loading...

Wednesday, 27 April 2022

'Bodohlah kau gemok, bisinglah gemok! Tahulah aku, bab* kau ni!' - Suami maki & aniaya isteri sebab hal remeh



Hasrat seorang wanita berbuka puasa dengan keluarganya di luar ditemani suami dan anak tidak kesampaian di mana si suami bertindak menganiaya isterinya kerana berang disuruh segera menyiapkan diri. 


Mangsa yang dikenali sebagai Rose berkata, pada pagi hari kejadian sebelum keluar bekerja dia telah memaklumkan kepada suami yang bapanya mengajak mereka berbuka puasa bersama di luar. Si suami hanya sekadar menjawab, 'Okay'. 


"Hari ini ayah saya ajak berbuka kat luar. Jadi mak minta tolong saya booking tempat. Itu tiada masalah, apa yang bermasalah adalah sikap suami. Pagi-pagi saya dah beritahu yang petang ini ayah ajak berbuka di luar dan dia kata 'ok' je. 


"Selepas itu di belah petang, suami balik dari kerja pukul 3 petang. Saya pula masih bekerja dan balik pukul 5 petang. Saya call suami dan kata, jangan lupa program petang ini dan kalau boleh jangan tidur. Kalau dia dah tidur, memang susah nak bangunkan dia. Dia cakap, "Tahulah!". Saya diam je," katanya. 


Tepat pada jam 5 petang, Rose terus bergegas pulang ke rumah biarpun terpaksa meredah hujan lebat kerana teruja mahu berbuka puasa bersama keluarganya. 


"Saya excited nak makan ramai-ramai dengan keluarga di luar. Saya balik rumah, tengok suami masih tidur lagi. Saya kejutkan dia, dia mula buat perangai seperti sengaja berlengah. Padahal masa itu dah jam 6 petang. Saya diam dan pergi bersiap dulu. Mujur anak dijaga oleh mak. sebab bila saya kerja, anak saya memang dijaga oleh mak," katanya. 


Selesai bersiap, suaminya masih lagi tidur. Disebabkan geram, Rose memarahi suaminya dan meminta lelaki itu pergi mandi. Tetapi si suami membalas dengan kata-kata kesat dan berbaur penghinaan. 


"Bodohlah kau gemok, bisinglah gemok, tahulah aku, babi kau ni!" jerit si suami. 


Jam di tangan menunjukkan pukul 6.30 petang, Rose terpaksa menyuruh suaminya mandi cepat-cepat. Malah dia menyiapkan pakaian suaminya dan tidak semena-mena lelaki itu membaling tuala basah ke mukanya. 


"Dia boleh baling tuala dengan kuat di muka saya. Bayangkan tuala mandi tebal bila basah akan menjadi lebih berat. Memang sakit gila muka dan saya terus menangis. Dia boleh pula mengejak-ejek saya dan paksa saya cepat.


"Cepat-cepat! Kang lambat pulak! Bodoh gemok!"


Mengakui pedih mendengar kata-kata itu, Rose melawan dan mendakwa suami berkelakuan biadab dan melampaui batas. Tetapi, kata-kata itu dibalas dengan ketawa. 


"Saya geram, saya baling tuala itu kat badan dia. Lepas tu rak kasut pula terjatuh dan dia paksa saya kemaskan rak itu atau dia tak nak ikut saya. Sumpah sakit sangat hati saya. Saya cuma meminta dia bersiap untuk keluar berbuka bersama keluarga saya. 


"Bila saya tak nak ikut arahan dia (kemaskan rak), dia tinggikan suara dan nak pukul saya. Sebab kenangkan keluarga sedang menunggu, saya akur dan kemaskan rak itu sambil menangis tanpa henti. 


"Saya rasa penat sangat Ya Allah.. Bayangkanlah saya balik berhujan naik motosikal, sampai di rumah, dia boleh menyeksa saya macam ni. Saya menjerit kuat-kuat menyebabkan dia marah lalu  pergi ke dapur mengambil cawan berisi air dan kemudian disimbah ke muka saya. 


"Yang kau menjerit-jerit ini dah kenapa? Macam dirasuk hantu!"


"Saya terdiam sebab air termasuk dalam hidung, Ya Allah, sakit sangat! Saya terus melawan dan kata dia sudah melampau, sehingga berani memperlakukan saya macam tu. Sekali lagi dia pergi ke dapur mengambil mangkuk besar lalu diisi dengan air sebelum cuba menyimbah saya. Mujur sempat mengelak dan saya baling selipar ke muka dia. 


"Lelaki tak guna! Aku suruh kau bersiap ikut pergi makan je, sampai macam ni kau buat bini kau!?" 


Selepas kejadian itu, Rose mengambil keputusan untuk pulang ke rumah ibu bapanya. Kepulangannya dalam tangisan sudah dapat dijangka oleh keluarga siapa pelaku di sebalik kejadian itu. 


"Akhirnya saya pergi dengan anak je waktu berbuka puasa dengan keluarga. Saya peluk anak kuat-kuat, saya sedih sangat. Malam ini tak tahu nak balik rumah atau tidur di rumah mak saya. Entahlah. Dengan saya puasa-puasa penat balik dari kerja berhujan bagai, boleh dia buat saya macam ni," luahnya. 


Sementara itu ramai netizen bersimpati dengan nasib wanita itu tidak menafikan sememangnya ada lelaki berkelakuan seperti itu. Malah ada lelaki yang berani memukul pasangannya gara-gara hal remeh sedangkan mereka belum mempunyai sebarang ikatan yang sah. 


"Kalau kena kat aku, memang angkat kaki dan kemas baju balik rumah mak bapak sendiri. Memang tak ada nak jumpa lagi. Babai la,:" kata Maszuin. 


"Nak carut tapi puasa, menyirap je aku baca. Jomlah menyirap sama-sama, mana boleh aku menyirap seorang je. Semoga sis kita ini dilindungi Allah dan semoga semuanya baik-baik saja untuk dia," kata Hani. 


Sumber: Facebook



from The Reporter https://ift.tt/ncurjbR
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/CuAvVfL
via IFTTT

0 comments:

Post a Comment

loading...