Polis menahan dua lelaki termasuk seorang wanita yang terbabit dalam kekecohan di sebuah restoran di Jalan SS 15/4, semalam dan seorang lagi lelaki masih diburu.
Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Abd. Khalid Othman berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu daripada seorang wanita berusia 55 tahun yang juga pengurus restoran berkenaan.
Menurut laporan, pengadu yang sedang bekerja pada jam 6 petang hari kejadian berkata, empat pelanggannya iaitu tiga wanita dan seorang lelaki tidak berpuas hati dengan nasi lemak yang dihidang kerana menemui lalat dalam makanan tersebut.
Mereka kemudian mengeluarkan telefon bimbit untuk membuat rakaman. Pengadu meminta mereka tidak berbuat demikian tetapi tidak diendahkan. Malah suspek mengugut mahu menyebarkan video itu dan secara tiba-tiba menampar pipi kiri pengadu.
Tindakan suspek itu mencetuskan pertengkaran di antara mereka serta tolak-menolak di antara pekerja restoran dan suspek sebelum kesemua suspek beredar dari lokasi kejadian.
Abd. Khalid berkata, pihaknya juga menerima laporan polis daripada seorang wanita yang terbabit dalam kekecohan itu.
Bertindak di atas dua laporan itu, polis menahan dua lelaki warganegara India yang merupakan pekerja restoran itu dan seorang wanita tempatan untuk membantu siasatan. Suspek lelaki yang menampar pengurus restoran itu juga sedang diburu polis.
Kes disiasat mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan kerana merusuh tanpa senjata.
Sumber: Kosmo Online
from The Reporter https://ift.tt/3bRB8pg
via IFTTT
from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/3e4sPZM
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment