loading...

Saturday, 10 October 2020

(Video) Pemandu Honda Accord maut dirempuh Myvi, 3 anak kecil kehilangan bapa

Kemalangan di antara tiga buah kenderaan di Jalan Harimau Tarum berhampiran Plaza Pelangi, Johor Bahru, pada pagi Jumaat (9/10/2020) memnyebabkan seorang lelaki maut dan dua lagi cedera. 


Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan II Nordatul Badrol Abd Rahman berkata, Kemalangan yang berlaku pada jam 8.30 pagi itu telah mengorbankan Mohd. Rizal Buseri, 31, manakala mangsa yang cedera adalah Nur Fatin Nazrah, 23, dan Chang Ah May, 78. 


Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Larkin dikerahkan ke lokasi kejadian mendapati kemalangan itu membabitkan tiga buah kenderaan iaitu Honda Accord, Perodua Myvi dan Proton Saga. 


"Setiba di lokasi kejadian, pasukan keluaran operasi mendapati kereta jenis Honda Accord yang dipandu mangsa berada dalam keadaan terbalik dan mangsa tersepit di bahagian pemandu. 


"Mangsa dikeluarkan menggunakan peralatan khas yang mengambil masa selama dua minit. 


"Mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian setelah disahkan oleh petugas Kementerian Kesihatan Malaysia," katanya. 


Mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.



Menurut seorang netizen, mangsa merupakan rakan baiknya dan baru sahaja dikurniakan cahaya mata. 


"Arwah yang menaiki kereta Honda adalah sahabat baik saya. Mohon doakan yang baik-baik untuk arwah. Semoga ditempatkan di kalangan orang yang beriman. 


"Arwah meninggalkan anak kecil yang baru lahir. Sedih tengok keadaan arwah, tak sangka dia pergi dalam keadaan macam ni," kata Mohd Adie dan beberapa lagi kenalannya yang lain. 



Sumber: Kosmo, JB Tracker



from The Reporter https://ift.tt/34Kl5G7
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/3lx5KPY
via IFTTT

0 comments:

Post a Comment

loading...