loading...

Sunday, 31 January 2021

Cuba seludup 380 kg daun ketum, pemandu Myvi ditahan PGA9


Cubaan seorang lelaki berusia 36 tahun menyeludup 19 bungkusan plastik daun ketum ke Thailand menggunakan kereta Perodua Myvi menemui kegagalan apabila dia ditahan Batalion 9 Pasukan Gerakan Am (PGA).


Sebanyak 380 kilogram daun ketum bernilai RM11,400 itu ditemui dalam Myvi yang diletakkan di bahagian tempat duduk penumpang belakang dan but, di Kampung Pisau Raut, Pengkalan Kubor.


Pegawai Pemerintah PGA9, Superintendan Nor Azizan Yusof berkata, lelaki itu ditahan oleh pihaknya ketika penugasan PGA9 di Pangkalan Haram Aziz pada jam 8.30 malam Sabtu, 30 Januari 2021. 


Suspek juga didapati mempunyai dua rekod lampau bersabit dadah dan hasil ujian saringan air kencing mendapati suspek positif methampethamine. 


Suspek dan barang rampasan dibawa ke IPD Tumpat dan kes disiasat mengikut Seksyen 30(3) Akta Racun 1952 serta Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952. 


Sementara itu, dalam rampasan kedua di kampung sama, PGA9 turut merampas satu kotak dan dua guni yang mengandungi 464 botol ubat batuk disorok di bawah sebuah rumah. 


Tiga kotak mengandungi pelbagai jenis barangan kosmetik disyaki diseludup dari Thailand.


Ubat batuk itu dipercayai untuk dijual di pasaran tempatan dan dijual kepada penagih sebagai campuran untuk air ketum bagi memberikan kesan khayal dalam tempoh lama.


Sumber: Harian Metro



from The Reporter https://ift.tt/3pAQu7e
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/3rmqPjd
via IFTTT

'Oh baser lembu buat roblok sini' - Hina polis di media sosial, lelaki ditahan & siap berkonvoi bawa balik ke balai


Gara-gara memuat naik kenyataan menghina anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) sebagai 'lembu' di media sosial, seorang lelaki yang juga pemandu Proton X70, ditahan. 


Menurut sumber, lelaki terbabit memuat naik kenyataan tersebut di Facebook Group Bandar Chukai, Kemaman yang menggelar anggota polis sebagai lembu kerana tidak berpuas hati laluan menjadi sesak disebabkan Sekatan Jalan Raya (SJR). 


"Oh baser lembu buat roblok sini. Mung nak wat roblok jalan dua lane, mung letak la orang pun dua lane. Ini dari dua lane jadi satu lane memang sumbak la tolol! Panah gini, sokmo-sokmo wat roblok gini," tulisnya. 


Kenyataannya itu dipercayai telah diambil dan dilaporkan kepada polis. Bertindak di atas aduan itu, polis telah menahan lelaki terbabit di rumahnya pada 29 Januari 2021 atas dakwaan membuat kenyataan menghina pasukan keselamatan di media sosial. 


Video yang dikongsikan oleh Info Roadblock JPJ/POLIS menunjukkan, sebanyak tiga kenderaan PDRM berkonvoi membawa suspek ke balai untuk tindakan lanjut. 



Orang ramai dinasihatkan tidak menyalahgunakan media sosial dengan memuat naik kenyataan yang bertujuan menghina orang atau pihak lain. Jika didapati berbuat demikian, individu berkenaan boleh dikenakan tindakan undang-undang. 


Sumber: Info Roadblock JPJ/POLIS



from The Reporter https://ift.tt/3akOFEP
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/3r6Gx1y
via IFTTT

(Video) 'Jangan salahkan pemandu Avanza' - Rider Grab Food cedera dilibas Avanza di lebuhraya


Viral di media sosial semalam, video seorang penghantar makanan, Grab Food, terbabit dalam kemalangan setelah 'dilibas' sebuah kereta yang terbabas di MRR2 selepas Terminal Bersepadu Selatan (TBS) menghala ke Bukit Jalil. 


Dalam kejadian yang berlaku pada jam 10.18 pagi Sabtu, 31 Januari 2021, mangsa menunggang di lorong ketiga sebelum datangnya kereta Toyota Avanza dari lorong keempat. 


Avanza terbabit yang dipercayai memandu melebihi had laju secara tiba-tiba membuat brek mengejut lalu hilang kawalan dan melibas penunggang motosikal berkenaan sebelum bergolek beberapa kali sehingga termasuk ke ruang tengah pembinaan. 


Akibat dari kemalangan itu juga, penunggang motosikal terpelanting lebih kurang enam kali. Sementara motosikalnya terseret jauh ke depan.


Berdasarkan gambar, penunggang motosikal mengalami kecederaan di bahagian tangan dan kepala. Tidak diketahui bagaimana keadaan pemandu Avanza terbabit. 



Video kemalangan itu mengundang banyak reaksi netizen di media sosial. Rata-rata menyalahkan pemandu Avanza terbabit yang memandu terlalu laju sehingga hilang kawalan. 


Tampil seorang individu yang mendakwa terbabit dalam kemalangan itu meminta orang ramai tidak menyalahkan pemandu Avanza. Katanya, kejadian itu berlaku disebabkan tayar kenderaan berkenaan.


"Saya yang terlibat dalam kemalangan itu. Bukan salah pemandu. Cuma nak bagi tahu, sebelum keluar rumah, check tayar sebab macam-macam ni boleh jadi sebab tayar. 


"Kawan saya bawa tak ada nak laju-laju pun, biasa je macam kenderaan lain yang bawa. Tolong jangan salahkan dia," katanya. 



Namun kenyataan individu terbabit disangkal oleh netizen dengan bukti bahawa sekiranya pemandu Avanza tidak memandu melebihi had laju, momentum kelajuannya sepatutnya menyamai had laju kereta saksi (owner dashcam) yang dilihat mematuhi had laju lebuhraya. 


"Masalahnya kereta tu nampak laju. Kalau tak laju, macam abang yang owner dashcam ni. Tu muncul tiba-tiba, laju lah. Kalau tak laju, kereta tak berpusing macam tu. Macam aku pula yang bodoh dalam kes ni," kata netizen. 


Sumber: Info Roadblock JPJ/POLIS



from The Reporter https://ift.tt/3tdQDzB
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/3r95auG
via IFTTT

Keluarga angkat akur, jenazah mangsa dera dituntut oleh keluarga kandung ibunya


Jenazah kanak-kanak yang maut dipercayai didera oleh ibu kandung dan bapa tirinya di Taman Krubong Jaya pada Jumaat lalu, akan dituntut oleh keluarga ibu kandungnya dari Jabatan Perubatan Forensik, Hospital Melaka hari ini. 


Menurut sumber dari keluarga angkat mangsa berkata, keluarga ibu kandungnya bertegas mahu menuntut dan mengebumikan jenazah mangsa di kampung ibunya.


Setelah kedua-dua pihak mengadakan perbincangan, keluarga angkat akur dengan keputusan pihak keluarga kandung dan jenazah mangsa akan dibawa pulang ke Kampung Simpang Bekoh, Jasin, untuk dikebumikan. 


Pengerusi Masjid Al-Hidayah, Chabau, Rosli Ibrahim berkata, van jenazah dari masjid akan membantu membawa jenazah untuk dikebumikan.


"Kerja menggali kubur di Tanah Perkuburan Islam Padang Lebar yang terletak kira-kira 100 meter dari kediaman keluarga juga sudah digali semalam selepas diminta oleh keluarga.


"Jenazah juga akan dibawa ke Surau As-Syakirin, Simpang Bekoh di sini untuk disembahyangkan dan dijangka dikebumikan sebelum Zuhur," katanya.


Tinjauan wartawan Harian Metro di kediaman keluarga kandung mangsa di Taman Kasturi, Simpang Bekoh mendapati kediaman itu sunyi tanpa kehadiran orang ramai atau saudara mara. Hanya kedengaran alunan ayat suci al-Quran dari dalam rumah. 


Sumber: Harian Metro



from The Reporter https://ift.tt/2L5vRAW
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/2YxIo3q
via IFTTT

Banyak kesan lebam & kecederaan di badan mangsa - Polis


Pemeriksaan pada mayat mangsa kanak-kanak yang maut didera di Taman Krubong Jaya oleh ibu dan bapa tirinya mendapati, terdapat banyak kesan lebam dan kecederaan lama serta baru di badannya. Selain itu, ada kesan luka kecil sepanjang tiga sentimeter di belakang kepala yang dipercayai baru berlaku. 


Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri Melaka, Asisten Komisioner Mohd Sukri Kaman berkata, pihaknya belum dapat mengesahkan punca sebenar kematian mangsa sama ada disebabkan didera atau lemas seperti yang didakwa ibu kandung dan bapa tirinya. 


"Masih terlalu awal untuk mengesahkan punca kematian, cuma boleh sahkan memang terdapat kecederaan terutama sekali di bahagian kepala dan beberapa anggota badan terutama di bahagian belakang mangsa. 


"Kami percaya kecederaan itu akibat dipukul dengan objek tumpul. Namun kita masih melakukan siasatan rapi berkaitan perkara itu sama ada kecederaan itu disebabkan mangsa terjatuh atau dipukul oleh mana-mana individu," katanya. 


Beberapa spesimen seperti paru-paru, jantung dan hati telah dihantar ke makmal untuk ujian, namun tidak diketahui bila keputusannya akan diperolehi. 


Menurut Mohd Sukri, ketika polis tiba di rumah tersebut, mayat mangsa telah dikeluarkan dari tong air yang terletak di dalam bilik air di tingkat bawah. Mangsa didapati baru meninggal dunia kira-kira tiga jam, bukannya tiga hari seperti yang didakwa netizen. 


Tiga beradik mangsa juga akan dipanggil untuk membantu siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.


Sumber: Harian Metro


LAPORAN BERKAITAN



from The Reporter https://ift.tt/2YtHi8C
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/36trUxv
via IFTTT

Ibu cabul anaknya berusia 2 tahun kerana tak dapat menahan nafsu & suami jauh dari rumah


Seorang wanita berusia 43 tahun di Bolo, Bima, Nusa Tenggara Barat, Indonesia didakwa mencabul anak lelakinya sendiri yang berusia dua tahun dengna alasan tidak dapat menahan 'nafsunya' ketika suami tiada di rumah. 


Ketua Perhubungan Awam Nusa Tenggara Barat, Artanto berkata, pihaknya menerima laporan dari suami kepada wanita itu setelah terkejut melihat ada rakaman video yang menunjukkan isterinya mencabul mangsa. 


"Setelah melihat rakaman video itu, suaminya terkejut, takut dan kasihan dengan nasib yang menimpa anaknya lalu membuat laporan polis," katanya. 


Menurut Artanto, suaminya mendakwa dia memperolehi video tersebut dari anak pertamanya. Setelah disiasat, isterinya melakukan perbuatan tidak bermoral itu kerana nafkah batinnya tidak dipenuhi. 


"Suspek merupakan isteri kedua pengadu yang kini masih berada di Lombok. Sedangkan isteri dan dua anaknya itu berada di Bima," jelas Artanto. 


Suspek kini bakal berdepan dengan tindakan undang-undang dan boleh dihukum penjara selama lima tahun sekiranya didapati bersalah di atas pertuduhan tersebut. - Agensi



from The Reporter https://ift.tt/3r5kaJU
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/3pE5ktx
via IFTTT

Lelaki paksa gadis puaskan dirinya, kanak-kanak lain & seekor anjing


Seorang lelaki dihadapkan ke mahkamah atas pertuduhan cuba memaksa seorang remaja perempuan melakukan hubungan seks ke atas dirinya, kanak-kanak lain dan seekor anjing. 


Trevor Fernandes dalam perbicaraan, dituduh menekan gadis berusia 13 tahun yang berasal dari Amerika Syarikat untuk melakukan aksi tidak bermoral dalam video, yang berlaku antara 16 hingga 19 November 2020.


Tertuduh berusia 36 tahun itu berdepan dengan tujuh pertuduhan menyebabkan atau menghasut kanak-kanak untuk melakukan aktiviti seksual dan enam pertuduhan mengambil gambar tidak senonoh. 


Fernandes bagaimanapun mengaku tidak bersalah ke atas semua pertuduhan itu di Mahkamah Swindon Crown pada petang Jumaat lalu.


Hakim mengarahkan tertuduh direman dan menetapkan semula tarikh perbicaraan pada 7 Jun. 


Mereka yang didapati bersalah melakukan kesalahan aktiviti seksual membabitkan kanak-kanak atua menyebab atau menghasut kanak-kanak untuk melakukan aktiviti tersebut boleh dihukum penjara selama bertahun-tahun. 


Hukuman boleh dikurangkan sekiranya tertuduh mengaku bersalah di atas pertuduhan dan mahkamah juga akan membuat penilaian sama ada tertuduh berbahaya kepada masyarakat atau tidak sejurus melesaikan hukuman mereka.


Sumber: Daily Star



from The Reporter https://ift.tt/2L3zyqL
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/3j1TLK4
via IFTTT

(Video) Berang melihat bayangan sendiri, ayam jantan bantai kereta sampai calar teruk


Tindakan pelik seekor ayam jantan bertarung dengan dirinya sendiri mengundang perhatian netizen di media sosial.


Video yang dimuat naik oleh akaun Tik Tok marybel_93 menunjukkan ayam berkenaan menyerang sebuah kereta yang diparkir di halaman rumah. 


Ayam itu dipercayai bertindak demikian selepas melihat bayangannya sendiri dan menyangka bayangan itu adalah ayam jantan lain yang menceroboh ke kawasannya. 


Tidak berpuas hati, ayam itu terus menyerang bayangannya sendiri yang mengakibatkan calar teruk pada dua pintu kenderaan tersebut. 


Video viral itu membuatkan ramai yang terhibur dan percaya ayam jantan itu mungkin sudah menjadi ayam goreng disebabkan perbuatannya. 


@marybel_93

heres the original video @l.carrillo__ sent when it happened lmfao she was mad at first guys i swear 😅 ##herlaugh ##securitycameracaughtthis ##HellCat

♬ original sound - Marybel


Sumber: Tik Tok marbel_93



from The Reporter https://ift.tt/2Yxh3yi
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/3j0jv9U
via IFTTT

(Video) 'Haaa! Apahal pakai kondom tu?!' - Pasangan remaja dicekup ketika melakukan maksiat di pondok buluh


Sepasang remaja dicekup sedang melakukan maksiat oleh tukang kebun di perkarangan Pejabat Gabenor Kalimantan Selatan, Banjarbaru, Indonesia. 


Video yang merakam saat mereka dicekup oleh beberapa tukang kebun itu viral di media sosial. 


Berdasarkan video itu, pasangan terbabit dilihat sedang berdua-duaan di sebuah pondok yang diperbuat dari buluh. 


Si lelaki sedang memasang kondom atau sarung getah pada alat sulitnya, sementara pasangannya remaja perempuan yang bertudung. Berdasarkan penampilan, mereka berdua dipercayai masih berusia remaja. 


"Kad pengenalan mana? Kad pengenalan?!" jerkah salah seorang individu yang turut serta dalam 'serbuan' itu. 



Sekumpulan tukang kebun yang mencekup pasangan itu percaya remaja terbabit melakukan maksiat kerana si lelaki sudah memakai sarung getah. Malah remaja itu tidak dapat menjawab soalan mengapa dia memakai kondom tersebut. 


Sementara itu, pasangannya hanya tertunduk malu menyembunyikan wajahnya daripada dirakam lensa telefon pintar. - Agensi



from The Reporter https://ift.tt/36qgTwO
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/3rk9Vlh
via IFTTT

Suspek disyaki dera anak sampai mati & sumbat dalam tong air, bukan pesakit mental


Suspek wanita berumur 32 tahun yang dipercayai mendera anak lelakinya berusia tujuh tahun sehingga mati dalam satu kejadian di Taman Krubong Jaya di Melaka, Jumaat lepas bukan pesakit mental walaupun pernah mendapatkan rawatan psikiatri pada 2019.


Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka ACP Mohd Sukri Kaman berkata suspek hanya mendapatkan rawatan psikiatri biasa di Hospital Melaka dan bukan disahkan sebagai pesakit mental sebagaimana didakwa kebanyakan pihak.


"Polis tidak memperoleh laporan khusus mengatakan suspek mempunyai masalah mental dan wanita berkenaan juga tidak mempunyai kad orang gila.


"Suspek juga tidak pernah mendapatkan rawatan di mana-mana hospital bahagia," katanya ketika dihubungi Bernama di Melaka, hari ini.


Sepasang suami isteri, masing-masing berusia 32 dan 38 tahun direman tujuh hari bermula semalam bagi membantu siasatan kes dera sehingga menyebabkan kematian kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun.


Kanak-kanak malang tersebut didakwa lemas di dalam tong air di rumahnya dalam kejadian kira-kira pukul 4 petang, pada Jumaat lepas namun siasatan awal polis mendapati terdapat kecederaan fizikal pada badan mangsa.


Kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh dan setakat ini, bedah siasat masih dijalankan ke atas mayat kanak-kanak malang tersebut.


Sumber: Bernama


LAPORAN BERKAITAN



from The Reporter https://ift.tt/3crQdiY
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/3raPl6q
via IFTTT

'Sumpah saya nampak makhluk asing!' - Trauma selepas nampak Alien berbentuk mentadak tinggi 7 kaki


Seorang penunggang basikal mendakwa dia berjaya melarikan diri dari makhluk asing (alien) yang kelihatan seperti mentadak setinggi tujuh kaki dan sempat melakar gambarnya.


Paul Froggatt, 26, yang bekerja di sebuah kilang menegaskan bahawa dia tidak mengambil sebarang minuman keras atau dadah ketika berkongsi lakaran alien itu dengan pihak Daily Star. 


Menurut Paul, dia sebelum itu terjatuh dari basikal selepas bertembung dengan alien berkenaan semasa dalam perjalanan pulang ke rumah dari Warwick, United Kingdom. 


Sejak dari insiden itu, Paul mengalami trauma dan kesukaran untuk tidur setelah berbasikal di kawasan kejadian selepas tamat syif kerja 12 jam di kilang makanan anjing. 


Tambah Paul, dia terpaksa berhenti dari kerja setelah digelar rakan-rakannya sebagai 'Mantis man of Warwick'.


"Pada jam 5 pagi hari kejadian, saya mengayuh basikal pulang dari tempat kerja dan ternampak sesuatu yang ganjil di langit, berwarna jingga dan bersinar. 


"Saya berhenti untuk mengambil beberapa gambar objek itu yang kelihatan agar besar. Bila benda itu mula bergerak dan berputar, saya terus menggigil dan bergegas pulang ke rumah. 


"Dalam perjalanan, sumpah benda itu mengekori saya sepanjang jalan tetapi saya cuba sedapkan hati sendiri yang itu semua hanyalah perasaan saya sahaja. 


"Bila masuk ke kawasan hutan, benda itu hilang. Kebiasaannya di waktu awal pagi, kawasan ini penuh dengan bunyi burung dan serangga tetapi pada waktu itu semuanya sunyi sepi. 


"Semasa melalui selekoh, saya ternampak sesuatu yang saya tidak akan lupakan. Beberapa meter di depan, saya ternampak makhluk terrsebut yang tingginya kira-kira tujuh kaki dan kelihatan seperti seekor mentadak tetapi berdiri dengan dua kaki seperti manusia. 


"Saya tergamam dan terkedu melihatnya dan benda itu juga menatap ke arah saya. Saya rasa dia dapat membaca fikiran saya," katanya.


Sumber: Daily Mail



from The Reporter https://ift.tt/36ntPDN
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/3r8f67K
via IFTTT

Saturday, 30 January 2021

'Saya jaga dia sejak dari kecil seperti anak sendiri,' - Ibu terkilan, anak angkatnya ditemui mati dalam tong, dipercayai didera oleh ibu kandung & bapa tirinya


Seorang kanak-kanak lelaki berusia 7 tahun ditemui meninggal dunia di dalam tong air di kediamannya di Taman Krubong Jaya dengan kesan kecederaan dan lebam di badan pada petang semalam. 


Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Melaka, Asisten Komisioner Mohd Sukri Kaman berkata, mangsa dipercayai didera oleh ibu kandung dan bapa tirinya. 


Pihaknya menerima panggilan daripada seorang lelaki pada jam 4 petang yang memaklumkan anaknya lemas di dalam tong air. Siasatan di tempat kejadian mendapati, terdapat kesan lebam serta kecederaan pada anggota badan mangsa. 


Ekoran itu, pasangan suami isteri terbabit yang berusia 32 dan 38 tahun direman selama tujuh hari untuk siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. Mayat mangsa dibawa ke Jabatan Forensik Melaka untuk dibedah siasat. 



Sementara itu, ibu angkat mangsa, Norlida Hassan, 48, terkejut dengan berita pemergian mangsa yang berlaku secara tiba-tiba selepas kanak-kanak itu tidak lagi tinggal bersama dengan mereka. 


Menurut Norlida, seluruh ahli keluarganya sangat terkesan dengan kejadian itu dan sedih sekiranya kematian mangsa disebab didera oleh ibu kandung dan bapa tirinya sehingga hilang nyawa. 


"Saya jaga dia daripada kecil (sejak usia dua bulan) seperti anak sendiri. Tak pernah rasa beban malah bersyukur ada anak angkat sepertinya. 


"Dia anak yang petah bercakap, bijak orangnya. Jadi pemergiannya memberi kesan bukan kepada saya seorang, tetapi juga suami dan anak lain iaitu kakak dan abangnya. 


"Kalau kena marah sikit sekalipun, dia akan menangis, memanggil Umi, jadi tidak kasihan ke individu itu kepadanya," katanya sebak dan tidak dapat menahan tangisan, memetik laporan dari Harian Metro. 


Difahamkan, sebaik saja mendapat perkhabaran itu, Norlida sekeluarga terus pergi ke Melaka malam tadi. 


Sementara itu, anaknya, Tuhfah Nazihah Md Tarmidi, 26, berkata, kali terakhir mereka berhubung dengan mangsa melalui panggilan telefon pada Oktober lalu, beberapa minggu sebelum diserahkan kepada ibu kandungnya. 


"Suaranya masih riang seperti biasa, cuma selepas itu dia tidak dapat lagi dihubungi kerana pelbagai alasan diberi ibu kandungnya. 


"Saya mendapat tahu mengenai kematiannya selepas dihubungi jiran yang juga pengasuhnya pada petang semalam yang dia meninggal dunia akibat lemas tetapi ada kesan kecederaan pada badannya. 


"Kami semua terkilan dan sedih, malah tidak sangka dia meninggal dunia dalam keadaan sebegitu," katanya. 


Menurut Norlida lagi, dia menyesal kerana menyerahkan mangsa kepada ibu kandungnya. Namun dia faham mungkin ibu kandungnya menanggung rindu menyebabkan dia rela dan membiarkan mangsa kembali ke pangkuan ibu kandungnya. 


"Tetapi saya tidak menyangka, anak yang ditatang bagai minyak penuh hilang sekelip mata dalam keadaan sebegitu," katanya. 


Norlida juga tidak menyangka ibu kandung mangsa meluahkan hasrat untuk menjaganya semula tahun lalu dan selepas menyerahkan anak angkatnya itu, dia tidak lagi berpeluang untuk bertemu, malah talian telefon juga telah disekat. 


"Ada sekali kami berpeluang bertemu dengannya secara senyap-senyap di kedai makan di Rawang ketika Adik (mangsa) dibawa bapa tirinya berjumpa kami dan Adik pernah cakap dia rindu Umi," katanya. 


Sumber: Harian Metro, Bernama



from The Reporter https://ift.tt/3pxax6x
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/3ctc0H9
via IFTTT

Friday, 29 January 2021

Bakal pengantin di Kedah perlu lakukan ujian saringan Covid-19 sebelum akad nikah - JHEAIK


Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kedah (JHEAIK), Mohd Yusri Md Daud memaklumkan, semua bakal pengantin dari mukim, daerah dan negeri yang diisytiharkan zon merah oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) perlu menjalani ujian saringan Covid-19 sebelum menjalani akad nikah di negeri itu bermula 1 Februari depan. 


Bakal pengantin perlu mengemukakan keputusan Ujian Rapid Antigen Covid-19 kepada Pegawai Agama Daerah, tiga hari sebelum akad nikah berlangsung. 


Ujian saringan itu boleh dilakukan di mana-mana fasiliti kesihatan yang diiktirafkan Kementerian Kesihatan (KKM) termasuk swasta dan kos perlu ditanggung sendiri. 


Bagi bakal pengantin yang berlainan daerah dan negeri dikehendaki mendapatkan kebenaran merentas daripada pihak polis. JHEAIK dan pejabat Agama Islam Daerah (PAID) tidak akan mengeluarkan sebarang surat sokongan bagi tujuan merentas daerah atau negeri.


Akad nikah yang dilakukan di PAID hanya boleh dihadiri oleh jurunikah, saksi, pengantin lelaki dan perempuan serta seorang wali dengan pematuhan SOP yang ketat bagi mencegah penularan Covid-19. 


Sementara itu, bagi kursus pra perkahwinan pula ditangguhkan buat sementara waktu dalam tempoh PKP 2.0. JHEAIK juga tidak menngiktirafkan sijil kursus pra perkahwinan yang dilakukan secara online. 


"Sebaliknya, proses temuduga akan dilakukan bagi menggantikan kursus pra perkahwinan dan tujuan permohonan kebenaran berkahwin di negeri Kedah.


"Pihak PAID berhak menolak kehadiran pemohon sekiranya langkah keselamatan yang ditetapkan atau apa-apa arahan Pegawai Agama Daerah dari semasa ke semasa gagal dipatuhi sepenuhnya," katanya.


Sumber: Harian Metro



from The Reporter https://ift.tt/3iXh2Nm
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/3iXiGyw
via IFTTT

'Chimpanzee boleh bercakap tetapi mereka terlalu malas nak belajar' - Saintis


Haiwan primat sebenarnya berpotensi untuk bercakap, namun mereka terlalu malas untuk belajar, menurut para saintis. 


Satu kajian mendakwa, sekiranya gorila dan chimpanzee berusaha lebih keras, mereka mampu untuk bercakap. 


Ahli Biologi Stanford percaya bahawa haiwan tersebut tidak menggunakan sepenuhnya potensi mereka untuk berkomunikasi, dalam kajian mereka. 


Dengan mengambil kira struktur kecerdasan dan sosial haiwan itu, kajian mengatakan bahawa satu-satunya perkara yang menghalang mereka untuk bercakap adalah sikap malas haiwan primat itu sendiri. 


Gregory Euler, penyelidik utama kajian itu mengatakan, jika sekumpulan primat itu berada di sebuah bilik, 'menggerakkan mulut dan berbuat bising', mereka akan belajar bagaimana untuk menyebut beberapa perkataan. 


"Sekiranya sekumpulan beruk berkumpul dan menghabiskan masa selama setengah jam dengan menggerakkan mulut dan berbuat bising serta menunjuk ke objek y ang berbeza, penyelidikkan kami menunjukkan bahawa mereka pasti akan mengetahui cara menyebut beberapa perkara," jelasnya. 


Ini kerana chimpanzee berkongsi 99 peratus DNA dengan manusia dan kemungkinan besar mereka dapat menyebut 'Hai'. 


Sumber: Daily Star



from The Reporter https://ift.tt/2YD9Pc9
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/3otycmQ
via IFTTT

(Video) 2 lelaki Indonesia merayu dikasihani ketika disebat sebanyak 77 kali selepas kantoi melakukan hubungan sejenis


Pasangan sejenis yang berusia 27 dan 28 tahun dikenakan hukuman rotan sebanyak 77 kali di Taman Bustanussalatin, Kota Banda Aceh, Indonesia pada Khamis, 28 Januari 2021. Hukuman itu dilaksanakan di hadapan orang ramai, termasuk ahli keluarga dua lelaki berkenaan.


Difahamkan, dua lelaki itu ditahan oleh Polis Syariah di Banda Aceh setelah didapati melakukan kesalahan itu yang bertentangan dengan ajaran agama Islam. 


Mereka disebat oleh tiga pegawai syariah bertopeng yang bersilih ganti melaksanakan hukuman rotan itu. Jelas kelihatan di wajah dua lelaki terbabit menahan kesakitan ketika dirotan di bahagian punggung dan merayu agar hukuman dihentikan. 


Pegawai Syariah sempat berhenti setelah melihat tertuduh yang menahan kesakitan sebelum dihampiri oleh pasukan perubatan memeriksa keadaan kedua-dua lelaki itu. Setelah mereka diberi minum air dan mengatakan masih mampu bertahan, hukuman sebat disambung semula.


Ibu kepada salah seorang tertuduh pengsan ketika melihat anaknya disebat. 


Kedua-dua tertuduh disebat sebanyak 77 kali, berbanding jumlah asal 80 sebatan. Tiga sebatan dikurangkan kerana mereka telah menjalani hukuman penjara selama tiga bulan. 



Pasangan songsang itu ditangkap di sebuah rumah di Daerah Kuta Alam, Banda Aceh pada 12 November 2020 dalam keadaan sedang melakukan hubungan sejenis selepas diserbu polis yang mendapat aduan dari penduduk berasa curiga dengan perbuatan dua lelaki itu.


Tertuduh yang dikenali sebagai MU didapati seringkali mencari lelaki lain di media sosial untuk melakukan hubungan sejenis. 


Turut menjalani hukuman yang sama pada hari itu adlaah empat pesalah lain atas kesalahan minum arak (40 sebatan) dan maksiat. 



Seorang tertuduh wanita dihukum sebat sebanyak 17 kali kerana didapati keluar berjumpa dengan teman lelakinya (maksiat). 



"Penguatkuasaan hukum syariah adalah muktamad dan tidak kira terhadap sesiapa pun. Bahkan, pengunjung juga perlu menghormati norma setempat," kata pegawai ketenteraman awam, Heru Triwijanarko. 


Hubungan sejenis bukan menjadi kesalahan di tempat lain di Indonesia kecuali Aceh yang satu-satunya wilayah yang mengamalkan undang-undang syariah. 


Di Aceh, hukuman sebat adalah hukuman biasa bagi pelbagai kesalahan yang meliputi perjudian, minum arak dan zina. 


Kumpulan hak asasi manusia seringkali membantah dan menganggap hukuman sebat itu sebagai kejam. Presiden Joko Widodo juga pernah menyeru agar hukuman itu dihentikan. Tetapi hukuman itu diteruskan berikutan mendapat banyak sokongan padu dari penduduk Aceh. - Agensi



from The Reporter https://ift.tt/3t22iBD
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/3aiBSTD
via IFTTT
loading...