Nak saham akhirat yang berterusan?
Sekadar satu idea. Idea ini pun saya dapat dari satu posting yang pernah saya baca. Jumpa, atau kenal, atau tahu di mana-mana ada ibu Tunggal, ibu Tinggal mahupun ibu Tunggul yang kita maklum mereka ini ada anak-anak tetapi terpaksa struggle menanggung semuanya sendiri. Ada ayah, hilang tak bagi nafkah. Ada suami, tak lebih dari tunggul kayu mati. Ada akad, tapi suami hilang dah berabad.
Carilah saham akhirat dari anak-anak mereka ini. Bagaimana?
Cari 10 orang sahabat-sahabat lain yang sama-sama mahu mencari saham akhirat. Tak perlu ramai, makin kecil kumpulan, makin mudah nak diuruskan. Cukup 10 orang, tanya, 'nak tak kita sama-sama penuhkan saham akhirat?'. Kalau jawapannya nak, tak mahal harganya.
Setiap bulan, setiap seorang sumbang RM50. Jadi kalau 10 orang dah dapat RM500. Setiap bulan, serahkan kepada ibu-ibu tersebut. Satu kumpulan, bagi komitmen pada satu keluarga. Jadi perbanyakkan kumpulan supaya lebih banyak keluarga-keluarga malang ini dapat dibantu.
Nilai ini, kita takkan tahu besar mana maknanya bagi ketiga-tiga kategori ibu yang tersebut di atas tadi, sangat besar. Di saat mereka perlu galas semua, walau sekecil-kecil bantuan, sangat besar maknanya.
Buat ini tiap-tiap bulan. InsyaAllah, tak banyak sebenarnya. Sebab disitulah salah satu ikhtiar kita nak beli tiket ke syurga. Ingat, syurga tak murah ye, syurga sangat mahal, terlalu mahal. Jadi kalau kita rasa mampu, jangan berkira. Cut off perbelanjaan untuk dunia, salurkan ke tabung akhirat.
Kalau rasa RM50 itu besar, boleh kurangkan kepada RM20. Tetapi besarkan kumpulan penderma tabung akhirat. Kalau ada 25 orang yang sanggup melabur RM20 sebulan, pun masih boleh dapat RM500.
Cuba bayangkan pahala yang Allah bagi pada kita tiap-tiap bulan atas keikhlasan kita itu. Nak-nak lagi kalau yang kita bantu itu anak yatim. Allahu Allah.
Sebenarnya, tak mudah nak membesarkan anak-anak sendirian. Kalau anak seorang, boleh lagi nak kuat. Hanya seorang saja yang perlu ditumpukan. Cuba bayangkan kalau anak itu ramai, mana nak fokus pada emosi anak, keperluan anak, segala keperluan dan urusan rumahtangga, kehidupan.
Bagi yang mampu, yang dibantu oleh bekas suami atau keluarga, Alhamdulillah. Tapi berapa ramai sebenarnya yang dinafikan hak mereka? Dibiar dan ditinggalkan sendirian mengurus anak-anak.
Andailah kita ramai-ramai sanggup menggerakkan bantuan seperti ini, InsyaAllah akan makin banyak jiwa-jiwa yang mampu kita selamatkan. Jiwa ibu-ibu ini dari menderita dengan pelbagai tekanan kehidupan. Supaya mereka boleh mendidik anak-anak mereka dengan lebih baik.
Saya bukan bercakap perkara ini untuk saya. Tetapi bukalah mata, pandanglah sekeliling kita. Berapa banyak kes-kes wanita yang sangat struggle hanya demi membesarkan anak-anak mereka. Jangan tanya apa yang orang lain buat. Tapi tanyalah diri kita, apa yang kita buat?
Wallahu'alam.
Saya, Ummi HaniAqil
Mental Disorder Survivor
#LawanUntukHidup
from The Reporter http://ift.tt/2iA8w8k
via IFTTT
from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat http://ift.tt/2yCSkxG
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment