Foto kantin sekadar hiasan | Utusan Malaysia |
Aktivis hak asasi kanak-kanak, Tini, mempertikaikan tindakan pihak sekolah kebangsaan menutup operasi kantin ketika bulan Ramadan bagi melatih murid-murid berpuasa dan juga menghormati orang yang berpuasa.
Tini yang meluahkan rasa kesalnya itu di Twitter berkata, tindakan pihak sekolah berkenaan tidak wajar kerana murid-murid yang bukan beragama Islam turut terkesan dengan penutupan kantin sekolah. Malah dia turut mempersoalkan apakah pihak sekolah ada membuat kajian atau mendapatkan pandangan dari ibu bapa murid sebelum berbuat demikian.
Dalam mesej yang tular itu juga mengatakan, ibu bapa perlu memastikan anak-anak bersarapan di rumah sebelum datang ke sekolah. Bekalan air minuman juga tidak dibenarkan dibawa ke sekolah secara terang-terangan.
Ciapan tersebut menarik perhatian netizen yang turut berkongsi pandangan masing-masing.
Fauzi berpendapat, murid Tahun 1-3 masih belum mampu berpuasa. Mengambil contoh dirinya, dia mula berpuasa penuh semasa berada di Tahun 5.
Namun, Ajie tidak bersetuju dengan pandangan itu dan menyifatkan ibu bapa seperti itu terlalu memanjakan anak.
"Terlalu lemah atau terlampau manja? Anak perempuan saya berusia lima tahun sampai hari ini masih berpuasa. Alhamdulillah. Saya bila menginjak ke usia enam tahun dah mula berpuasa la," katanya.
Walaupun begitu, ada yang menyanggah kenyataannya itu dan menegaskan kanak-kanak tidak diwajibkan berpuasa dan tidak wajar membanding-bezakan anak sendiri dengan anak orang lain.
"Kanak-kanak mumayyiz tak diwajibkan berpuasa. Tak payah nak tunjuk hebat dekat orang kalau anak boleh berpuasa. Tak semua budak ada kemampuan yang sama. Nasib baik anak boleh puasa. Kalau tak puas, mesti diam seribu bahasa tak cerita dekat orang, kan? Dah budak, biar jadi budak la. Main banding beza pula," kata Amri.
Berbeza pula dengan Amarullah yang mencadangkan murid-murid berpuasa duduk di dalam kelas, sementara yang tidak berpuasa duduk makan di kantin tanpa perlu menghentikan operasi kantin.
Netizen turut menggesa pemimpin kerajaan bukan Islam tampil memberi pandangan mengenai isu tersebut.
"Saya teringin nak tahu apa pandangan menteri bukan Islam mengenai isu ini. Tidak wajar menafikan hak orang yang tidak berpuasa terutamanya kanak-kanak, walaupun untuk minum air hanya semata-mata menghormati mereka yang sedang berpuasa," ujar Steven Tan.
Sumber: Twitter Tini
from The Reporter https://ift.tt/jir8FJp
via IFTTT
from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/6c20n5U
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment