ALOR SETAR, KEDAH - "Saksikan kehebatan seorang awek muslimah comel merembat beg duit dari kedai Nasi Lan Peruda," demikian kata Mohamad Hanizam yang memuat naik video kejadian di Facebook Group Penduduk Alor Setar, semalam.
Lapor Harian Metro, peniaga kedai makanan berkenaan mengalami kerugian RM6,000 selepas wang jualannya yang disimpan di dalam beg pinggang dicuri pelanggan wanita.
Mangsa berusia 57 tahun itu hanya menyedari begnya hilang pada jam 10 pagi selepas gagal menemui beg tersebut yang disimpan di dalam laci meja membungkus makanan dan tempat pembayaran.
Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Mohd Rozi Jidin berkata, mangsa mengesyaki begnya telah dicuri lalu menonton semula rakaman kamera tertutup (CCTV) di premisnya.
Berdasarkan video CCTV, kelihatan seorang wanita yang memakai baju kurung merah jambu mencuri beg tersebut dengan membuka laci itu ketika mangsa sedang sibuk membungkus nasi sekitar jam 9.50 pagi.
Ketika kejadian, terdapat ramai pelanggan yang menyebabkan mangsa juga tidak menyedari perbuatan suspek.
"Dalam beg itu mengandungi wang tunai RM6,000 dan dokumen pengenalan diri.
"Mangsa kemudian tampil membuat laporan di Balai Polis Kota Setar untuk tindakan selanjutnya," katanya.
Difahamkan, mangsa juga mengecam suspek kerana wanita itu selalu datang ke kedainya untuk membeli makanan dengan menaiki kereta Perodua Myvi.
"Siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan dan suspek kini sedang giat dikesan bagi membantu siasatan," katanya.
Sementara itu di media sosial, seorang wanita mendedahkan suspek yang mempunyai 'tahi lalat' berdekatan dengan mata dan berasal dari Kota Sarang Semut serta bekerja di sebuah hospital. Malah mendakwa, dia pernah bersembang dengan suspek.
from The Reporter http://ift.tt/2jc4M0C
via IFTTT
from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat http://ift.tt/2AwGhj0
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment