Sejak beberapa yang lalu, viral di media sosial beberapa aduan pengguna susu Dutch Lady yang mendakwa anak mereka mengalami demam, ruam, batuk, cirit birit selepas minum susu formula bagi usia 1-2 tahun berkenaan.
9 Februari lalu, Reza Shamsudin mendedahkan, beliau sendiri telah menghubungi pihak Pejabat Kesihatan Jerantut dan dimaklumkan bahawa ada dua aduan berhubung perkara itu.
"Kami dah pergi ke Pejabat Kesihatan Jerantut dan ya mereka sudah ada menerima aduan pertama sebelum kami datang menjadi aduan kedua.
"Pengadu pertama juga mengatakan anak mereka mengalami simptom yang sama iaitu ruam merah di bahagian leher dan kelangkang, batuk-batuk, cirit-birit dan demam panas on/off," katanya.
Sementara itu, jam 8.05 pagi tadi, Nick Sha Anuar memuat naik perkongsiannya mengenai masalah yang sama menimpa bayinya yang baru berusia lapan bulan.
"Hi ibu bapa semua. Tujuan saya menulis ini ingin berkongsi kejadian yang baru berlaku pada anak saya. Anak saya ditahan wad petang tadi kerana keracunan susu. Dengar seperti biasa tetapi bila berlaku pada anak sendiri, perasaan sebagai seorang ibu itu, sukar hendak digambarkan.
"Anak saya mula mengalami cirit birit sejak tujuh hari lalu. Pada hari ketiga cirit birit, saya terus bawa anak pergi ke klinik kerajaan yang berdekatan rumah. Bila diperiksa, doktor kata mungkin tersalah makan lalu diberi air garam dan mungkin akan pulih dalam dua tiga hari.
"Bagaimanapun, dua hari kemudian anak saya mengalami demam panas suhu 38'C ke atas. Saya bawa anak pergi ke klinik swasta untuk diperiksa. Doktor periksa dan beri ubat. Katanya keadaan cuaca sekarang, ramai bayi yang demam dan cirit birit. Nasihatnya kalau anak masih tidak menunjukkan sebarang perubahan positif, terus bawa anak ke hospital.
Nick Sha Anuar |
"Selepas itu saya balik dan beri ubat tetapi demam anak tidak kebah. Malah cirit biritnya semakin menjadi-jadi sehingga saya yang kasihan melihat keadaannya begitu. Semasa anak tidur pun masih membuang lagi.
"Hari ini saya terus bawa anak pergi mendapatkan rawatan di hospital besar berikutan demam anak tak menunjukkan tanda-tanda mahu sembuh dengan suhunya yang tak turun. Diberi makan ubat, suhunya turun sekejap. Kemudian demam dan cirit birit semula selain mengalami batuk dan selesema sehingga mulut dia kemerahan.
"Bila doktor datang dan tanya beri anak minum susu apa, saya beritahu anak minum susu Dutch Lady. Doktor meminta sampel susu anak. Tidak lama selepas itu, doktor kata anak saya mengalami keracunan susu sebab susu itu tidak elok, seperti susu tiruan.
Foto Nick Sha Anuar |
"Doktor periksa keadaan dalam tekak anak dan naik ruam. Tekak anak penuh merah dan sebab itu anak muntah dan tidak mahu minum apa-apa disebabkan sakit. Doktor kata dah jadi jangkitan kuman yang menyebabkan anak cirit tak berhenti-henti.
"Saya dah beri dua pek pada anak tetapi saya tidak tahu yang susu itu sebenarnya punca anak saya demam panas dan cirit birit tak berhenti. Anak masih bayi dan baru berusia lapan bulan. Nak masuk jarum di tangan tak dapat, ambil di kaki pula. Sampai tak ada suara anak saya menangis.
Foto Nick Sha Anuar |
Nick Sha Anuar |
"Saya tak salahkan susu tetapi tolong tengok balik kandungan susu tersebut. Kasihan anak-anak kecil yang terpaksa menahan sakit dan menangis tak henti-henti. Saya terus pergi ke farmasi untuk membeli susu lain sebagai ganti. Doakan anak saya kembali sihat.
"Tidak perlu kecam, komen yang baik-baik dan untuk makluman saya salah seorang ibu yang tidak mampu nak memberi anak susu badan sebab susu dah kering. Niat saya memang nak beri anak menyusu badan sampai usia dua tahun tetapi di usia bayi saya lima bulan, susu saya dah kering disebabkan saya bekerja.
"Tujuan saya berkongsi apa yang berlaku ini adalah kerana saya risau kalau bayi-bayi yang lain juga mengalami perkara yang sama seperti anak saya. Niat di hati berkongsi sebagai pengajaran buat kita semua," katanya.
Sementara itu semakan di laman Facebook rasmi Dutch Lady Malaysia masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung masalah yang timbul biarpun dihujani pelbagai pertanyaan dari netizen yang merupakan pengguna susu formula berkenaan.
Namun difahamkan, pihak berkenaan sedang mengumpul semua aduan pengguna dan menyiasat segala aduan yang dikemuka.
Dalam masa yang sama, Reza menasihatkan para pengguna yang mengalami masalah tersebut membuat aduan rasmi kepada pihak Dutch Lady Malaysia melalui telefon 1800-88-1191 atau emel dutchladycareline@frieslandcampina.com.
"Pastikan anda memberikan kod penting (Batch Codes) dan waktu yang boleh dirujuk pada pek susu Dutch Lady anda.
"Maklumat ini penting untuk rekod pihak Dutch Lady Malaysia analisa masalah yang telah berlaku dan puncanya dari keluaran batch yang mana dan waktunya," katanya.
from The Reporter http://ift.tt/2o1uq78
via IFTTT
from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat http://ift.tt/2nU1M8D
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment