Malangnya dalam kejadian jam 1.18 petang semalam, mangsa, Jimmy Soo dan abangnya cedera selepas diserang salah seorang penumpang kereta terbabit secara tiba-tiba.
"Semasa saya sedang menunggu abang saya di hadapan lot kedai di Kuchai Avenue, sebuah kereta Proton Saga BLM nombor pendaftaran WTP5263 telah membuat Pusingan U dan melanggar bahagian depan kereta saya.
"Pemandu kereta itu kemudian meneruskan perjalanan tanpa berhenti walaupun saya telah membunyikan hon beberapa kali.
"Abang saya yang baru saja keluar dari kedai terus masuk ke dalam kereta dan kami terus mengejar kereta terbabit lebih kurang 400 meter sebelum berhenti di persimpangan lampu isyarat.
"Ketika abang saya keluar untuk melihat kerosakkan pada kereta saya, dalam masa yang sama salah seorang penumpang kereta itu juga turut keluar berjalan ke belakang kereta sebelum pergi ke pintu pemandu kereta yang dinaikinya itu seolah-olah sedang mengambil sesuatu dari pemandunya.
"Lelaki itu yang membawa pisau di tangannya kemudian terus meluru dan mengacukan pisau itu ke arah abang saya tanpa berkata apa-apa sebelum diserang dan ditikam," katanya.
Beberapa rakan suspek termasuk pemandu kereta terbabit keluar dari kenderaan dan menyaksikan kejadian itu tanpa bertindak menghalang rakan mereka. Sebaliknya hanya membiarkan suspek menyerang mangsa.
Jimmy juga cuba bertindak meleraikan kejadian itu, namun gagal berbuat demikian.
"Abang saya terjatuh ke tepi jalan dan telah ditikam oleh lelaki itu.
"Saya juga tidak terkecuali dari menjadi mangsanya apabila dia secara tiba-tiba menumbuk muka saya ketika saya cuba meminta dia berhenti berbuat demikian. Dia tumbuk cermin mata saya sehingga menyebabkan kecederaan seperti yang ditunjukkan dalam gambar.
"Abang saya mengalami kecederaan di bahagian paha akibat ditikam dan menerima empat jahitan ketika mendapatkan rawatan. Kami telah membuat laporan polis di Balai Polis Salak Selatan Baru selepas kejadian itu.
from The Reporter http://ift.tt/2BqsvS1
via IFTTT
from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat http://ift.tt/2ECw8Gj
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment