Seorang bayi perempuan berusia lima bulan dilaporkan maut, manakala empat lagi ahli keluarganya yang lain mengalami kecederaan parah selepas terbabit dalam kemalangan di Kilometer 51 Jalan Sungai Lerek, kelmarin.
Ketua Polis Daerah Setiu, Deputi Superintendan Afandi Hussin berkata, kemalangan itu berlaku pada jam 6.15 petang yang membabitkan kenderaan jenis Toyota Alphard dan Perodua Viva.
Siasatan awal mendapati, pemandu Perodua Viva dipercayai cuba memotong sebuah lori di hadapannya. Namun percubaannya itu gagal lalu bertembung dengan Toyota Alphard yang datang dari arah Kota Bharu, Kelantan, menghala ke Johor Bahru.
Pemandu Perodua Viva dan empat penumpang termasuk mangsa, Nur Al Ammara Mohamad Budiman, dihantar ke Hospital Setiu. Bagaimanapun, pihak hospital mengesahkan mangsa telah meninggal dunia pada jam 9.55 malam.
Sementara itu, pemandu Toyota Alphard dan empat penumpangnya yang mengalami kecederaan juga dihantar ke hospital yang sama untuk mendapatkan rawatan kecemasan.
Kes disiasat mengikut Seksyen 41 Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Sumber: Harian Metro
from The Reporter https://ift.tt/GI5WX0z
via IFTTT
from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/Y7zv53u
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment