loading...

Wednesday 7 February 2018

'Dah 2018 pun masih buat perangai camni...' - Netizen


Sudah 2018, namun masih ada segelintir pemandu teksi yang tidak menggemari perkhidmatan Uber dan Grab yang didakwa telah menjejaskan periuk nasi mereka. Sedangkan kerajaan juga telah membenarkan perkhidmatan Uber dan Grab beroperasi di negara ini. 

Dalam kejadian awal bulan ini sekali lagi memberikan imej yang tidak baik kepada golongan pemandu teksi apabila ada sekumpulan pemandu teksi di KTM Batang Benar yang didakwa telah mengancam seorang wanita yang mahu melanggan perkhidmatan Uber. 

"KETIKA berada di KTM Batang Benar, saya cuba mendapatkan perkhidmatan Uber tanpa mengetahui yang kawasan itu adalah kawasan larangan untuk Uber/Grab menjemput penumpangnya. 

"Apabila pemandu Uber sampai, saya masuk ke dalam kereta dan datang beberapa pemandu teksi lebih kurang lima atau enam lelaki menghampiri kereta Uber itu. 

"Mereka kemudian memberi sekeping notis kepada pemandu Uber (pakcik) dan salah seorang daripada mereka memaklumkan yang dia tidak boleh menjemput penumpangnya di kawasan ini seperti mana yang tertulis pada notis tersebut. Dan lelaki terbabit sangat biadab orangnya. 

"Kemudian, salah seorang daripada pemandu teksi itu membuka pintu bahagian penumpang belakang dan meminta saya keluar. Mereka menegaskan saya tidak boleh menggunakan perkhidmatan Uber kerana ia tidak dibenarkan beroperasi di kawasan ini. 

"Pakcik itu kemudian memandang saya dan berkata dia tidak dapat menghantar saya ke destinasi. Jadi saya keluar dari kereta dan sekumpulan pemandu teksi itu membebel-bebel. Sesekali mereka menjerit ke arah saya bahawa saya tidak boleh menghubungi Uber di kawasan ini. Hanya boleh melanggan perkhidmatan teksi atau menaiki bas. 

"Saya tak tahu nak buat apa, maka saya pun beredar dari KTM. 

"Saya cuba menghubungi rakan-rakan saya dan dalam masa yang sama sekumpulan pemandu teksi itu mengekori saya dan berulangkali menegah saya dari menghubungi Uber. 

"Saya menjelaskan kepada mereka yang saya sedang cuba menghubungi rakan dan tiba-tiba salah seorang daripada mereka datang ke arah saya dan meminta saya membaca notis yang ditunjukkannya. Sekali lagi saya menjelaskan saya hanya cuba menghubungi dan meminta rakan mengambil saya di situ. 

"Tak semena-mena dia bertindak merakam video saya dengan telefon bimbitnya. 

'Tak payah record la pakcik...'

"Dia kata dia akan buat aduan jika saya menghubungi Uber, malah dia akan memastikan saya tidak dapat menyambung pengajian. Ini sudah melampaui batas. 


"Saya benar-benar rasa ketakutan. Sudahlah seorang diri dan mereka pula ada enam orang. Beberapa minit kemudian, ada sebahagian dari mereka mula beredar dan salah seorang masih menunggu saya melintas jalan. Mungkin dia mahu memastikan saya tidak menghubungi Uber," kata Alice.

Difahamkan, Alice telah membuat aduan kepada secara online kepada Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) dan pihak berkenaan juga telah respon terhadap aduan tersebut. 


from The Reporter http://ift.tt/2nQ09Il
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat http://ift.tt/2BIN6BL
via IFTTT

0 comments:

Post a Comment

loading...