loading...

Wednesday, 3 March 2021

'Gunakan pendekatan kasih sayang' - kata MAPIM berhubung isu Muhammad Sajjad nak murtad, tetapi pemerhati kata ini semua hanya sekadar drama


Kenyataan Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman mahu keluar daripada agama Islam menarik perhatian banyak pihak termasuk Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM). 


Presiden MAPIM, Mohd Azmi Abdul Hamid berkata, pihaknya kecewa dan bersimpati dengan apa yang berlaku dan berharap pihak berkuasa menggunakan pendekatan kasih sayang untuk menangani isu yang membabitkan lelaki itu. 


"Kami yakin semua pihak dalam masyarakat Islam memandang berat dengan insiden ini dan umumnya merasa sedih dan kecewa dengan apa yang berlaku. Selain itu, kami juga turut rasa bersimpati kepada semua pihak yang mahu menyelesaikan isu ini dan berharap dapat mengawal keadaan agar isu ini dikendalikan dengan sebaik mungkin dengan hikmah. 


"Jalan keluar dengan menghormati tanggungjawab pihak berkuasa dan mengguna pendekatan kasih sayang dan mendidik secara penuh hikmah perlu dilakukan," katanya. 


Mengulas mengenai kenyataan Muhammad Sajjad, beliau percaya lelaki itu melafazkannya dalam keadaan tertekan dan emosi tidak terkawal, bukannya datang dari lubuk hati yang sebenar. 


Sementara itu, rakan baiknya, Datuk Aliff Syukri pula berharap, Muhammad Sajjad sedar dengan apa yang dilakukannya itu yang jelas sekali mempermainkan isu murtad dan menasihatkannya untuk tampil menyerah diri dan hormat kepada undang-undang. 


"Kita sebagai seorang manusia perlu menghormati undang-undang. Tak salah jika kita mengaku salah. Itu tidak bererti kita kalah. Kita rakyat Malaysia, ada undang-undang yang perlu kita patuhi. 


"Sebagai sahabat, saya tidak mahu dia keluar daripada Islam atau murtad. Jangan tertekan dengan segelintir netizen, menyerahlah," katanya. 


Meskipun ramai pihak yang tampil cuba menasihatkannya, Muhammad Sajjad dilihat masih tidak mengendahkan semua itu dan sekali lagi mencetuskan persoalan netizen apabila dia meletakkan simbol menyerupai salib di bio akaun media sosialnya. 



Dari pandangan pemerhati seperti Doktor Syahr Musafir, apa yang dilakukan oleh Muhammad Sajjad ini tidak sepatutnya menjadi tajuk berita utama kerana apa yang dilakukannya itu hanya sekadar berdrama meraih publisiti murahan. 


"Isu ini sudah bertahun-tahun, tetapi menjadi trigger kali ini dengan drama tangisan ketika penangkapan, kemudian dilepaskan. Sekarang hilang dari radar setelah buat video nak meninggalkan Islam. 


"It is just another drama by si dia atau mungkin publisiti untuk bisnes dan marketing. Saya tak rasa wajar untuk dijadikan sebagai berita muka depan setiap portal berita. Oh please, no needlah.


"Jangan jadikan si dia famous sekali lagilah. Biarkan berita dia tak diketahui orang. Biarlah pihak berkuasa yang buat kerja secara diam-diam. Tidak perlu kita highlight secara berlebihan pun," katanya. 


Sumber: Malaysia Gazette, Utusan, Dr Syahr Musafir



from The Reporter https://ift.tt/3rhtfQk
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/3ecs5Si
via IFTTT

0 comments:

Post a Comment

loading...