Pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kedah, Mohd Fauzi Mohamad berkata, sumbangan makanan seperti buah limau boleh dikategorikan sebagai satu bentuk pemberian rasuah jika pemberinya berniat untuk mendapatkan sesuatu.
Memetik kenyataan beliau dari portal Sinar Harian menjelaskan bahawa, pemberian dengan mengharapkan adanya balasa adalah satu bentuk jenayah.
"Semasa beri angpau, limau atau hamper dengan berniat dapatkan sesuatu atau merasuah, itu merupakan rasuah," katanya.
Bagaimanapun, pemberian sumpama itu bergantung kepada niat pemberi dan adalah sukar untuk membuktikan sesuatu niat itu baik atau sebaliknya.
"Tetapi ketika dia beri dengan niat nak beri makan, saya rasa tidak adil kita nak kata itu rasuah. Bergantung kepada niat pemberi rasuah. Namun jika mengikut undang-undang, ia rasuah," katanya.
Sementara itu di media sosial, netizen mempunyai pandangan mereka sendiri mengenai isu berkenaan.
"Sudahlah bagi buah limau dianggap rasuah, kalau yang lain itu tak pula. Fahamlah sikit, limau itu adat pemberian raya Cina, kita ini pula ketupat," kata Mohd Rozi.
"Kalau bagi kampit beras, gula, tepung, kain pelikat setiap kali menjelang pilihan raya, bagaimana?" soal Ahmad Abdullah.
"Senang saja. Jangan ambil apa-apa walaupun dari jiran, sahabat, anak, isteri sebab itu pun rasuah. Bulan ramadan pun, jangan terima pemberian buah kurma dari NGO, itu pun kira rasuah. Betul tak?" kata Simail Thohar.
from The Reporter http://ift.tt/2nXZDc5
via IFTTT
from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat http://ift.tt/2ssSncT
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment