Foto The Sun Daily |
Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M. Saravanan berkata, kajian itu dibuat bagi mengelakkanlebih ramai pelarian Rohingya datang ke Malaysia.
M. Saravanan berkata demikian ketika mengulas mengenai kejadian ratusan tahanan Rohingya yang melarikan diri dari Depot Tahanan Imigresen Sungai Bakap baru-baru ini.
Bagaimanapun, cadangan dua kementerian itu dibantah oleh Yayasan Keprihatinan Komuniti Malaysia (MCCF) kerana langkah itu tidak sesuai dilaksanakan dan hanya akan membebankan kerajaan.
Pengerusi MCCF, Datuk Seri Halim Ishak berkata, KSM dan KDN sepatutnya memikirkan pelan pengusiran etnik Rohingya yang semakin melambak di negera ini, bukannya membuang masa dengan menyediakan peluang pekerjaan bagi mereka.
"Krisis budaya dan onar antara etnik Rohingya dan penduduk tempatan di negara ini banyak mendapat rungutan dan kecaman daripada rakyat Malaysia terutama di pasar-pasar borong seluruh negara.
"Tidak munasabah apabila KSM dan KDN berusaha memikirkan peluang pekerjaan bagi etnik Rohingya, sedangkan kerajaan yang sedang menghadapi krisis ekonomi terpaksa menanggung beban kewangan untuk kos mengawal selia pendatang asing tanpa izin di depot tahanan Imigresen dan kem tahanan sementara," katanya.
KSM sepatutnya mengatasi isu peluang pekerjaan kepada rakyat Malaysia yang tiada pekerjaan agar dapat mengimbangi ekonomi negara yang sedang tenat pada ketika ini.
Turut menyuarakan pandangan yang sama, Setiausaha Lembaga Pelindung Kebajikan Pengguna Malaysia, Datuk Sheeda Romli berkata, kerajaan perlu sedar bahawa majoriti rakyat di negara ini sudah mula merasa tidak selesa dengan kewujudan golongan tersebut.
"Sekarang ini pun, kita sudah merasa tidak selesa denga kewujudan warga asing sedia ada dan apa yang berlaku di Depot Imigresen Semenara Relau baru-baru ini amat membimbangkan.
"Saya berharap pihak kerajaan lebih memperketatkan kawalan sempadan atau meletakkan syarat lebih ketat agar pelarian ini tidak mudah masuk ke negara kita secara tidak sah," ujarnya.
Sumber: Harian Metro
from The Reporter https://ift.tt/2sjKeNW
via IFTTT
from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/pYLRjeK
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment