loading...

Wednesday, 20 April 2022

Dapat je duit RM10,000 dari KWSP, lelaki ini terus serahkan kepada ibunya



18 April 2022, pembayaran pengeluaran khas Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mula dilakukan secara berperingkat setelah Menteri Kewangan meminta KWSP mempercepatkan pembayaran itu setelah mendapat desakan daripada rakyat. 


Ramai yang bersyukur dengan pembayaran awal itu kerana ada yang memerlukan wang untuk melakukan persiapan menyambut perayaan Hari Raya. Selain itu, ada juga yang membelanjakan wang itu untuk tujuan lain setelah terjejas akibat pandemik dua tahun lalu. 


Berlainan dengan seorang lelaki muda ini yang memilih untuk menyerahkan RM10,000 itu kepada ibunya. Amran Aminudin, 32, berkata, dia sememangnya sudah memasang niat untuk menyerahkan sejumlah besar wang itu kepada ibunya, setelah mendapat tahu kerajaan mengumumkan kebenaran pengeluaran khas KWSP kali ketiga itu. 


Amran mengakui, dua pengeluaran terdahulu dibuatnya untuk menampung keperluan hidupnya sendiri dan hanya sebahagian diberi kepada ibunya. 


"Jadi saya rasa tak puas apabila duit itu habis macam itu sahaja di tangan saya. Bila Perdana Menteri umum beri kebenaran pengeluaran khas KWSP kali ini, saya berniat nak beri kepada ibu," kata juruukur di sebuah syarikat pembinaan di Tawau, Sabah. 


Sebaik saja mendapat bayaran pengeluaran khas itu baru-baru ini, Amran terus mengajak ibunya ke bank untuk mengeluarkan RM10,000 tersebut dan diberikan kepada ibunya menyebabkan wanita itu tergamam tidak terkata. 


Tindakan Amran membuatkan ibunya tertanya-tanya dari mana dia mendapat wang tersebut sebelum dijelaskan mengenai kejutan itu. 


"Ibu tanya kenapa tak simpan saja (duit) untuk digunakan pada hari tua atau buat duit kahwin. Saya kata. duit kahwin itu saya dah sedia tabungan lain. Duit ini khas untuk ibu. Saya ada alasan sendiri. Ibu saya dah tua, saya masih muda tapi kita tak tahu ajal masing-masing. 


"Saya bimbang saya tidak dapat memberi kesenangan kepadanya. Mungkin bagi orang lain RM10,000 itu tidak seberapa, tetapi ia besar bagi saya," katanya. 


Tambah Amran lagi, dia belum puas menabur bakti kepada ibu bapanya. Rezekinya selama ini juga tidak pernah berkurangan, sebaliknya semakin bertambah. 


Amran tidak menyangka perkongsiannya itu akan tular di media ssosial dan tujuannya berkongsi bukanlah mahu menunjuk-nunjuk atau mencari publisiti murahan, tetapi hanya sekadar berkongsi kegembiraan kerana dapat menggembirakan ibunya. 


Sumber: mStar Online



from The Reporter https://ift.tt/YNUGas5
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/2dCRyVp
via IFTTT

0 comments:

Post a Comment

loading...