Anak-anak merupakan permata yang berharga buat ibu bapa. Mereka adalah penyeri dan pengubat segala kesedihan. Tetapi, apabila kegembiraan mereka diragut dengan kesakitan, ibu bapa juga yang paling risau dengan keadaan anak-anak. Walaupun seharian sibuk dengan urusan kerja, pangkat dan kemewahan namun ini tidak memberikan apa-apa makna sekiranya berlaku perkara yang diingini kepada anak-anak.
Perkongsian dari bekas seorang doktor, Farhanah Ibrahim memberikan amaran kepada ibu bapa supaya sentiasa memantau kesihatan anak-anak. Dia tidak mahu ibu bapa di luar sana mengulangi kesilapannya. Dahulu, dia seorang doktor yang amat mementingkan kariernya sehingga mengabaikan kesihatan anaknya sendiri.
IBU-IBU WAJIB BACA. JANGAN ULANGI KESILAPAN SAYA
DULU masa saya masih bekerja dengan kerajaan, ada satu peristiwa yang saya masih ingat sampai saat ini. Pada masa itu, anak-anak demam berjemaah. Suhu Iffah 37.7°C saja, tetapi Irfan dan Irsyad konsisten sampai 39°C dan lebih 40 degree. Melepek dan lembik saja. Irsyad hanya nak breastfeed dan tidak berselera untuk makan.
Tetapi disebabkan saya ini seorang yang sangat berdedikasi lagi berwibawa, saya memang akan fikirkan rakan sekerja lain. Nanti kalau saya ambil cuti kecemasan, tak cukup MO dan pesakit kena tunggu lebih lama. Kasihan mereka dan sebagainya.
Pada mulanya saya menjangkakan selepas tiga hari demam anak-anak akan reda. Tetapi saya silap. Hari kelima suhu demam anak masih tinggi. Dapat pula pakej selesema dan batuk. Satu minggu itu, malam-malam pun anak-anka batuk teruk. Perlukan gas MDI salbutamol malam dan pagi. Banyak malam kami anak beranak tak tidur lenar.
MASIH BEKERJA
Seingat saya, empat hari saya datang lewat ke klinik antara jam 8.02 pagi hingga 8.07 pagi. Punch card memang merah tetapi walaupun lambat dan muka seperti zombie kerana seminggu tak cukup rehat, saya masih juga berusaha untuk datang bekerja. Kalau boleh saya tidka mahu mengambil cuti kecemasan dan menyusahkan orang lain walaupun anak-anak di rumah lebih memerlukan ibu mereka.
Saya memang sudah merancang mahu membawa anak-anak pergi ke klinik untuk mengambil darah sebab bimbang jika demam denggi atau lebih teruk dari itu. Tetapi asyik tiada kesempatan. Doktor tak cukuplah, pesakit terlalu ramai dan bermacam-macam halangan.
Pada hari Jumaat lalu, saya mengalami kemalangan disebabkan sudah banyak hari tidak tidur dengan lena. Saya jadi seperti mental block. Dah nampak tembok besar di depan mata, tetapi saya jadi tergamam tak tahu nak tekan pedal brek bagaimana. Akhirnya say dan pemandu Serena bertembung bercium dengan tembok besar.
Ya Allah, rupanya mental block ini memang betul-betul wujud. Macam mana agaknya saya boleh terlupa pedal brek yang mana? Padahal setiap hari pandu kereta yang sama pergi kerja!
Bila dah kemalangan pun saya pergi juga bekerja. Dengan kereta kemek itu saya pergi juga ke klinik. Bagus tak saya? Tolonglah cakap saya bagus. Hahaha!
Untung siapa yang dapat saya jadi pekerja, memang sejenis yang tidak memberikan alasan. Dah kemalangan pun masih tak ambil cuti kecemasan sebab itu jugalah saya memang susah sikit nak bagi MC pada orang yang sakit-sakit ini.
SAAT KRITIKAL
Sambung cerita. Akhirnya di hujung minggu baru kami dapat bawa anak-anak ke hospital. Rupa-rupanya keadaan Irsyad sudah sangat teruk pada ketika itu. Nafasnya laju, dada berombak, berat badan turun banyak. Dia menangis pun tak keluar air mata sangat. Suaranya sayup-sayup saja kedengaran semasa pasang jarum.
Oksigen di dalam badannya tidak mencukupi. SPO2 tingga 89-91%. Paru-paru penuh dengan creps dan ronchi. Tanda saluran pernafasan dah collapse dan sempit. X-ray sebelah kanan dah putih (sepatutnya paru-paru yang sihat warnya hitam bila di x-ray).
Ya Allah, bayangkan apa perasaan saya sebagai sorang ibu, seorang doktor! Rasa seperti loser sangat pada masa itu. Kera di hutan disusukan tetapi... tak sanggup nak sambung.
Saya rujuk anak orang lain masuk hospital, tetapi anak saya sendiri tidak dirawat dengan betul-betul. Memang tidak boleh dimaafkan langsung. Kalau apa-apa yang berlaku pada Irsyad, saya tidak boleh maafkan diri sendiri. Ya Allah, nauzhubillah, nauzhubillah, nauzhubillah. Alhamdulillah Allah izinkan kami dapatkan rawatan just in the nick of time!
Jadi saya cuma nak cakap sesuatu sebagai pengajaran kepada diri sendiri.
1. UTAMAKAN YANG UTAMA
Memang kita mahu menjadi pekerja cemerlang, terbilang dan gemilang. Memang kita nak jadi colleague yang baik, tidak mahu menyusahkan orang lain di tempat kerja. Tetapi sedarlah kalau apa-apa yang berlaku kepada anak kita, tiada yang akan bertanggungjawab melainkan diri kita sendiri. Wang ringgit, pangkat dan kerja tidak akan dapat menggantikan anak-anak.
2. ALERT PADA TANDA AMARAN
Kalau anak-anak batuk selesema sikit-sikit, demam sikit-sikit, masih aktif, makan minum bagus, mungkin boleh harap pegasuh jagakan anak (bergantung pada keadaan). Tetapi ibu bapa wajib pantau tanda-tanda amaran pada anak-anak. Apa yang saya maksudkan dengan tanda-tanda amaran ini?
- Langsung tidak mahu makan minum
- Demam terlalu tinggi dan tidak kebah dalam masa 3 hari
- Lembik melepek dan tak aktif
- Sawan
- Kalau batuk selsema, perhatikan pernafasan anak-anak.
Kadang-kadang anak tak pandai cakap mereka ini sesak nafas. Jadi ibu bapa tolong peka. Tengok video Irsyad, itu antara tanda pernafasan anak-anak semakin teruk. Antaranya nafas laju dari biasa. Bila bernafas, ada lekuk di rusuk dan trakea.
3. YOU ARE STILL A MOM
Tak kisah ibu-ibu bekerja sebagai doktor, engineer, pensyarah, professor atau perdana menteri sekalipun. Ingat, tugas utama anda masih lagi sebagai seorang ibu.
By the way, saya izinkan video Irsyad Solihin tak pakai baju ini dikongsikan kepada ibu bapa yang lain untuk pengetahuan dan pengajaran agar semua berwaspada dan tahu cara mengesan tanda-tanda amaran pada anak-anak ini okey.
Sumber: Farhanah Ibrahim
from The Reporter http://ift.tt/2ET7O43
via IFTTT
from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat http://ift.tt/2sVW8bc
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment