loading...

Thursday, 9 November 2017

'Biarkan isteri membebel, kerana itulah terapi jiwa seorang wanita'


Tidak ramai golongan suami yang gemar mendengar isterinya bercerita atau membebel bila pulang dari kerja. Ada sesetengah suami yang adakalanya hilang sabar bila mendengar cerita/bebelan isteri yang dianggapnya membuatkan kepalanya menjadi semakin kusut dan berserabut. 

Tetapi tahukah anda bahawa, berbicara dengan pasangan adalah satu bentuk terapi jiwa. Menurut Doktor Taufiq Razif, jika isteri mula bercerita/membebel, beri peluang dan fokus pada apa yang diluahkannya kerana itu akan membuatkan mereka rasa lebih lega. Hasilnya? Semoga bermanfaat. 

ISTERI pulang saja dari kerja, saya akan matikan segala jenis bunyi-bunyian CD ataupun radio dan saya akan fokus 100% pada apa yang akan berlaku nanti. 

Seperti yang dijangka, bila isteri masuk saja ke dalam kereta, dia akan mula bercerita. 

"Ya Allah abang, banyaknyalah pesakit hari ini. Tak berhenti yang datang! Nak makan pun tak sempat ni bang, walaupun dah pukul lima petang.

"Ada pesakit yang datang nak suruh kita rawat dia, tapi alih-alih dia ceramah kita balik. Ada juga yang baik, suka bagi makanan. 

"Belum campur dengan penyakit budak yang muda-mudah dah kena kencing manis. Bila ditanya rupa-rupanya mak dia suka bagi minum air gas semasa kecil dulu. Tepuk dahi bang. 

"Lepas itu kan bang.. bla... bla... bla... pastu kan, bla... bla... bla..." 

Cerita ini akan berterusan sampailah wajah dia yang berkerut kepenatan tadi perlahan-lahan menjadi tenang dan riang. 

Ye, saya cuma diam, senyum dan membuat anggukan kecil. Saya bahagia mendengar bebelan dan cerita bidadari saya yang kepenatan sebab walaupun benda itu nampak simple saja tetapi benda itulah sebenarnya terapi jiwa untuk seorang wanita. 


Wanita tidak sama seperti lelaki. Lelaki berehat dengan berdiam diri di suatu sudut, minum teh panas bersama kopi dan suratkhabar.

Wanita ini istimewa, mereka berehat dengan berkongsi dan meluahkan beban jiwa yang menekan dada mereka kepada orang yang dia percaya. 

Percayalah, hanya dengan mendengar sebenarnya kita sudah dapat membantu isteri kita untuk mendapatkan kebahagiaan tersebarnya dan percayalah isteri yang bahagia akan membuatkan rumah tangga menjadi lebih bersinar dan bercahaya, serta anak-anak pun menjadi lebih tenang dan mendengar kata. 



from The Reporter http://ift.tt/2AnD6cr
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat http://ift.tt/2AoXx8L
via IFTTT

0 comments:

Post a Comment

loading...