Foto pegawai terbabit dari video tular |
Tular di media sosial, video seorang pegawai polis wanita membuat siaran langsung melalui aplikasi TikTok semasa melakukan operasi, mengundang kritikan orang ramai.
Dalam video itu, pegawai wanita yang dipercayai berpangkat Asisten Superintendan, menjelaskan tentang sebahagian skop tugasnya seperti melakukan serbuan dan pemeriksaan.
Pegawai itu juga menyatakan rasa terkejut dengan siaran secara langsung di TikTok itu ditonton lebih dari 1,200 pengguna.
Menurut pengadu yang dikenali sebagai Tsgxy berkata, semasa dia bertugas sebagai anggota polis, mana-mana anggota yang merakam gambar atau video akan dikenakan tindakan tegas.
"So kalau berpaku (pangkat) memang boleh ea buat live masa tengah operasi? Tak tahu pulak. Masa aku kerja dulu, anggota post gambar tengah bertugas dikenakan tindakan keras.
"Mungkin zaman sudah berubah, aku pun tak tahu arahan terkini mungkin pegawai saja dibenarkan kot bersosial media semasa operasi/tugas," ciapnya.
Susulan video tular itu, Jabatan Integriti Pematuhan Standard (JIPS) kini sedang menjalankan siasatan terhadap pegawai polis wanita berkenaan yang membuat siaran langsung di aplikasi tersebut semasa sedang melakukan serbuan di sebuah pusat hiburan.
Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Razarudin Husain berkata, sekiranya siasatan mendapati pegawai terbabit mempunyai motif membuat siaran secara langsung itu untuk mengumpul pengikut di TikTok, pihaknya tidak akan berkompromi mengambil tindakan tegas terhadap pegawai berkenaan.
So kalau berpaku memang boleh ea buat live time tengah operasi? Taktau pulak. Masa aku kerja dulu anggota post gambar tengah bertugas kena tindakan keras. Maybe zaman dah berubah, aku pun taktau arahan terkini mungkin pegawai saja dibenarkan kot bersosial media time operasi/tugas pic.twitter.com/qLz9aIlJ73
— ₆⁶₆ςιδ²³₆⁶₆ Seller iPhone! (@Tsgxy_) April 24, 2022
Setakat ini, pihaknya sedang meneliti video tular itu bagi mengenal pasti lokasi dan tarikh rakaman itu dirakam.
"Saya sudah mengarahkan JIPS untuk ambil tindakan terhadap pegawai terbabit termasuk memanggilnya bagi mendapatkan kenyataannya berhubung tindakan membuat video secara langsung semasa operasi itu.
"Kita juga ingin mengetahui motif dan tujuan sebenarnya membuat rakaman menerusi akaun TikTok miliknya.
"Pihak JIPS tidak akan berkompromi dalam perkara ini dan akan mengambil tindakan tegas sekiranya benar pegawai terbabit mempunyai motif merakam video berkenaan semata-mata mengumpul pengikut di laman sosial akaun TIkTok miliknya," katanya.
Ekoran dari tindakan pegawai terbabit, JIPS akan mengeluarkan 'peraturan baharu' berhubung penggunaan media sosial terutamanya aplikasi TikTok dalam kalangan anggota dan pegawai Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Sementara itu, netizen berpandangan, pegawai mahupun anggota keselamatan tidak sewajarnya berbuat demikian kerana tindakan itu bukan sahaja tidak profesional, malah mencemarkan imej PDRM.
"Ingatkan cikgu je buat hal live time mengajar dalam kelas, rupanya pegawai polis pun sama juga sibuk nak buat live masa tengah bertugas. Siap show off logo PDRM lagi. Orang-orang yang macam inilah yang busukkan nama sesuatu organisasi sebab tidak menjaga integriti dan profesionalism," tulis Wallawaniey.
"Terus terang saya cakap, saya pun sama pangkat dengan dia. Tapi jarang-jarang sekali saya nak up apa saja gambar muka saya berkeadaan begini. Saya dulu tiga tahun tugas operasi, satu apa pun saya tak rekod sebab takut orang kenal kami. Ayooo generasi sekarang BBNU," tulis Sara Aisyah.
Sumber: Sinar Harian, Twitter Tsgxy
from The Reporter https://ift.tt/Pkoue1R
via IFTTT
from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/DQserUH
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment