loading...

Wednesday, 31 January 2018

Ibu bapa restu anak berkahwin dengan wanita lebih tua selepas ditawarkan RM3.1 juta


Perkahwinan seorang lelaki berusia 23 tahun dengan janda berusia 38 tahun ini viral di media sosial dan mengundang pelbagai reaksi netizen di China. 

Majlis perkahwinan pasangan itu berlangsung pada 10 Januari lalu di Qionghai, Hainan, China, viral di media sosial dan apa yang menariknya ialah ibu pengantin lelaki itu hanya setahun lebih tua dari isterinya. 

Difahamkan, ibu bapa pengantin lelaki pada awalnya menentang perkahwinan mereka dan memberikan alasan bahawa perbezaan usia 15 tahun di antara mereka sebagai alasan. Selain itu, umur anak janda berkenaan berusia 14 tahun, hasil perkahwinan terdahulu juga menjadi alasan mereka untuk menghalang perkahwinan pasangan itu. 

Terdahulu, wanita berkenaan yang merupakan seorang ahli perniagaan hartanah yang kaya itu hamil selepas bercinta dengan lelaki muda berkenaan mengambil keputusan untuk berkahwin. 

Selepas mendapati ibu bapa pasangannya tidak bersetuju dengan perkahwinan mereka, wanita berkenaan menawarkan wang perkahwinan sebanyak 660,000 Yuan, lot hartanah dan kereta Ferrari yang semuanya bernilai kira-kira 5,000,000 Yuan. 

Buta dengan tawaran itu, ibu bapa lelaki muda terbabit terus bersetuju dan memberi restu untuk mereka berkahwin. 


Pasangan itu berkahwin dalam sebuah majlis yang mewah, tiba dengan Ferrari merah dengan pengantin wanita memakai barang kemas dan perhiasan mahal lain. 

Sementara itu di media sosial, netizen mengucapkan tahniah  kepada pasangan berkenaan. Namun ada segelintir yang mendakwa lelaki muda itu berkahwin hanya kerana wang, bukannya kerana cinta sejati.

Sumber: mStar, Next Shark


from The Reporter http://ift.tt/2FB2j5X
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat http://ift.tt/2DQTOal
via IFTTT

'Kalau nak juga bergaduh, gaduh esok, saya tak oncall' - Netizen terhibur dan tersentuh dengan kisah 2 kongsi gelap ini

Foto sekadar hiasan sahaja
Kisah dua kumpulan kongsi gelap cuba membantu rakan mereka yang ditetak sehingga parah di Hospital Kuala Lumpur menarik perhatian netizen. Mana tidaknya, dari cara percakapan yang marah dan ganas, membuatkan ramai yang takut. Tetapi keadaan itu berubah apabila Doktor Pakar ini mengambil tindakan tidak dijangka untuk membuatkan dua kumpulan kongsi gelap itu terdiam dan tidak lagi menghamburkan kata-kata yang tidak sepatutnya. 

PERNAH dulu semasa saya bekerja di HKL, berlaku pergaduhan di antara geng kongsi gelap. Geng Melayu vs Geng India. Mangsa yang dibawa itu lelaki Melayu, teruk kena tetak. 

Geng-geng dia yang bawa dia sekali. Penuh Jabatan Kecemasan dengan abang-abang gangster pada masa itu. Menjerit sana sini sambil mencarut sini sana. Depa marah sebab kawan depa cedera. Boleh dengar dengan jelas depa call orang-orang depa melalui telefon suruh cari geng yang tetak budak ini dan kasi habis. 

Perkataan-perkataan perkauman, jangan cakaplah. 'Keling' itu memang depa sebut memanjang. 

Masa itu saya pakar oncall. Saya hantar doktor MO India untuk merawat lelaki yang cedera itu. Terus mereka senyap selepas itu. Tiada lagi perkataan 'keling'. 

Selepas itu mereka semua sebut India saja masa nak cerita apa yang berlaku kepada doktor. Siap abang long depa tunjuk jari suruh senyap pada anak-anak buah dia bila ada yang terlepas maki. 

Budak itu pun dihantar ke dewan bedah untuk menjalan pembedahan selepas itu. Dekat dua jam juga nak stabilkan dia di kecemasan. 

Selang satu jam kemudian, datang pula Geng India bawa mangsa. Sama havoc dan ganas. Rupa-rupanya Geng Melayu tadi balas dendam dan tikam dia. Sama juga maki hamun Melayu dan carut sana sini. 

Saya hantar doktor MO Melayu. Terus jadi senyap depa semua dan depa cakap elok-elok dan sopan santun dengan MO saya itu. 

Lebih kelakar, bila ditanya siapa waris nak minta sign borang kebenaran transfusi darah, semua 20 orang mengaku waris. MO saya confuse, lalu bertanya apa pertalian mereka semua? Depa kata,

"Kita semua Blood brothers." 

Saya menyampuk dan bertanya siapa adik beradik kandung mangsa, barulah tampil seorang brader muka nerd ini. Yang best tu, geng-geng India ini siap berjumpa dengan MO saya itu dan bertanya ada apa lagi yang depa boleh bantu. 

"Derma darah boleh ka?" 

MO saya senyum kelat saja dan kata, "Jangan cari gaduh dan balas dendam lagi untuk malam ini. Dah penat dah kami semua. Kalau nak juga bergaduh, gaduh esok. Saya tak oncall." 

Depa senyum dan kata, "Okey Doktor." 



from The Reporter http://ift.tt/2E0VJbP
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat http://ift.tt/2GzMQo0
via IFTTT

'Kak, semalam kau memang takde di rumah ye?'


Nota kaki: Berikut merupakan perkongsian cerita mistik dari Sarawak, oleh Annabellaruz2. Kisah yang berlaku ada merupakan pengalaman penulis dan keluarganya sendiri. 

Ini kisah yang baru terjadi di sebelah rumah aku di kampung. Aku ada menceritakan kisah kakak ipar sepupu yang meninggal akibat kanser payudara dalam cerita yang terdahulu. Walaupun telah bertahun-tahun berlalu, namun sesekali tetap ada gangguan di rumah dan bilik yang pernah dihuni oleh mendiang kakak ipar sepupu.

Beberapa minggu yang lalu, ketika sambutan ambang tahun baru, mak dan adik ipar sedang sibuk berkemas di dapur selepas sambutan tahun baru 2018. Masa menunjukkan lebih kurang jam tiga pagi. Dari dapur rumah sebelah pula, kedengaran bunyi seseorang sedang sibuk berkemas. 

Setakat yang mak aku tahu, makcik dan pakcik tidak berada di rumah pada ketika itu kerana mereka keluar menyambut tahun baru di rumah anaknya yang terletak selang empat buah rumah dari rumah kami.

Lagipun pada jam 12 tengah malam itu, seluruh penduduk kampung berkumpul di dewan orang ramai untuk sambutan tahun baru. Ada persembahan pentas dan nyanyian dari penduduk kampung untuk memeriahkan lagi sambutan tahun baru.

Rumah aku memang terletak berhadapan dengan dewan tersebut. Suatu ketika dahulu, sumber elektrik dewan berkenaan disambung dari rumah kami jika ada sebarang keramaian di dewan berkenaan sebelum dewan itu dipasangkan meter elektrik dan bekalan airnya sendiri. 

Mak aku diam sahaja sebab akhir-akhir ini sudah kerap sangat terdengar bunyi berkenaan. Tetapi adik ipar aku memang mulutnya cabul sikit.

"Mak, siapa ada di rumah sebelah? Tadi masa kat dewan, aku dengar pakcik dengan makcik cakap nak tidur di rumah Kak Pura sebab cucu dia yang duduk di Semenanjung itu dah pulang," soalnya.

"Eh, kau ni! Jangan banyak tanyalah," kata mak.

Adik ipar aku kembali menyambung kerja-kerja mencuci pinggan di sinki. Sementara itu mak pula menutup segala lauk pauk di meja dapur.

Keesokkan harinya, mak terserempak dengan makcik yang baru saja balik ke rumah setelah bermalam di rumah anaknya.

"Kak, semalam kau memang tak ada di rumah ye?’ tanya mak.

"Aku semalam tidur di rumah Pura. Angela anak beranak balik bercuti dari Semenanjung. Cuti dua minggu. Kenapa?" soalnya kembali.

"Dinihari tadi semasa aku dengan Ros tengah mengemas di dapur, aku dengar macam ‘dia' ada pulang ke rumah. Sibuk mencuci pinggan," kata mak.

"Kau ada dengar juga ke? Alang-alang kau dah bertanya tu, sini aku nak beritahu. Kalau ‘dia’ tu memang kerap balik ke rumah semenjak dua menjak ini. Kadang-kadang dia hempas pintu dengan pinggan mangkuk. Tapi bila aku suluh, tak ada pinggan mangkuk pun dalam sinki. 

"Kadang-kadang pintu dapur aku itu bergoyang macam kena goncang. Agaknya dia marah sebab suami dengan anak-anak dia tak duduk rumah itu. Sebab itu aku tak berani nak guna dapur di bahagian belakang itu. Dulu selalu juga aku guna dapur itu. Tetapi sejak ‘dia’ kerap balik ini, takut pula aku. 

"Itulah sebabnya aku suruh abang kau buat dapur lain di dinding ke pintu masuk rumah dorang itu. Lagipun kami tinggal berdua, tak kerap sangat guna dapur," katanya. 

Untuk pengetahuan, rumah makcik aku ini asalnya rumah bertiang tinggi. Almaklum rumah orang dulu-dulu memang tiangnya tinggi-tinggi. Rumah kami yang pertama batu dan tak bertiang tinggi. 

Apabila abang sepupu aku berkahwin, pakcik menyuruh dia membina rumah bersambung di belakang rumah pakcik. Jadi, dari rumah pakcik, terpaksa menuruni tangga untuk masuk ke rumah abang sepupu. 

Dua tiga tahun sebelum isteri kepada abang sepupu meninggal dunia pakcik merobohkan rumah kayu dan membuat rumah batu di tapak yang sama. Automatik rumah pakcik dan abang bersambung sampai ke belakang. Sejak dari itu, mereka berkongsi dapur yagn sama di bahagian belakang rumah bersebelahan dengan dapur rumah kami dan rumah adik bongsu aku yang terletak di belakang rumah mereka. 

Malam itu mak buat bertih jagung dan sediakan sedikit barang untuk upacara menghalau roh kakak ipar sepupu yang menganggu rumah tesebut. Roh kakak ipar sepupu itu berkata yang dia datang menjenguk rumah sebab suam idan anak-anak dia sudah lama tidak datang ke keburu. Bila dia menjengah ke rumah, suami dan anak-anaknya suadah tiada di rumah tersebut dan itu yang membuatkan dia marah. 

Sebenarnya suami dan anak-anaknya telah berpindah ke rumah adik bongsu yang tinggal berseorangan. Rumah adik bongsu terletak selang enam buah rumah dari rumah mereka. Mereka tidak lagi tinggal di rumah tersebut semenjak berselisihan faham dengan pakcik. 

Mak ada berpesan pada abang sepupu supaya kerap membawa anak-anak pergi ke kubur isterinya bagi menghalang rohnya daripada balik dan menganggu di rumah. Abang sepupu akur dengan nasihat mak dan smenetak itu tiada lagi kedengaran bunyi pinggan mangkuk dari dapur rumah tersebut. 

Tetapi aku tetap seram nak melalui lorong itu untuk pergi ke rumah adik aku sebab di laluan itu merupakan tempat mandi terbuka keluarga pakcik dan di situ juga mayat kakak ipar sepupu dimandikan sebelum dikebumikan. 



from The Reporter http://ift.tt/2DObI9O
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat http://ift.tt/2GxJAJN
via IFTTT

'Kalau minum milo nanti kulit anak hitam, betul ke?' - Dah 2018 pun ada soalan camni


Tidak dinafikan, adakalanya wujud segelintir pengguna Facebook bertanyakan soalan-soalan yang kurang cerdik dan tidak masuk akal. Hendak ditegur, bimbang pula tersentap. Nak dihentak kepala sendiri ke dinding, kita yang sakit. Apa yang boleh dibuat, dua tangan ke bahu dan mata pandang ke atas. 

Baru-baru ini, seorang wanita yang sudah tidak dapat menahan kesabarannya menghadap soalan-soalan pelik di sebuah group Facebook, menegur segelintir golongan ibu-ibu berkenaan. 

MACAM mana saya boleh berada dalam group Facebook Kelab Ibu Mengandung Malaysia (KIM) ini? Pening kepala saya menghadap soalan-soalan yang tidak masuk akal dalam group ini. 

Soalan: "Betul ke minum milo, anak jadi hitam?" 

Anak tak hitam kak, tahi awak je jadi hitam. Kenapa tak tanya saja kalau minum sirap, anak keluar jadi warna merah tak?


Selepas itu ada jenis bodoh-bodoh alang tunjuk UPT test double line, "Korang rasa ini positive ke negative?". Awak bukannya buat HIV Test. Sebelum awak buat, awak tak tengok ke arahan di belakang plastik itu? Atau awak jenis yang tidak tahu membaca ke macam mana? 


Soalan: "Anak demam ni, apa korang buat ek?"

Apa punya soalan. Bawalah anak pergi ke klinik/hospital. Awak buat apa menggelupur pergi bertanya di Facebook lagi, dah kenapa? 

Soalan: "Agak-agak kenapa dengan mulut anak saya?"

Padahal awak dah boleh agak ada sesuatu yang tidak kena dengan anak awak (penuh dengan kulat susu), awak ingat tukang komen di Facebook boleh mengubat anak awak ke? Itu anak awak ke atau anak diorang? Kot anak awak itu alergik telur, alergik debu, alergik steroids, awak tak payah ambil nasihat tukang komen yang main rasa-rasa. 

Soalan: "Anak kuning ni, nak buat macam mana?" 

Buat apa lagi? Bawalah anak pergi ke hospital mak-mak oi! Takkan awan nak biarkan anak awak kuning sampai jadi jagung?!! 



Hello!! Dah masuk tahun 2018 dah ni. Awak tahu tak zaman sekaransg anak-anak kita belajar sikit punya susah. Awak masih lagi nak jadi mak yang asyik bertanya soalan bodoh merata-rata. Pleaselah! Saya menyampah betul dengan orang yang buat-buat bodoh. 

Eh anak kita nak kena vaksin tak ?
Eh anak kita baru dua bulan boleh tak bagi nestum? 
Eh anak kita dah tiga hari cirit birit tapi takut pula nak bawa pergi hospital, kesian kena cucuk banyak kali?

Satu perkara saya nak cakap yang awak jenis mak yang memang tak ada otak. Saya tengok makeup di profile picture masing-masing dah lawa tetapi lupa nak makeup otak! Kalau ada yang nak terasa, silakan. Berbuih mulut jururawat beri nasihat dari awal awak mengandung sampai bersalin, sampai anak awak masuk tadika dan awak pula sibuk dengan group entah apa-apa itu. 

Tolonglah jadi mak yang ada otak sikit, yang boleh atau berkemampuan untuk berfikir. Boleh?! Kalau saya jadi suami korang, saya rimas! 



from The Reporter http://ift.tt/2Es9NJ8
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat http://ift.tt/2GzOMwI
via IFTTT

'Fayyadh nak masuk syurga'


Inna Lillahi wa inna ilaihi raji'un. Perginya seorang anak syurga setelah puas bertarung nyawa di Unit Rawatan Rapi selepas disahkan diserang virus Meningitis with Shock Bronchopnemonia di bahagian otak pada pagi 22 Januari lalu.

Hilangnya suara anak yang dirindui, keletahnya meminta susu dan makanan kegemarannya. Sehingga ke saat ini, ibu bapanya masih terasa akan kehadiran si anak. Sungguh kami bersimpati dengan dugaan yang menimpa keluarga ini. Semoga keluarga Muhammad Fahdli tabah menghadapinya.

ASSALAMUALAIKUM semua sahabat, ahli syurga. Terima kasih banyak-banyak kepada sahabat-sahabat yang hdir di Masjid BTHO dan tanah perkuburan tempoh hari dan juga kepada yang telah mendoakan kami sekeluarga. Jasa anda memang tidak dapat kami balas dengan kata-kata. Semoga kalian semua dimurahkan rezeki dan dipanjangkan umur. Aminn.

Anak saya Muhammad 'Aisy Fayyadh boleh saya katakan seorang anak yang baik, rajin, sopan, alim, mendengar kata dan pandai berdikari. Dia baru saja masuk sekolah tadika Pasti empat tahun, selama tiga minggu ini 




Punca virus yang menyerang otak dia masih lagi dalam siasatan doktor. Nama penyakit dia dikenali sebagai Meningitis with Shock Bronchopnemonia, sejenis penyakit radang otak dan jangkitan virus di paru-paru. Virus itu merebak dari otak ke paru-paru dan terus ke jantung dengan sekejap. 

Pada mulanya dia mengadu sakit perut pada Jumaat malam, 19 Januari 2018 dan muka muntah-muntah pada hari Sabtu. Dia menjadi tidak larat untuk makan dan minum. Keadaannya itu berpanjangan sehingga ke hari Ahad. Tetapi muntahnya sudah berkurangan, mungkin sebab tiada makanan lagi yang hendak dimuntahkan. 

Tips: Jika kanak-kanak muntah berpanjangan tetapi tidak mengalami cirit birit, ada sesuatu yang tidak kena pada nerve system which is sangat berbahaya dan perlu terus dibawa berjumpa dengan doktor pakar kanak-kanak. 

Kami menyangka dia hampir pulih disebabkan kami telah pergi ke klinik pada Sabtu malam. Doktor beritahu cuma demam biasa dan perutnya masuk angin. Kami beri dia ubat yang kami dapat dari klinik tadi seperti biasa. 

Pada hari itu, dia cuba untuk tidur tetapi asyik terkejut dan tersentak semasa tidur. Kemudian mata dia terbeliak secara tiba-tiba. 

Perkara ini berulang berkali-kali sehingga dia tidak dapat tidur dengan nyenyak. Percakapan dia juga menjadi laju, berjalan pun dalam keadaan tidak stabil dan tidak larat serta menggigil. Kami menyangka dia dehydrated disebabkan tidak mahu makan dan minum.

Jadi pada malam Ahad, kami bawa dia pergi ke hospital serdang untuk menerima rawatan 'drip air' sebab nak kembalikan kandungan air dalam badannya normal. 

Dalam pada itu isteri saya menyedari mata dia menjadi juling dan tidak larat mahu berjalan sendiri. Dia menjadi lemah. Kejadian ini mula berlaku seamasa dia menerima 'drip air' tersebut. Kemudian doktor sahkan dia tiada apa-apa masalah, cuma demam biasa berdasarkan keputusan pemeriksaan darahnya. 

Doktor sahkan yang mata juling dan tidur tersentak-sentuk itu adalah perkara biasa semasa demam dan akan kembali pulih bila demam dan reda. Kemudian kami pun pulanglah ke rumah seperti biasa. Lega rasa hati sebab tak ada benda serius yang berlaku. Kami sampai di rumah pada jam lebih kurang tiga pagi. 

Seperti petang tadi, Fayyadh memang tidak dapat tidur dengan baik. Tetapi tiba-tiba pernafasan dia menjadi laju. Kami memang sudah rasa tidak sedap hati. Teringat doktor di HBKL memang terbaik untuk kanak-kanak. Terus kami pergi ke HBKL.

Kami sampai di HBKL pada jam lima pagi. Setelah sampai, kondisi Fayyadh semakin teruk dan dia memang tidak dapat berjalan langsung dan muntah-muntah lagi. Bila didukung, dia rasa macam nak jatuh dan gayat. Mata dia masih lagi juling, tetapi dia masih lagi boleh bercakap dengan kami tetapi dengan sebutan yang pantas.  

Bila dah masuk ke zon merah, doktor sahkan virus telah menyerang otak dia. Kemudian kami diminta keluar sebentar kerana nak beri fokus pada pasukan doktor yang merawatnya. Masa itu doktor kata nak tidurkan dia, bagi dia tenang. Masa ini kami rasa bersyukur sebab mungkin Fayyadh sempat untuk pulih seperti biasa. Tetapi keadaan menjadi lebih tegang apabil doktor memanggil kami semula untuk melihat keadaannya.

Rupa-rupanya dia telah dimasukkan ke bilik khas untuk buat CPR. Doktor beritahu denyutan jantung dia sudah lemah dan perlu dibuat CPR. Hanya Allah sahaja yang tahu bagaimana perasaan kami pada ketika itu. Saya terus menghubungi ibu saya untuk memohon mendoakan Fayyadh. Waktu ini dah jam lapan pagi. 

Prosedur biasa, doktor akan buat CPR selama 30 minit sahaja. Kemudian mereka akan berhenti, kalau denyutan jantung masih tidak berubah dan mereka memang sudah tidak dapat melakukan apa-apa lagi.

Lebih kurang jam 8.40 pagi, doktor memanggil kami untuk berbincang dalam satu bilik. Mereka kata jantung Fayyadh betul-betul lemah. Tetapi saya meminta mereka sambung buat CPR lagi sebab saya tahu anak saya itu kuat.

Sepanjang doktor buat CPR secara bergilir-gilir dalam bilik kecemasan itu, kami tidak berhenti mendoakan dia. Memang kami berada dalam bilik itu menemani dia. Macam-macam yang kami cakap dengan dia untuk beri semangat kepada dia.

Alhamdulillah dapat semula degupan jantug Fayyadh. Masa ini lebih kurang jam sembilan pagi. Jadi, Fayyadh akan dipindahkan ke ICu untuk mendapatkan rawatan lanjut. Keadaan dia pada masa itu masih lagi kritikal. Atas doa semua, Alhamdulillah jantung Fayyadh berdegup semula.

Terima kasih kepada semua yang mendoakan. Ada yang mak saya beritahu, rakan di Jordon pun turut mendoakan. Masa ini dah ramai ahli keluarga kami sampai di wad kecemasan tersebut. Selepas hampir dua jam, semasa pemindahan katil ke ICU, tiba-tiba denyutan jantung Fayyadh mulai perlahan. Doktor buat CPR untuk kali kedua selama 30 minit. Akhirnya denyutan jantung dia tetap lemah.

Tepat jam 11.41 pagi, 22 Januari 2018, doktor berhenti buat CPR. Allahuakbar, Fayyadh sudah tidak dapat diselamatkan lagi. Papa dan mama pun memang sudah tidak sanggup melihat Fayyadh kena push dada itu kuat-kuat.

Sepanjang berada di zon merah, kami berdua memang sentiasa temankan dia, dan berbisik pada dia.

"Fayyadh, papa dan mamam ada kat tepi Fayyadh ni. Fayyadh buatlah suka hati Fayyadh nak macam mana okey. Papa dan mama okey saja,"

Fayyadh sudah pandai mengucap tetapi kami tetap berbisik pada dia kalimah Allah dan Rasullullah dan didengarkan dengan surah Yassin sepanjang berada dalam bilik kecemasan itu. Tetapi Fayyadh telah memilih untuk pergi meninggalkan kami semua.

"Ya Allah Ya Tuhanku, aku memohon pada Mu, kuatkanlah hati aku dan isteri untuk menerima dugaan ini. Engkau sahajalah tempat kami bergantung dna ke Engkaulah kami kembali..."


Terima kasih banyak kepada semua yang mendoakan kami. Terima kasih tak terhingga kepada semua doktor yang terlibat. Ada doktor yang tidak dapat menahan sebak, mengalirkan air mata. Sungguh besar jasa kalian yang cuba menyelamatkan anak syurga ini. Tak terbalas jasa kalian. Semoga kalian juga ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman kelak.

  • Doktor Aliyaa
  • Doktor Sangeeta
  • Doktor Zarif
  • Doktor Shafinaz
  • Bro Shafiq
  • Doktor Wong Yee Min
  • Dan ada lagi tiga-empat orang yang belum dikenalpasti lagi nama mereka. 

Fayyadh tunggu kami di depan pintu syurga nanti okey, inshaAllah nanti Fayyadh datang pickup papa dan mama. Tak puas lagi kami untuk menjaga dan membesarkan Fayyadh. Banyak dan besar harapan kami untuk Fayyadh di dunia fana ini.

Minggu lepas dia ada beritahu kami dalam kereta, "Fayyadh nak masuk syurga seorang-seorang. Fayyadh masuk syurga dulu. Papa, mama, adik jangan masuk lagi.."


Masa malam yang dia muntah di Hospital Serdang itu, mama dan Fayyadh pergi ke tandas untuk bersihkan diri. Mama letak Fayyadh di atas singki tetapi Fayyadh macam gayat nak jatuh. Jadi Fayyadh peluk mama dengan erat. Dalam pada itu, mama bertanya kepada Fayyadh.

"Fayyadh, ini nanti mama, papa, doktor akan tolong pulihkan Fayyadh. Tapi siapa yang pertama sekali akan tolong Fayyadh?"

Dengan keadaan yang tidak larat itu Fayyadh menggagahkan dirinya untuk menjawab, "Allah.."

Allahuakbar, walau sakit seperti itu, tengah berlawan dengan sakit, dia tetap boleh menjawab dengan baik.

Memang terkesan sangat dengan kehilangan dia. Sebab dia budak yang keletah, setiap gerak geri dia, apa yang dia lakukan semua tertinggal dalam ingatan memori keluarga dia dan orang-orang yang pernah berjumpa dengan dia. Dia memang seornag insan yang istimewa dan terpilih. Memang sangat merindui suara dia.

"Boleh papa? Bolehlah," katanya bila dia nak meminta sesuatu atau nak pergi ke mana-mana.


Bila saya hantar dia ke sekolah, sebelum turun dari motosikal dia kata, "Salam papa, janji, cap, sayang papa," katanya memeluk saya setiap kali perpisahan saya dan dia, dia akan buat begini. Tetapi Fayyadh tinggalkan saya tanpa sempat saya nak buat begini pada dia.

Sangat merindui suara dia meminta susu. "Papa, nak shushu. Papa nak shushu.." tetapi masa itu saya sibuk dengan handphone tak menghiraukan dia. Terkilan sangat rasa. Bila pergi kedai, dia nampak roti coklat, siap-siap dia letak atas kaunter. Bila Fayyadh nampak saya beli atau makan coklat, dia datang ke saya tersipu-sipu.

"Papa, nak one je. Eh silap-silap. Nak two jer. Bolehlah papa, nak two je," sebab mama dia memang tak bagi dia makan coklat sangat. Saya yang bagi. Dia memang pandai nak ambil peluang ini. Dengan saya sajalah dia dapat.

Bila dia dengar azan saja, dia cakap dengan mama dia. "Mama, dah azan. Solatlah.."

Kalau sempat saya balik rumah sebelum maghrib, saya beritahu dia. "Yadh, jom pergi surau cepat. Kalau tak, nanti papa tinggal," cepat-cepat dia kelam kabut tanya mama dia, "Mama cepatlah mama. Jubah mana? Jubah mana?"



Bila saya dan isteri sama-sama berbincang tentang sesuatu yang tidak sependapat, tiba-tiba dia datang. "Jangan gaduhlah mama papa," katanya. Padahal kami bertegang cerita tentang iPhone dan Samsung saja.

Dari Fayyadh tak tahu cara nak buka tv dalam kereta, sampailah dia diajar cara nak mainkan cerita Doraemon kesukaan dia. Cerita filem pemergian Doraemon dari hidup Nobita. Jadi bila masuk dalam kereta saja, dia terus buka untuk tontotan dia dan adik. Tetapi sekarang Fayyadh dah tak ada, kami asyik terasa akan kehadiran Fayyadh yang sedang tengok cerita Doraemon di belakang sambil tergelak-gelak.

Tetapi Allah lebih menyayangi dia dan Allah adalah sebaik perancang. Pasti ada hikmah di sebalik kejadian ini. Saya sangat bersyukur dengan anugerah ini Ya ALlah. Terima kasih kerana telah meminjamkan kami anak syurga ini selama tiga tahun lima bulan dua hari.

Dia selalu cakap, "Untunglah mama, untunglah papa.". Fayyadh lagi untung, Fayyadh kini sudah berada di taman syurga.

Anugerah terindah, Muhammad 'Aisy Fayyadh Bin Muhammad Fahdli

Sumber: Muhammad Fahdli Hj Kamil


from The Reporter http://ift.tt/2GxeWAg
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat http://ift.tt/2E4q7lH
via IFTTT

Tuesday, 30 January 2018

(Video) 'Pelacur! Ambil suami orang!'


Viral di media sosial video dua wanita bergaduh di sebuah restoran sambil disaksikan oleh pelanggan lain yang tergamam melihat kejadian itu. 

Dalam kejadian yang dipercayai berlaku di negara jiran itu menunjukkan, si isteri yang berbaju putih menyerang wanita berbaju hitam didakwanya sebagai pelacur yang cuba merampas suaminya. 

Lelaki berbaju hijau yang dipercayai suami wanita berkenaan cuba meleraikan pergaduhan itu, namun si isteri bertindak agresif dan cuba menyerang kekasih suaminya bertubi-tubi. 

Pada video kedua, si isteri sempat mencapai cawan dan melemparkan terus ke arah kekasih suaminya, tetapi tersasar apabila cawan tersebut terkena pada dinding premis makanan itu. 

Berang dengan tindakan si isteri, kekasih suami kemudian terus memukul muka si isteri dan kedua-duanya terus bertumbuk sehingga terjatuh ke lantai. 




Ketika kejadian, beberapa individu yang lain cuba membantu meleraikan pergaduhan itu. Kejadian itu turut dirakam pelanggan yang sedang berjudi dan salah seorang lagi merakam dari sebelah kanan premis berkenaan. 

Pergaduhan itu berakhir apabila pasangan suami isteri berkenaan beredar dari restoran terbabit.


from The Reporter http://ift.tt/2nr2jxO
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat http://ift.tt/2EqBVwe
via IFTTT

'Menunjuk semasa memberi sedekah, adakah betul Dato' beragama Islam?' - Deep! Netizen tegur sikap menunjuk jutawan kosmetik


Baru-baru ini, pengasas D'Herbs, Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman, memuat naik gambar jagung bakar yang dibelinya ketika berada di Lombok, Indonesia dengan kapsyen berikut: 

"Jurujual penipu. Mentang-mentang saya nampak rupa orang luar, dia jual jagung ini 30,000 rupiah. Padahal 5,000 rupiah saja. 

"Saya pula beli lebih 10 batang untuk disedekahkan. Siapa pergi Lombok (pernah) kena tipu macam saya?" tulisnya di Instagram. 


Bagaimanapun, tampil seorang netizen, Meita Tristiana, memberi teguran yang paling 'deep' untuk penyanyi lagu 'Abang Nak Tegur' berkenaan, malah turut mendapat reaksi positif netizen lain. 

"Saya dibesarkan di keluarga yang berbeza agama. Saya memilih Kristian , sementara abang saya memilih Islam. 

"Pernah dahulu ketika di zaman sekolah, saya memberi wang saku saya kepada pengemis dan pulang dengan bangga memberitahu perkara itu kepada abang saya dengan berfikir bahawa abang saya pasti suka dan memuji tindakan saya. 

"Tetapi lain yang saya dapat. Abang saya bukannya mahu memuji, tetapi dia menasihati saya. Dia berkata, dalam Islam orang yang mulia adalah semasa dia memberi dengan tangan kanannya tanpa diketahui oleh tangan kirinya.

"Kerana perkara itulah saya merasa bangga mempunyai abang yang beragama Islam. Tetapi bila saya mengetahui perangai Dato' yang selalu menunjuk semasa memberi sedekah, timbul persoalan saya. Adakah betul Dato' seorang yang beragama Islam? 

"Kalau betul, kenapa tak sama dengan apa yang abang saya katakan?" tulis Meita. 


Tepat, padu dan pedas sekali teguran yang diberikan. Semoga menjadi pengajaran buat kita semua agar jangan suka menunjuk-nunjuk apabila memberi sedekah. Cukuplah hanya sekadar diri dan Allah sahaja yang mengetahui niat dan tindakan kita itu. 

Sementara itu, netizen lain juga turut meluahkan rasa kurang senang mereka berhubung perkara yang sama, malah ada netizen dari Indonesia menafikan harga sebatang jagung, 5,000 rupiah. 

"Saya orang Indonesia. Mana ada jagung kat sini 5,000 rupiah," kata Ikhsan Wieharto.


from The Reporter http://ift.tt/2rROmOX
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat http://ift.tt/2nnZIFF
via IFTTT

'Kuku-kuku dia dah mencakar lantai...'


Masa duduk rumah bujang dulu, kami duduk bertiga. Aku namakan kawan-kawan aku itu Zira dengan Jue sajalah ye. Si Jue ini bekerja di Hospital Kuala Lumpur. Ada satu hari itu, dia balik kerja. Memang kebiasaan kitorang makan malam bersama-sama sambil bersembang-sembang tengok tv kalau tak ada aktiviti dating. Masa makan itu dah perasan mata Jue kemerah-merahan, ingatkan masuk habuk ke apa. Jue sepanjang masa itu diam saja. Tak ada bercakap sangat. Kalau tak, dia memang kepoh.

Maghrib itu, Zira saja yang solat sebab aku dengan si Jue period. Jadi kitorang pun tergolek-golek sajalah di katil, melayan perut kekenyangan. 

Masa si Jue baring terlentang, tiba-tiba mata dia terbuntang ke atas. Aku dah menjerit ketakutan sebab dia tiba-tiba begitu. Ingatkan sawan. Selepas itu suara Jue bertukar menjadi suara jantan. Aku pun terus melompat dari katil berpelukan dengan si Zira. 

Masa ini Jue dah macam dalam keadaan dia nak berlawan dengan 'benda' itu dalam badan dia. Aku cepat-cepat tarik tangan Zira dan pergi ke rumah abang sebelah, rumah bujang. Minta mereka tolong tengokkan Jue. 

Penghuni di rumah sebelah ada dua saja. Salah seorangnya nampak alim sikit. Aku sempatlah pakaikan tudung ikat itik pada Jue, segan kan? Nasib baiklah tak ada pakai hotpant ke apa masa itu. Kalau tak, kau rasa jadi apa? 

Abang berdua itu pun datang, kemudian minta makcik depan rumah juga temankan sebab bimbang orang mengata pula bawa jantan. Makcik itu pun telefon ustaz di taman dan minta dia datang segera. 

Ramai jugalah yang datang ke rumah kitorang untuk menyaksikan apa yang berlaku. Selepas itu uztaz minta kitorang bacakan yassin. Aku dah tentu tak boleh, Zira yang duduk di sebalah aku pun menggigil-gigil baca. 

Masa baca ramai-ramai itu, si Jue ini bukan main lagi agresif. Mata terbuntang-buntang nak melompat ke arah kitorang yang duduk membaca ini. Kuku-kuku dia mencakar lantai, eii! Seram! 

Ustaz itu tolong ubatkan apa yang patut. Renjis-renjis air gitu. Lama kelamaan si Jue semakin lemah. Nampak dia seperti sudah mulai sedar. Lega kerana tiada apa-apa yang teruk terjadi pada dirinya. Tetapi menggigil juga benda depan mata jadinya itu. Alhamdulillah, dia okey tetapi dia memang tidak sedar ketika kejadian. 

Kitorang ada tanya dia, bila dia dah sedar kenapa dia jadi begitu? Dia cerita, semasa dia berjalan kaki dengan kawan sekerja nak keluar dari HKL itu, ada lalu di bilik forensik atau bilik mayat HKL. Masa dia lalu di situ, dia nampak ada satu teksi berhenti betul-betul di depan bilik mayat. Tak ada orang keluar masuk teksi tetapi pintu teksi itu terbuka seperti ada orang naik atau turun. 

Kemudian dia pun tegurlah, "Eh? Mana ada orang tu. Kenapa pintu terbuka?" lebih kurang begitu. Sejak dia 'tegur' perkara itu, sampai dia jejak kaki di rumah dia pun macam separa sedar begitu," katanya. Ustaz yang merawatnya kata ada 'benda' yang menumpang. 

Nauzubillah.. patutlah orang selalu berpesan kalau nampak benda pelik-pelik, jangan ditegur. Kelak buruk padahnya. 

Sumber: Elmen


from The Reporter http://ift.tt/2nusGTM
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat http://ift.tt/2DN51oh
via IFTTT

Ini caranya nak dapatkan kulit flawless dengan hanya menggunakan produk skincare dari Watson


Jika anda mengalami masalah kulit muka berminyak, berjerawat bagai dan sudah puas mencuba pelbagai produk penjagaan kulit muka tetapi malangnya tiada satu pun yang membantu mengatasi masalah itu, mungkin anda boleh cuba mempertimbangkan untuk menggamalkan tips dari wanita ini. 

Menurut Ana Misman, kesemua produk penjagaan kulit muka yang dibelinya dari Watson ini di bawah harga RM200. Murah bukan? Bukan sahaja murah tetapi selamat untuk digunakan dan yang paling pentingnya ada kelulusan dari pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). 

SEJAK Syafiqah Aina keluarkan produk serum dia itu, ramai gila yang beli. Tahukah anda bahawa, drugstore skincare product sebenarnya ada yang lebih bagus dari local skincare? Here the thread how I can get flawless skin only using drugstore skincare (Watson).

Left before, right after. Yup, both are with makeup. Punyalah mengerutu muka dulu sampai parut jerawat dan parut langsung tak boleh tutup. Tak ada edit. 

I bought all of this not more than RM200 di Watson for sure boleh guna dalam dua bulan. Maksudnya, you hanya perlu spend dalam RM100 only sebulan untuk skincare. 



Credit skincare routine: IG @keensalleh. I belajar pakai drugstroe skincare dari dia dan sangat-sangat berkesan serta satisfying nak mati. 

Secara jujurnya, saya sudah cuba bermacam-macam produk untuk bersihkan balik muka sebab I practical as a qs, so banyak kerja under matahari. Setiap hari I boleh cakap ada saja jerawat dan saya penat nak cuci muka saya serta malas nak jaga muka sebab balik kerja saja, penat. 

Kemudian saya mengambil keputusan untuk belanjakan RM2,000 pergi Bella Clinic menggunakan duit saya sendiri dan disebabkan itu saya menyesal gila sampai sekarang. Tak tahu kenapa, mungkin sebab muka saya tak sesuai dengan produk atau rawatan mereka. I buat peeling sebab scar I pun banyak sangat. 

I beli produk mereka seperti yang mereka sarankan. Tetapi masih tak sesuai juga. Muka I masih juga breakout. Sampai mereka macam dah berputus asa nak rawat kulit muka I. 

Ini ha, I beli serum dan sunblock saja. Mahal  teruk! I can't afford that anymore. I'm young and broke. 



Okay, let's started. First of all I akan buang semua makeup dengan makeup remover. Then pergi toilet cuci muka using pond acne clear. I beli yang kecil, bimbang kalau tak sesuai. Tetapi it is f*cking legit. Muka soft gila selepas pakai. Yang kecil not more than RM10. Affordable. 

Then after cuci muka, I scrub my face using St. Ives Apricot Scrub. I forgot the price but not more than RM20 yang besar. This one I cannotlah. Best teruk! Scar I pudar sikit and I can see the different every f*cking day. 



Okey, selepas cuci muka, lap bersih-bersih, pakai mask from Freeman dalam 5-10 minit. Dia ada manuka honey + tea tree oil. Okay, lupa mention yang my skin type: Oily Face. And mostly product I pilih untuk kurangkan oil. This one worth to buy. 

And selepas pakai mask, cuci muka, then I akan sapu cocoa butter formula dekat scars. And ponds acne clear dekat jerawat baru nak naik. The result, esok I bangun, jerawat kecut sikit (tak kecut habis) and second day baru kecut habis. And dia kecut tak hilangkan scar. The best! 



Okay, untuk start makeup. I tak pakai banyak sangat sebab I selalu rushing (memang dari kecil asyik rushing nak pergi ke mana-mana). So I tak tepek banyak-banyak before makeup. I cuma pakai moisturiser  dari Neutogena and sunblock (wajib) dari Biore. Pastu applylah makeup. 

For thos who keep asking me am I  still makan jemaima whitening pills, yes! Tak tahu kenapa I tak boleh move on dari Jemaima. I makan local supplement sebab I tak tahu mana nak cari supplement yang bagus. RM65 sebulan. 



My honest review for jemaima. It helps a lot duirng my recovering. I kerja di site, tak payah pakai sunblock. Sun burn sikit sangat-sangat. Sampai engineer tanya I pakai apa eh tak sunburn? I diam saja, malu nak cakap. I selalu akan berithau apa yang best, apa yang tak best. 

And of course from my previous thread I ada cerita macam-macam produk I pakai dan ramai juga kata kasihan tubuh badan I pakai dan makan macam-macam. I sihat, terima kasih sebab ambil berat. 

Untuk semua drugstore skincare ini boleh jumpa di mana-mana Watson atau Guardina. And untuk supplement jemaima, boleh carai di mana-mana trusted ejen atau boleh terus pergi order di Twitter @arbeauty_ atau Instagram @ar_beautyy sebab I beli di situ almost setahun. Best service. 

Good luck semua! kalau muka licin mesti confident saja nak pergi ke mana-mana. And of course boleh pakai less makeup agar mukta tak rosak sangat. Good luck all the best. Kalau tak okey juga, carilah produk yang okay lagi. Beauty is pain, bukan senang nak cantik. 

Dan kalau boleh berhenti guna local skincare. Muka I dah banyak kali breakout disebabkan menggunakan produk local skincare. 

Sumber: Ana Misman


from The Reporter http://ift.tt/2nlDWT4
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat http://ift.tt/2DMhs3H
via IFTTT
loading...