loading...

Wednesday, 1 November 2017

'Makin melampau pula bila anak 4 tahun dah expect boleh baca'


Zaman moden ini, semua benda cepat sehinggakan anak yang baru berusia 4 tahun dijangka sudah pandai membaca dengan lancar. Alhamdulillah jika anak anda mempunyai kelebihan seperti itu. Tetapi bagaimana pula dengan kanak-kanak lain yang masih kurang lancar pertuturannya?

Kerisauan ibu bapa semakin bertambah apabila taska/tadika pula menyatakan anak-anak tidak mencapai standard yang mereka harapkan. Tertekan dengan permasalahan itu, ibu bapa berusaha mengajar anak membaca di rumah. Anak tidak faham lalu menyebabkan ibu bapa berang dan marah. Akibatnya anak dimarahi dan lebih teruk lagi dimarahi setiap hari. 

Jadi, berapakah umur yang sesuai untuk mengajar anak untuk membaca? 

Menurut Afzan Maria Faizul Iqmal, kanak-kanak sepatutnya diajar untuk membaca pada usia 6 tahun, bukannya 4 tahun di mana kanak-kanak masih dalam fasa mengenal dunia. Hujah ini disokong dengan kajian yang dilakukan pada tahun 1931. Semoga bermanfaat. 

ANTARA research yang mengatakan reading should start later. Not before 6 1/2 years old. Kajian ini pada tahun 1931. Kita hari ini, tahun 2017. Tang mana yang kita ketinggalan tu? 


Makin melampau pula bila anak 4 tahun dah expect boleh baca! Dan makin melampau bila baru hantar 3 bulan, dah expect boleh membaca. No such thing as short cut in reading! 

Dan jika sekadar boleh baca buku sekolah sahaja, saya cadangkan anda semak jika anak anda sekadar menghafal. Ambil buku secara rawak, bolehkah mereka membaca? Jika mereka mula menghasilkan bunyi-bunyi huruf sambil menunjuk kepada huruf atau perkataan yang betul, mereka mungkin dalam proses fonik. Tetapi jika mereka meneka-neka sambil menunjuk kepada huruf atau perkataan yang salah, mungkin kesan hafalan tadi.


Research mana ya yang kata bawah 4 tahun dah boleh membaca? (Multiple Intelligence Word Smart adalah satu kebolehan extra dan tidak sama dengan orang lain. Rata-rata memulakan proses Story Telling supaya minat dapat dipupuk.) Cuba share sikit research tu.

[Jangan konfius dengan teknik fonik yang mengajar bunyi. Fonik tidak ada expectation pada anak untuk terus boleh membaca. Fonik mengajar anak teknik mendengar, dan mengamati setiap perkataan yang keluar dari mulut, ada bunyinya. Setiap perkataan ada beberapa gabungan bunyi. Penyediaan foundation kepada bacaan mengambil masa sekurang-kurangnya 2 tahun, sebelum kelancaran boleh di perolehi. Dan semua proses ini bergantung kepada kesediaan untuk menimba ilmu.]

#sayNOtoearlyreading
#katakanTIDAKpadabacaanawal



from The Reporter http://ift.tt/2A6MnpT
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat http://ift.tt/2z7fewQ
via IFTTT

0 comments:

Post a Comment

loading...