loading...

Friday 3 November 2017

Budak 4 tahun ditampar guru tadika kerana tidak mahu menulis


KAJANG, SELANGOR - Tindakan seorang guru tadika menampar kanak-kanak lelaki berusia empat tahun mengundang padah apabila dia ditahan polis di sebuah tadika di Sungai Jelok, semalam, lapor Berita Harian. 

Dalam kejadian jam 8.30 malam di Jalan Cempaka Putih, wanita berusia 19 tahun didakwa menampar bahagian kiri muka dan kanan mangsa sehingga menyebabkan kecederaan yang serius. 

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Dzaffir Mohd Yussof berkata, siasatan awal mendapati kejadian itu berlaku kira-kira jam 7 malam, Selasa lalu di tadika berkenaan. 

"Mangsa mengalami lebam dan luka di kedua-dua pipi. Guru besar tadika itu memaklumkan kepada bapa mangsa, perkara itu berlaku kerana kanak-kanak berkenaan tidak mahu menulis," katanya.

Bapa mangsa kemudian membawa anak lelakinya ke Hospital Kajang dan pemeriksaan awal doktor mendapati ada kesan kecederaan pada tisu di kedua-dua belah pipi dan telinga mangsa. 

Ekoran kejadian itu, mangsa kini tidak mahu pergi ke tadika itu kerana trauma dengan kejadian tersebut. 

Kes disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang memperuntukkan hukuman penjara tidak melebihi 10 tahun atau denda tidak melebihi RM20,000 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.


from The Reporter http://ift.tt/2hAg5w8
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat http://ift.tt/2iXCQxy
via IFTTT

0 comments:

Post a Comment

loading...