Pasangan suami isteri meninggal dunia selepas kereta yang dinaiki bersama dua anak mereka terbabit dalam kemalangan berdekatan dengan sebuah pasar raya di Lebuhraya Cheras-Kajang, petang semalam.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Norazam Khamis berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kejadian itu pada jam 3.59 petang dan enam anggota bersama satu jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kajang dikerahkan ke lokasi.
Sebaik tiba di lokasi, mereka mendapati berlaku kemalangan di antara Perodua Bezza dengan van perdagangan.
Empat individu yang berada di dalam kereta sedan itu merupakan suami isteri bersama dengan dua anak mereka yang masing-masing berusia tujuh dan 14 tahun.
Pasangan suami isteri terbabit disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian dan mayat mereka dihantar ke Jabatan Perubatan Forensik Hospital Kajang untuk dibedah sisat.
Dua anak pasangan itu juga dihantar ke hospital yang sama untuk mendapatkan rawatan. Pemandu van pula dilaporkan tidak mengalami sebarang kecederaan.
Video kemalangan tersebut turut viral di media sosial. Video berdurasi 29 saat itu menunjukkan sebuah van putih terbabas dan masuk ke laluan bertentang lalu melanggar kereta empat sekeluarga itu.
Sementara itu, netizen yang kerap melalui jalan berkenaan mendakwa, sudah kerap berlaku kemalangan di kawasan itu dan boleh dikatakan setiap minggu. Netizen berharap pihak berkuasa memeriksa semula keadaan jalan di situ, tetapi ada yang menjelaskan pihak Miros telah berkali-kali datang ke lokasi dan kemalangan masih jua berlaku.
Justeru netizen menggesa pihak berkaitan membina penghadang jalan sama ada besi atau tembok konkrit di lokasi tersebut bagi mengelakkan kejadian yang sama berulang.
Sumber: Harian Metro, Info Roadblock JPJ/POLIS
from The Reporter https://ift.tt/3c50Czu
via IFTTT
from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/3v0rpFM
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment