loading...

Saturday, 10 February 2018

'Daripada sewa tapak, baik pakcik jalan-jalan cari rezeki'


Di usia 55 tahun ke atas, biasanya kita melihat golongan warga emas ini banyak menghabiskan masa berehat di rumah, melakukan kerja-kerja ringan, melayani cucu-cicit dan yang sewaktu dengannya. Tetapi tidak bagi Pakcik Isa yang masih mengerah tenaganya berjalan ke serata kawasan untuk mencari rezeki.

Nyna Rashid pernah bertanya kepada Pakcik Isa mengapa tidak menyewa tapak sahaja dan menunggu orang datang membeli. Namun jawapan Pakcik Isa, adalah lebih baik dia berjalan 'mencari' rezeki itu daripada duduk menunggu rezeki. (Uii! Deep jawapan beliau).

ALHAMDULILLAH, hari ini dengan izin Allah bertemu juga aku dengan pakcik si galas bakul anyaman ini. Aku sebak tengok dia galas bakul itu. Bayangkanlah pakcik ini ayah atau atuk korang sendiri. 

Nama pakcik ini, Mat Isa. Umur dia 66 tahun berasal dari Siam. Bila dia datang ke sini, dia duduk menyewa di Sungai Buloh. Kerja dia berjalan-jalan menggalas bakul-bakul beg anyamannya itu dari satu kawasan ke satu kawasan. 

Pakcik ini datang sini sebulan cop permit. Cukup 20 hari, dia akan balik ke Siam semula untuk cop permit lagi. Kecuali bulan puasa saja pakcik Isa tak datang berniaga di sini. Tak tahulah kenapa, mungkin penat agaknya nak jalan-jalan kan? 





Kraftangan pakcik Isa galas ini bukan dia yang anyam, tetapi ada orang lain yang buat. Pakcik Isa cuma mencari rezeki dengan berjalan merata-rata mencari pelanggan. Kalau korang tengok sendiri, korang pun kagum sebab pakcik Isa ini memang tidak mengenal erti berputus asa.

Aku bertanya pada dia semalam, kenapa pakcik tak sewa tapak saja? Kan lebih mudah pakcik tunggu saja orang beli, tak payah penat-penat berjalan ke sana sini. Nak tahu apa jawapan dia? 

"Rugilah sewa tapak, nak bayar mahal. Lepas itu belum tentu dapat untung banyak. Baik pakcik jalan-jalan cari rezeki," katanya. 

Nampak saja macam ringan barang-barang itu. Tetapi dah banyak macam itu mestilah berat dok galas jalan sana sini pula. Korang kalau ternampak pakcik Isa, belilah satu dua beg. Yang paling murah pun tak apa. Sekurang-kurangnya pakcik Isa gembira. Sumpahlah, aku tak sampai hati nak tengok.




Antara produk yang pakcik Isa galas ini, ada beg macam-macam design, tikar, bakul. Semua anyaman ini dihasilkan dari anyaman tali plastik. Memang tahan lasak. Harga dijual mengikut saiz dan reka bentuk produk tersebut antara RM15-RM70. 

Kalau korang bukan jenis yang pakai beg kraftangan ini, boleh juga hadiahkan untuk mak korang. Confirm mak-mak pandai guna kegunaan beg anyaman ini lagi-lagi kalau nak pergi pasar, simpan telekung. 

Di sini korang dah dapat dua pahala. Dapat gais? Aku bagi idea saja tau. 

Alhamdulillah, sampai ke seberang nak order bakul Pakcik Isa. Thanks a lot kepada yang sebarkan kisah bakul-bakul pakcik Isa. 




Alhamdulillah, banyak gila akak ini borong gais. Aku yang nak menangis sekarang ini. Mesti pakcik Isa happy sangat. Murah rezeki pakcik. 

Mudah-mudahan dipanjangkan lagi usia pakcik, diberikan kesihatan yang baik. InshaAllah. Kita doa sama-sama ye. 

Sumber: Nyna Rashid


from The Reporter http://ift.tt/2nYsgFr
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat http://ift.tt/2EXe5YY
via IFTTT

0 comments:

Post a Comment

loading...