loading...

Wednesday 7 June 2017

'Ingatkan kira duit, rupanya menangis rindukan anak-anak di kampung'


BANGI, SELANGOR - Bila berada berjauhan dengan keluarga dalam tempoh masa yang lama, pasti terbitnya rasa rindu di hati. Lebih-lebih lagi bagi mereka yang bergelar sebagai suami dan bapa, terpaksa mencari rezeki di tempat orang. 

Sudah tentu teringin sekali mahu kerap pulang menatap wajah-wajah orang tersayang. Namun hasrat itu terpaksa dilupakan kerana tidak mampu berbuat atas atas sebab kekangan kewangan. 

Begitulah keadaan yang dihadapi seorang pengawal keselamatan warga asing yang berada di perantauan, hanya mampu menatap gambar anak-anaknya yang terselit kemas dalam dompet.

"Ingatkan kira duit, rupanya menangis menatap gambar anak jauh di kampung

"Saya tengok dia membuka dompetnya. Agak lama dia perhatikan. Sesekali jarinya mengusap-gusap dompetnya itu dan dalam masa yang sama dia mengelap mata. 

"Saya ingatkan dia sedang mengira duit. Rupa-rupanya bila saya intai, dia sedang melihat gambar anak-anaknya. 

"Seorang bapa yang datang jauh beribu bata sedang merindui anak-anaknya di kampung. Begitulah kasih seorang bapa. Bila di depan, nampak tegas. Bila berjauhan, hanya air mata sebagai tanda kasih dan sayang," tulis Aku Pendosa Dunia. 

Allahu, sebak membaca kisah yang dikongsikan ini. Bagi yang berada di perantauan, sudahkah anda menghubungi anak-anak yang jauh nun di sana? 


from The Reporter http://ift.tt/2sDJKZg
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat http://ift.tt/2r1DTjb
via IFTTT

0 comments:

Post a Comment

loading...