loading...

Thursday, 1 February 2018

(Video) 'Ini F**zi dah lepaskan aku dengan talak tiga kerana nak ikut isteri orang'


Viral di media sosial video seorang isteri berdepan dengan suaminya yang didakwa kantoi curang dengan wanita yang masih berstatus isteri orang, mencetuskan pelbagai reaksi netizen. 

Video dimuat naik Sharel Al Hafiz sejak semalam telah dikongsi lebih 10,835 kali di Facebook.

Menurut Sharel, kejadian berlaku pada jam 11 pagi semalam di kawasan rumah sewa kekasih si suami, Apartment Delima, Bukit Mertajam, Pulau Pinang. 

"Beliau dikatakan sedang berdua-duaan ketika diserbu oleh isteri dan anak-anak serta suami kepada wanita terbabit 

"Malah si suami sanggup menceraikan isterinya dengan talak tiga semata-mata mahu bersama isteri orang. Isteri orang itu pula masih lagi sah tetapi masih lagi mengikut jantan itu. 

"SubhanAllah, zaman sekarang makin menjadi-jadi dengan maksiat sebegini. 

"Dikatakan perempuan itu mempunyai tiga orang anak, sanggup tinggalkan anak-anak dan menipu suaminya semata-mata mahu mengikuti suami orang itu. 

"Semoga Allah memberi petunjuk dan hidayah kepada mereka. Bertaubatlah sebelum terlambat. Ingatlah bahawadoa isteri yang teraniaya dimakbulkan Allah," tulis Sharel. 

Berdasarkan dua video tersebut, si suami bersikap kebudak-budakkan apabila berdepan dengan isteri dan sanggup mengajak suami kepada kekasihnya bertumbuk. 


Si isteri berkali-kali meminta suaminya mengulangi semula lafaz cerai talak tiga yang dilafazkan terdahulu, namun lelaki itu enggan berbuat demikian. 

Berang diasak berkali-kali menyebabkan lelaki itu hilang sabar lalu menepis telefon isterinya dari terus merakam kejadian itu sebelum berlaku pergelutan di antara mereka berdua. 

Telefon bimbit yang terjatuh itu kemudian dipijak oleh suaminya sehingga rosak. 


Dalam video kedua, si isteri 'memperkenalkan' kekasih' suaminya kepada netizen dan meminta netizen menilai sendiri tindakan wanita terbabit yang sanggup merosakkan rumah tangga orang lain. 

Sementara itu, netizen mendoakan si isteri bersabar dan tabah menghadapi dugaan itu. Ada segelintir netizen pula berpendapat perkara itu tidak perlu diviralkan, sebaliknya dibawa terus dan selesaikan di mahkamah.


from The Reporter http://ift.tt/2rZjVX5
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat http://ift.tt/2s6d5PR
via IFTTT

0 comments:

Post a Comment

loading...