loading...

Friday, 1 April 2022

'Tiket RM288 hingga RM2,088, mereka sanggup kosongkan duit untuk simpanan pergi ke konsert Justin Bieber' - Ustazah Asma' Harun



22 Oktober 2022, Stadium Bukit Jalil bakal digegarkan dengan konsert jelajah Justice World Tour dan semestinya ramai peminat Justin Bieber tidak sabar menunggu kehadiran penyanyi kegemaran mereka itu. 


Bagaimanapun, pendakwah bebas, Ustazah Asma' Harun tampil menyuarakan kebimbangannya terhadap golongan muda yang terjebak dalam gejala sosial sehingga ada yang sanggup membeli tiket berharga ratusan ribu ringgit untuk hiburan semata-mata. 


Asma berkata, sebaik-baiknya duit tersebut digunakan untuk tujuan yang lebih baik atau disedekahkan kepada mereka yang memerlukan akhirnya memberi ganjaran pahala. 


"Konsert Justin Bieber, fenomena yang membimbangkan. Apabila berlaku pandemik selama dua tahun sehingga aktiviti sosial yang melibatkan orang ramai tidak dibenarkan, kita sangka gejala maksiat sedemikian juga telah mati. Namun bila war-war konsert Justin Bieber yang akan berlangsung pada 22 Oktober nanti, semakin rancak sambutan golongan anak muda. 


"Tiket dijual dari harga RM288 sehingga RM2,088, tapi mereka sanggup kosongkan duit simpanan. Bahkan ada yang sanggup mengambil upah kerja itu dan ini semata-mata untuk membeli tiketnya. Antara yang viral juga, video seorang anak meminta duit daripada ibunya untuk hadir ke konsert itu. Allahuakbar. 


"Sungguh fenomena ini membimbangkan, rupanya kecenderungan untuk hadir ke tempat maksiat masih subur. 


"Wahai adikku, gunakan duit itu ke arah yang lebih bermanfaat. Saya faham perasaan seronok itu sukar dibendung, apatah lagi bila melibatkan artis kesukaan. Tetapi dengan harga ratus atau ribuan ringgit itu sebenarnya boleh digunakan untuk perkara yang lebih baik seperti menampung:

  1. Kos makan minum
  2. Yuran pengajian
  3. Beli hadiah untuk ibu dan ayah
  4. Bantu adik-beradik
  5. Bantu orang yang lebih memerlukan


"Duit yang disedekahkan itu insyaAllah akan jadi penyejuk kubur. Sedangkan yang digunakan untuk hadir ke konsert dan tempat maksiat akan menyempitkannya," katanya. 










Jelas Ustazah Asma lagi, keseronokkan yang diperolehi itu hanyalah bersifat sementara dan selepas beberapa tahun kemudian, apa hasil dapatan dari perbuatan itu sama ada berbangga pada anak yang dahulunya ibu atau bapanya pernah terkinja-kinja di konsert Justin Bieber. 


Disebabkan tiadanya manfaat dalam melebihkan hiburan, Ustazah Asma menasihatkan golongan berkenaan melawan nasfu masing-masing daripada menghadiri konsert seumapama itu dan yakin Allah akan menyediakan ganjaran yang besar bagi mereka yang berjaya. 


Beliau juga memperingatkan golongan ibu bapa menjalankan peranan masing-masing dari membiarkan anak mereka terjerumus ke dalam kancah maksiat disebabkan nafsu hiburan atau pujukkan rakan-rakan. 


"Jika semua permintaan anak, kita izinkan demi menjaga hati, sekalipun yang tgerang-terangan berbentuk maksiat, pasti kita akan dipersoalkan di hadapan Allah kelak. Allahu Akbar. Maka bertegaslah selagi perlu, meskipun akan dicemuh oleh anak sendiri. Mungkin mereka belum faham, tetapi yakinlah Allah pasti akan perlihatkan hikmahnya kepada mereka nanti," katanya. 


Sumber: Facebook Ustazah Asma' Harun



from The Reporter https://ift.tt/aSb6eKx
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/a456HoA
via IFTTT

0 comments:

Post a Comment

loading...