loading...

Wednesday, 7 October 2020

(Video) 'Tengok video ni pun dah rasa suffocating' - Netizen menangis lihat pengorbanan petugas kesihatan pakai sut PPE

"Tak dapat bayangkan kesakitan yang mereka (kakitangan perubatan) lalui sejak beberapa bulan lalu," demikian kata pengguna Twitter, Batrisyia, yang terkesan selepas menonton video seorang petugas perubatan memakai sut peralatan perlindungan diri (PPE) yang begitu rumit. 


Video berdurasi hampir seminit dari TikTok @udacann itu menunjukkan dia terlebih dahulu memakai 'nurse cap' atau penutup kepala sebelum memakai pelitup muka 3M khas untuk kakitangan perubatan. 


Bukan itu sahaja, malah dia perlu menampal pita pelekat di sekeliling pelitup muka tersebut bagi mengelakkan kebocoran. 


Sebagai langkah keselamatan, pelitup muka kedua juga dipakai dan sekali lagi di sekelilingnya dilekat dengan pita pelekat. 


Hud dari sut PPE ini kemudian dipakaikan dengan kemas dengan menutup bahagian kepala dan leher. Buat kali ketiganya, pita pelekat digunakan sekali lagi untuk memastikan tiada kebocoran di bahagian yang berdekatan dengan mulut. 


Akhir sekali, barulah cermin mata khas bagi petugas kesihatan dipakai. 


Begitu rumit sekali prosesnya dan inilah yang dilalui oleh frontliner setiap hari apabila ditugaskan mengendalikan kes-kes pesakit yang positif Covid-19. 


"Percayalah, pakai PPE nampak cool tetapi ianya tak selesa. Saya betul-betul tabik pada petugas kesihatan yang merisiko nyawa mereka untuk merawat pesakit Covid," kata Allyciatan yang juga mempunyai pengalaman memakai sut PPE suatu ketika dulu. 


Hargailah pengorbanan frontliner yang bertugas siang malam bagi memastikan negara ini bebas dari jangkitan wabak Covid-19. 


Patuhi prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan, jaga penjarakan sosial, jaga kebersihan dan usah keluar dari rumah sekiranya tiada urusan penting.


Semoga jasa pengorbanan para frontliner ini dibalas olehNya.


Sumber: Twitter Batrisyia



from The Reporter https://ift.tt/2GJMUGb
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/3daXa6l
via IFTTT

0 comments:

Post a Comment

loading...