Di bawah perkongsian pengalaman penulis sendiri yang didakwa berlaku di tempat letak kereta di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). Meremang bulu roma baca pengalaman beliau. Bayangkanlah jika anda berada di situasinya ketika itu.
Sekadar perkongsian kisah/cerita/pengalaman sebenar. Baca untuk suka-suka sahaja dan jangan sesekali terpengaruh dan timbul rasa takut. Selamat membaca.
SAYA nak kongsi cerita pengalaman saya di KLIA. Tak tahulah apa yang berlaku ini betul atau sebaliknya. Rasa seperti mimpi pun ada juga.
Suami saya nak outstation ke UK. Flight dia berlepas pada jam 11 malam di KLIA. Saya dengan anak-anak pun bersiap dan menghantar suami ke KLIA. Ingat nak gunakan kereta saya tetapi tiba-tiba minyak hitam pula low. Jadi terpaksa guna kereta suami.
Selepas suami masuk ke Balai Perlepasan KLIA, saya dengan anak berusia dua tahun terkedek-kedeklah nak balik. Berdua saja kan.
Sampai di parking lot, ketika saya sedang sibuk pasangkan belt carseat anak, tiba-tiba ada tangan yang menyentuh bahu saya. Saya terkejut sangat sebab saya tak dengar apa-apa mahupun bunyi orang berjalan.
Bila saya toleh ke belakang, ada seorang perempuan, memakai baju kurung berdiri dekat dengan saya. Mukanya pucat, pakaian berwarna putih dan agak lusuh. Kain batik seperti kain batuik mak-mak kita pakai itu warna coklat.
Yang menyeramkan, dia pegang baby yang dibalut dengan kain putih. Saya tak nampak dan baby itu pun tidak berbunyi.
"Kak, nak balik ke? Boleh saya tumpang?" dia bertanya.
Mak oi! Masa ini memang meremang gila! Sudahlah tak ada orang lain pada masa itu. Memang dalam KLIA, tetapi malam kejadian itu memang sunyi sangat-sangat. Sunyinya semacam, tak macam berada di KLIA2.
Saya tak jawab dan terus menyambung menguruskan belt anak dalam carseat. Kemudian baru saya bertanya dianak ke mana?
"Saya nak ke depan sana saja. Anak saya melalak-lalak seperti terkena histeria," katanya.
Saya pun, 'dah kenapa budak ini?'. Bila saya toleh balik, perempuan itu sudah hilang. Kan saya kata tadi saya bawa kereta suami, boleh pula terkial-kial nak buka lock kereta itu. Ya Allah, masa itu tuhan saja yang tahu macam mana perasaan saya pada ketika itu.
Duk tengok dalam kereta, takut perempuan itu ada di dalam. Tetapi saya tak cakap pula boleh atau tidak bila dia tanya nak menumpang tadi. Jadi, tidak mungkin dia masuk.
Semasa saya nak return parking ticket, ada orang parking di situ. Saya pun bertanya jika dia ada ternampak seorang perempuan membawa baby. Dia kata tak ada nampak. Saya pun apa lagi, terus pecut balik ke rumah. Sampai sesat-sesat saya dibuatnya masuk Putrajaya sampai ke Subang Damansara. Padahal nak pergi ke Setiawangsa.
Tak tahu, macam serba tak kena. Yang saya ingat, tidak jauh dari KLIA kereta saya berbau wangi sangat. Saya asyik tengok seat belakang saja kalau ada apa-apa. Anak pada masa itu pula sudah tidur lena. Taubat dah tak nak berani-berani lagi macam itu. Sampai di rumah pun lewat sangat sebab tersesat.
Sumber: Akusteeq
Hantarkan kisah anda di facebook.com/thereportermy
from The Reporter http://ift.tt/2BicNrO
via IFTTT
from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat http://ift.tt/2Etg7SQ
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment