loading...

Wednesday, 28 February 2018

Neelofa minta maaf dan akan bertanggungjawab sepenuhnya


Pelakon dan pengacara, Neelofa, akhirnya tampil memohon maaf dan mahu bertanggungjawab sepenuhnya terhadap penganjuran majlis pelancaran koleksi tudung dan majlis ulang tahun kelahirannya yang ke-29 di sebuah kelab malam Isnin lalu sehingga mencetuskan kontroversi yang mengundang pelbagai reaksi negatif netizen, lapor Berita Harian

Neelofa melalui Instagramnya berkata, Neelofa memohon maaf kerana menimbulkan tekanan dan sentimen negatif. Bagaimanapun mengucap terima kasih kepada pihak yang memberi sokongan dan memahami situasi yang berlaku. 

"Saya ingin mengucapkan terima kasih atas sokongan mereka yang faham situasi yang berlaku. Kami akan memberi perhatian yang lebih bagi memastikan imej produk dilindungi pada masa depan. Kami juga akan terus menjenamakan hijab hingga mencapai potensi sepenuhnya," katanya. 

Dalam kenyataan itu juga, Neelofa mengaku bahawa dirinya tidak sempurna dan menghormati pendirian dan maklum balas orang ramai berhubung kontroversi itu. 

"Saya bertanggungjawab sepenuhnya dan saya belajar daripada kesilapan," katanya. 


Terdahulu, Pengarah Urusan NH Prima International Sdn Bhd, Noor Nabila Mohd Noor, tampil memohon maaf di atas kontroversi berkenaan terutamanya kepada penyokong kuat jenama Naelofar dan semua individu yang terjejas dengan insiden itu.

Disebabkan kontroversi itu juga, Neelofa yang sebelum ini mempunyai 5.5 juta pengikut di Instagram turut kehilangan lebih 100,000 pengikut menjadikan jumlah terkini adalah 5.4 juta. 

Sementara itu di media sosial, netizen mendakwa laporan media yang mendakwa jualan tudung jenama berkenaan 'sold out' di laman web mereka susulan kontroversi yang dianggap 'berkesan' itu dipercayai hanya sekadar strategi pemasaran. 

Izar Azmi berkata, netizen jangan terlalu naif dan belajar serba sedikit mengenai strategi pemasaran itu agar tidak terperdaya. 

"Letak 'sold out' di website tu saya pun selalu buat. Launch jam 11.30 pagi, jam 5.30 petang dah sold out. Ingat system inventory untuk website itu tak boleh manipulated ke? 

"Kau pakai Prestashop ke, Wordpress ke, Shopify ke, Squarespace ke, Oberloo ke, semuanya boleh set tukar jadi konon-kononnya sold out. Padahal dalam warehouse berkoyan-koyan lagi balance. 


"Ini semua marketing strategi, jangan naif sangat. Hari ini letak sold out, maka berduyun-duyunlah yang lain gundah-gulana tak dapat beli. Tunggulah seminggu dua dia akan keluarkan semula 'kami restock atas permintaan ramai'. 

"Come on, benda ini banyak brand selalu buat, bukan brand ini saja. Jadi tak payah nak perasan yang dia sold itu tandanya dia berjaya walaupun launching di tempat seperti itu," katanya. 

BERITA BERKAITAN:


from The Reporter http://ift.tt/2oF1tOI
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat http://ift.tt/2oELLmB
via IFTTT

0 comments:

Post a Comment

loading...