loading...

Monday, 6 November 2017

'Ini kedai K**S memang buat bangsat, dia pergunakan saya selama 6 tahun dan bila dah stabil, dia nak buang saya'


Viral di media sosial luahan ketidakpuasan hati seorang lelaki yang berang dan kesal dengan tindakan majikannya telah mempergunakan dia untuk mengaut keuntungan. 

'Habis madu, sepah dibuang', itulah peribahasa yang sesuai menggambarkan nasib yang menimpa lelaki yang dikenali sebagai Ayah Pong ini. 

BOIKOT K**S Motorsport yang mempergunakan orang Melayu dan banyak tipu orang Melayu.

Saya telah berkhidmat dengan majikan saya lebih lima tahun dari KCM Superbike hinggalah syarikat baru K**S Motorsport. JK menjanjikan saya bermacam-macam masa depan yang cerah kalau ikut dia keluar dari KCM Superbike.

Saya cakap "You setup dulu company, dah ok baru saya tolong". Tetapi dia tidak mahu, dia mahu saya keluar juga dari KCM Superbike untuk membantu dia. Dia berkata lagi, company baru ini dia seorang sahaja, tiada share dengan mana-mana orang dan kita boleh plan tanpa ada sebarang sekatan dari partner. 

Atas percayakan persahabatan yang lebih lima tahun, saya keluar dari KCM Superbike dan tolong JK cari kedai baru di Taman Maluri yang dinamakan K**S Motorsport.

Dari awal permulaan saya yang carikan kedai, saya yang buat decoration kedai, saya yang bawa masuk customer untuk letak superbike supaya kelihatan kedai ini hidup, saya uruskan majlis perasmian kedai baru. Semuanya saya korbankan masa dan jiwa raga untuk syarikat.

Hinggalah pada satu tahap dengki itu datang, bila saya buat terlalu banyak marketing dan ramai yang kenal saya, customer yang datang ke kedai beranggapan kedai itu saya yang punya. JK dan kakaknya mula goyah dan rasa tergugat. Dia telah dihasut oleh kakaknya yang merupakan share partner kedua, yang pada awalnya JK cakap company baru ini hanya dia seorang sahaja pemilik tunggal. Apabila saya lihat di SSM, ada dua penama dan maksudnya JK telah menipu saya dengan mengatakan kononnya hanya dia seorang sahaja pemilik tunggal.

Kakaknya telah menghasut JK untuk membuang saya dan cari teaktik "suruh berhenti sendiri". Mereka berani memberhentikan saya kerana saya telah membantu mereka mendapatkan 60,000+ like untuk Facebook page K**S Motorsport yang sudah stabil hanya dalam tempoh lima bulan. 

Saya melantik JK sebagai admin dengan atas dasar kepercayaan boleh menjaga page itu. Rupa-rupanya dia lantik kakaknya sebagai admin dan kakak dia pula removed saya dari admin page K**S Motorsport.

Tidak cukup dengan itu, staff mula mempersoalkan kenapa tak lantik saya sebagai admin? Macam mana dia nak buat kerja? Dengan selamber kakak dia cakap, "takde kerja, berhentilah..!!!"

Saya terus berjumpa dengan JK untuk mendapatkan kepastian untuk buang saya kerja. Saya cakap, "kalau nak kawan buat cara kawan, kalau nak lawan kita boleh lawan". Nak berhentikan saya, sila bagi surat berhenti, saya boleh report KWSP dan Socso kerana majikan tidak buat caruman. Patutlah sampai sekarang dia tidak bagi offer letter dan slip gaji. Mereka takut saya buat report yang akan menyebabkan mereka dikenakan tindakan.

Hari ini saya cukup marah kerana, JK telah menamatkan talian no tel saya yang didaftarkan atas nama dia dengan bertujuan menggunakan no tel saya itu bagi mendapatkan customer. Dia telah memasukkan no tel saya atas nama dia tanpa persetujuan saya. Bila saya ajak JK ke Maxis, dia tak mahu memberikan kerjasama dan katanya itu nombor telefon company. 

Punyalah kejam tokey K**S Motorsport sampai begitu sekali dia nak menganiaya saya.

Saya telah membuat laporan polis dan sedang berusaha mendapatkan semula nombor saya 017 3077 548. Jika saya tidak dapat balik, sudah pasti JK akan guna nombor tersebut bagi tujuan menarik customer untuk bisnes dia kerana nombor tersebut terlalu banyak customer yang kenal Ayah Pong.

Share pada group bikers yang lain! Boikot habis-habisan! Orang Melayu ingin maju tetapi ditindas!


Video yang dimuat naik sejak 5 petang semalam telah ditonton 98,000 kali dan dikongsi 4,368 kali.

Difahamkan, Ayah Pong telah ditahan di IPD Cheras kerana memecahkan kaca mata majikannya dan dijangka akan dibebaskan tiga atau empat hari kemudian.

Sementara itu di ruangan komen, netizen menyatakan sokongan terhadap Ayah Pong dan memintanya banyak bersabar dan tabah menghadapi dugaan yang mendatang. Dalam masa yang sama, netizen juga meminta orang ramai memboikot kedai berkenaan.


from The Reporter http://ift.tt/2zpT60x
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat http://ift.tt/2zlJ94y
via IFTTT

0 comments:

Post a Comment

loading...