Foto Bloomberg |
Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz melalui Facebook rasminya memaklumkan, pengeluaran khas Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sebanyak RM10,000 akan dikreditkan bermula hari ini, Isnin, 18 April 2022.
Menurut Tengku Zafrul, dia sebelum ini banyak menerima pertanyaan dan permintaan untuk mempercepatkan tarikh pengeluaran khas itu, walaupun pihak KWSP sebelum ini telah memaklumkan pengeluaran khas itu akan dilakukan bermula 20 April secara berperingkat.
"Ramai yang mesej dan komen dalam media sosial saya, "YB, pengeluaran KWSP boleh cepat lagi tak?", saya mendengar suara anda (rakyat).
"Oleh itu, setelah berbincang dengan KWSP, sukacita dimaklumkan pengeluaran khas KWSP akan dikreditkan secara berperingkat mulai 18 April 2022, bukannya 20 April 2022.
"Saya berharap pengeluaran ini akan lebih menceriakan sambutan Aidilfitri Keluarga Malaysia. InsyaAllah," ujarnya.
Pengumuman tersebut membuatkan ramai yang teruja dan berterima kasih kepada Tengku Zafrul.
"Alhamdulillah, syukur. Terima kasih kepada Tengku Zafrul, Datuk Sri Ismail Sabri, Datuk Seri Najib selaku pencetus idea dan pihak-pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam merealisasikan dan melancarkan pengeluaran khas KWSP one off ini," kata Fatin.
"Alhamdulillah syukur. Terima kasih YB Menteri Kewangan. Moga Allah SWT murahkan rezeki YB seperti air zamzam yang sentiasa mengalir tanpa henti dan sentiasa permudahkan segala urusan YB," kata Muhammad Fahmi.
Sumber: Facebook Tengku Zafrul
from The Reporter https://ift.tt/vAYJF4o
via IFTTT
from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/QGwNDV7
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment