loading...

Friday, 3 November 2017

Bekas pegawai Imigresen (Singapura) dipenjara 14 bulan kerana cabul dan jilat seluar dalam pembantu rumah


SINGAPURA - Seorang lelaki berusia 51 tahun dijatuhkan hukuman penjara 14 bulan 2 minggu selepas didapati bersalah terhadap enam pertuduhan iaitu, empat bagi tuduhan mencabul dan menghina kehormatan pembantu rumahnya, lapor MediaCorp.sg.

Saffie Supa'at, 51, bekas pegawai Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan yang kini menganggu didapati bersalah oleh mahkamah selepas perbicaraan selama empat hari. 

Mangsa, 23, warganegara Indonesia mula bekerja dengan keluarga Saffie sejak 14 Disember 2015 dikatakan mempunyai hubungan yang baik dengan majikan. 

Bagaimanapun, selepas tiga minggu bekerja, mangsa mendakwa Saffie mula menganggu dengan mencabul dan menyentuh punggungnya ketika isterinya keluar bekerja. Insiden pertama berlaku apabila Saffie secara tiba-tiba menyentuh punggung mangsa yang ketika itu sedang membasuh pinggan di dapur membuatkan mangsa terkejut dan Saffie dengan selamba bertanya, "kenapa?" sambil tersenyum. 

Saffie bagaimanapun mengaku perkara itu berlaku tetapi menegaskan insiden itu tidak disengajakan kerana ruang dapur rumah mereka yang terlalu sempit. 

SAFFIE JILAT SELUAR DALAM MANGSA SEPERTI 'ANJING'

Menurut keterangan mangsa yang tidak didedahkan identitinya itu, selang beberapa hari kemudian, Saffie mengambil seluar dalam mangsa dari jemuran dan menjilatnya seperti 'anjing'. 

"Semasa saya sedang mencuci baju, dia (Saffie) bertanya kepada saya sama ada seluar dalam yang dijemur di luar rumah itu kepunyaan saya. Dia kemudian menjilat seluar dalam tersebut seperti anjing membuatkan saya rasa terganggu sehingga terasa seperti hendak muntah," katanya ketika perbicaraan. 

Seminggu kemudian, Saffie membawa mangsa pergi ke kedai untuk membeli lima helai seluar dalam dan sekembalinya ke rumah, Saffie sekali lagi mencabul mangsa. 

Dalam insiden berasingan, Saffie juga ada merapatkan badannya dengan badan mangsa dan bertanya jika mangsa mempunyai teman lelaki di negara asal, selain melemparkan ayat-ayat lucah. Malah mangsa mendakwa Saffie pernah menunjukkan alat kemaluannya.

Tidak tahan dengan perbuatan majikannya itu, mangsa kemudian menyuarakan hasrat untuk berhenti kerja pada isteri Saffie tanpa mendedahkan mengapa dia berbuat demikian. 

Mangsa mengaku dia berasa ketakutan sehingga terpaksa menulis nota pada anak sulung (lelaki) majikannya dan mendedahkan dia telah dicabul oleh Saffie. Tetapi mangsa tidak pernah menghantar nota itu dan mengambil keputusan untuk berdiam diri kerana tidak mahu menjadi 'perosak rumah tangga' majikannya.

ISTERI TERJUMPA NOTA MANGSA MERAYU MEMINTA BANTUAN

Ketika mangsa berada di pasar raya pada 30 Januari 2016, isteri Saffie menggeledah barang-barang milik pembantu rumahnya dan menemui sebuah buku nota yang mengandungi nota tersebut. 

Berang dengan apa yang dibaca, isteri Saffie bertindak membuang buku nota itu. Apabila mangsa pulang ke rumah, isteri Saffie bersemuka dengan mangsa dan mengancam akan membuat laporan polis kerana mendakwa mangsa cuba menganiaya suaminya. Namun mangsa menegaskan bahawa dia bercakap perkara yang benar. 

Kemudian wanita itu bertanyakan perkara itu kepada Saffie dan akhirnya mereka mengambil keputusan untuk menghantar pembantu rumah itu pulang ke agensi. 

Dua hari kemudian, 1 Februari 2016, mangsa melarikan diri ke Sekolah Rendah Hougang di mana mangsa telah bertemu dengan rakannya yang juga pembantu rumah sebelum membuat laporan polis berhubung kejadian itu. 

TERTUDUH TIDAK MENUNJUKKAN SEBARANG RASA KESAL

Timbalan Pendakwa Raya, Kavita Uthrapathy menggesa hakim menjatuhkan hukuman penjara sekurang-kurangnya 16 bulan ke atas Saffie. 

"Saffie memperdayakan mangsa yang tidak pernah meninggalkan Indonesia sebelum bekerja di Singapura dan tidak mempunyai sebarang rakan serta tidak mempunyai sesiapa untuk mengadu tentang nasibnya itu.

"Saffie juga tidak menunjukkan sebarang rasa kesal dan 'tidak membuang masa' dengan terus mencabul mangsa sejurus selepas mangsa bekerja dengan keluarga mereka," katanya. 


from The Reporter http://ift.tt/2A3m2rV
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat http://ift.tt/2iWvxpQ
via IFTTT

0 comments:

Post a Comment

loading...