Ketua Polis Subang Jaya, Asisten Komisioner Abd Khalid Othman memaklumkan, kes pergaduhan di gelanggang futsal yang membabitkan YouTuber minggu lalu masih dalam siasatan, meskipun mangsa telah menarik balik laporan polis.
Beliau berkata, pihaknya kini sedang mengemaskini kertas siasatan dan menunggu laporan dari Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) berhubung klip video pergaduhan yang viral di media sosial.
"Kita sedia maklum berhubung penarikan semula laporan polis yang dibuat mangsa. Bagaimanapun siasatan terus dijalankan.
"Walaupun pengadu menarik semula laporan polis, namun kesalahan itu berlaku. Jadi, pihak polis tetap melengkapkan kertas siasatan sebelum diserahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya (TPR)," katanya.
Dalam pada itu, Abd Khalid juga membuat teguran, orang awam tidak sepatutnya menjadikan laporan polis sebagai perkara yang tidak serius.
"Polis ini bukan sebagai tempat melepaskan hajat. Bila sudah memaklumkan kejadian jenayah itu wujud, jadi kita akan lengkapkan kertas siasatan.
"Kuasa mendakwa adalah pada Timbalan Pendakwa Raya. Apabila kertas siasatan lengkap, Timbalan Pendakwa Raya yang akan memutuskan untuk mendakwa atau tidak," katanya.
Semalam, YouTuber Isa Isarb memuat naik video permohonan maafnya berhubung kes pergaduhan dan mengakui dia hilang kawalan kerana terlalu emosi. Isa juga telah membayar ganti rugi RM8,000 kepada mangsa secara ansuran di mana bakinya akan dibayar pada awal April depan.
Sumber: Harian Metro
from The Reporter https://ift.tt/2OF2Hdc
via IFTTT
from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/30tB4Xn
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment