakan rotan. 

Armin didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan. Jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara tidak lebih 10 tahun atau denda, atau sebatan, atau dua daripada mana-mana seksaan itu. 

Ketika membuat rayuan, tertuduh yang tidak diwakili peguam memaklumkan tindakannya itu dilakukan bagi tujuan mengajar anaknya mengaji dan solat. 

"Saya tidak dera anak. Saya ajar dia mengaji dan solat tetapi dia tidak faham dan bebal. Saya bertanggungjawab terhadap empat anak selain mempunyai ibu yang sakit dan perlu menghantarnya ke hospital," katanya. 

Timbalan Pendakwa Raya Megat Mahathir Megat Tharif Afendi yang mengendalikan kes itu menawarkan ikat jamin tertuduh berjumlah RM10,000. 

Bagaimanapun, Hakim Raja Noor Adilla menurunkan jumlah jaminan kepada RM5,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan sebutan semula kes pada 4 April depan. 


Pada 27 Februari lalu, Ziana membuat laporan polis berhubung kejadian itu dan bertindak di atas laporan, polis telah menahan Armin pada Jumaat lalu untuk membantu siasatan. 

Sementara itu, Ziana dalam nada yang sebak meminta dirinya diberikan ruang seketika dan berserah kepada Allah SWT. Malah meminta semua pihak terutamanya peminat memahami situasi yang sedang dihadapinya itu. 

Pasangan berkenaan mendirikan rumah tangga pada Mei 1998 dan dikurniakan empat cahaya mata, Muhammad Aiman, 19, Muhammad Ammar, 14, serta pasangan kembar, Muhammad Ariel dan Siti Nur Kaseh, 9.


from The Reporter http://ift.tt/2oKNBDw
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat http://ift.tt/2Fht3wE
via IFTTT

0 comments:

Post a Comment

loading...