loading...

Sunday, 17 April 2022

Sam Ke Ting dibenarkan tangguh hukuman atau tidak, akan diketahui hari ini



Mahkamah Tinggi sebelum ini menjatuhkan hukuman penjara enam tahun dan denda RM6,000 terhadap Sam Ke Ting (responden) atas kesalahan memandu secara melulu sehingga menyebabkan kematian lapan remaja berbasikal lajak dalam kejadian lima tahun lalu. 


Sam Ke Ting kemudian memfailkan rayuan bagi menangguhkan hukuman tersebut yang prosidingnya pendengaran rayuannya akan dilakukan di Mahkamah Rayuan Putrajaya pada jam 9 pagi hari ini.


"Selepas Mahkamah Tinggi menjatuhkan hukuman berkenaan tempoh hari, pihak peguam bela membuat rayuan untuk menangguhkan hukuman terbabit, namuan ia ditolak oleh Mahkamah Tinggi. 


"Justeru, rayuan dibuat pula di Mahkamah Rayuan. Untuk proses esok (hari ini), pihak pendakwaan dan pguam bela akan mengemukakan hujah-hujah tertentu. 


"Bagi peguam bela, mereka akan berhujah kenapa hukuman itu perlu ditangguhkan dan pada masa sama, pihak pendakwaan pula akan mengemukakan hujah kenapa pelaksanaannya tidak perlu ditangguhkan lagi," kata peguam kanan, Muhammad Hasif Hassan, memetik laporan dari Berita Harian. 


Setelah mendengar hujah yang dikemukakan itu nanti, panel hakim akan membuat keputusan pada hari yang sama, sama ada permohonan penangguhan hukuman itu dibenarkan atau tidak. 


Jelas Muhammad Hasif, rayuan penangguhan itu dibuat sementara perbicaraan penuh di Mahkamah Rayuan berlangsung, di mana perbicaraan itu akan mengambil masa beberapa bulan. 


Jika panel hakim membenarkan penangguhan itu, Sam Ke Ting akan dikeluarkan dari penjara sehingga Mahkamah Rayuan membuat sebarang keputusan terhadap rayuan difailkan oleh peguam bela responden terhadap keputusan Mahkamah Tinggi. 


Sumber: Berita Harian



from The Reporter https://ift.tt/peQ15l4
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/cq9LpKv
via IFTTT

0 comments:

Post a Comment

loading...