loading...

Monday, 5 June 2017

'Berik malu Sarawak jak'


MIRI, SARAWAK - Viral video seorang lelaki mengamuk di Bazaar Ramadhan Stadium Tertutup Miri semalam, mencetuskan pelbagai reaksi netizen. 

Video berdurasi 1 minit 20 saat itu telah dikongsi 2,965 kali dan ditonton 229,000 kali serta 3,000 lebih like. 

Berdasarkan video, seorang lelaki berdiri di tepi kereta pacuan empat rodanya sambil menjerit "Aku Melayu, kau Melayu..." dan menuntut seorang lelaki meminta maaf padanya. 

Orang ramai termasuk beberapa peniaga bazaar berhampiran cuba menenangkan lelaki terbabit dan mengingatkannya usah berkelakuan seperti itu lebih-lebih lagi di bulan ramadhan. 

Menurut sumber, kejadian berpunca dari lelaki itu yang berang dihon oleh kereta di belakangnya. 

"The truth behind this, lelaki yang teriak Melayu itu mengundur keretanya tanpa melihat orang dan hampir-hampir terlanggar pengunjung bazaar (bapa dan anak) dan kereta di belakangnya. 

"Kemudian kereta di belakang itu mmembunyikan hon membuatkan lelaki itu marah dan menunjukkan jari tengah, sebelum keluar dari kereta dan ajak bergaduh," katanya. 


Sementara itu di media sosial, netizen berasa kesal dengan tindakan lelaki itu yang dianggap memalukan imej Sarawak. 

"Sedih tengok keadaan seperti ini. Walaupun saya Iban tetapi rasa segan nak tengok video seperti ini. Bawalah bersabar banyak-banyak tak kiralah apa bangsa pun. Janganlah perkara seperti ini berlaku di tempat kita lagi," kata Roselind. 

"Janganlah bergaduh di bulan puasa ini. Jangan tambah dosa walaupun kita sudah berdosa. Di bulan ramadhan inilah kita berebut mencari pahala. Tak manis orang tengok kita bergaduh seperti ini," kata Leo Mashell. 

Walau bagaimanapun, netizen kagum dengan sikap orang awam yang tidak putus-putus cuba menenangkan lelaki berkenaan dari terus mengamuk dan difahamkan kes telah diselesaikan setelah individu terbabit memohon maaf kepadanya.


from The Reporter http://ift.tt/2qRO9pW
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat http://ift.tt/2rYkKP6
via IFTTT

0 comments:

Post a Comment

loading...