loading...

Saturday, 16 April 2022

Ibu keluar cari anak perempuan hilang, dirogol tiga pelayan restoran

Foto Hiasan


Seorang wanita berusia 36 tahun mendakwa telah dirogol tiga lelaki di Punjabi Bagh, Delhi Barat, India. 


Menurut polis, insiden itu dilaporkan pada pagi Khamis lalu selepas mangsa sedarkan diri. 


Susulan itu, polis telah menahan Naveen Singh, 28, Bishwa Mohan Acharya, 26, dan Akshay Taneja, 30, yang kesemua mereka bekerja sebagai pelayan di restoran. 


Mangsa dalam keterangannya berkata, dia pada hari kejadian sedang mencari anak perempuannya berusia 17 tahun yang dikatakan hilang dari rumah. 


Dalam perjalanan mencari anaknya itu, dia bertemu dengan seorang lelaki yang menawarkan bantuan untuk mencari anak perempuannya tetapi, mangsa diminta untuk mengikutinya bersama dengan dua lagi rakannya ke rumah sewa mereka. 


Mangsa bersetuju dengan dan apabila tiba di rumah tersebut, suspek menawarkan minuman sejuk. Sebaik saja minum minuman tersebut, mangsa terus jatuh dan tidak sedarkan diri. 


Pagi keesokan harinya, mangsa tersedar dan mendapati dirinya telah dirogol oleh tiga lelaki terbabit. Mangsa terus membuat laporan polis dan kes tersebut didaftarkan di bawah Seksyen rogol secara berkumpulan dan menyebabkan kecederaan dengan menggunakan racun dan lain-lain, dengan niat untuk melakukan kesalahan. 


Beberapa jam selepas laporan itu dibuat, ketiga-tiga suspek telah ditahan untuk siasatan lanjut. 


Sumber: NDTV



from The Reporter https://ift.tt/MVxEaRi
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/OrK8olv
via IFTTT

0 comments:

Post a Comment

loading...