loading...

Monday, 1 March 2021

Ops banteras Ekzos Bising masuk ke kawasan perumahan susulan dapat banyak aduan penduduk


Pemilik kenderaan sama ada motosikal atau kereta adalah dimaklumkan bahawa, Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) akan melaksanakan operasi menyeluruh Ops Ubah Suai Ekzos bukan hanya di sekatan jalan raya, tetapi juga termasuk di kawasan perumahan yang telah bermula sejak semalam, 1 Mac 2021. 


Ketua Jabatan JSPT Selangor, Superintendan Azman Shariat berkata, pihaknya memberi tumpuan di kawasan perumahan termasuk apartmen dan flat kerana ada aduan dari penduduk yang terganggu dengan bunyi ekzos bising yang banyak melibatkan kawasan perumahan. 


Bagi pemilik kenderaan yang didapati melakukan kesalahan itu akan dikenakan tindakan di bawah Kaedah 103 iaitu di bawah Kaedah-Kaedah Kenderaan Bermotor (Pembinaan dan Penggunaan) 1959 (LN 170/1959). 


"Individu terbabit boleh dipenjara tidak melebihi enam bulan atau denda tidak melebihi RM2,000," katanya. 


Justeru, pemilik kenderaan yang telah melakukan pengubahsuaian ekzos pada kenderaan masing-masing dinasihatkan untuk mengubah kembali kepada ekzos asal bagi mengelakkan dikenakan tindakan. 


Semalam, JSPT Bukit Aman telah menjalankan Ops Khas Kesalahan Bunyi Bising di Jalan Duta, Kuala Lumpur dan seramai 10 motosikal pelbagai jenis telah ditahan kerana didapati melakukan kesalahan penggunaan ekzos bising. 


Salah seorang penunggang yang ditahan berkata, dia hanya sekadar mengikut trend dan minat, selain menjadikan alasan penggunaan ekzos bising bagi tujuan 'keselamatan' di jalan raya agar pemandu kenderaan lain sedar akan kehadirannya. 


Bagaimanapun, alasannya itu tidak diterima dan dia dikenakan tindakan yang menyebabkan dia kini menyesal dengan perbuatannya. 


Sumber: Sinar Harian



from The Reporter https://ift.tt/3kyPwXp
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/3q81QPw
via IFTTT

0 comments:

Post a Comment

loading...