loading...

Sunday 11 October 2020

(Video) 'Dia pakai jam tangan warna pink, bukan gelang pink' - Kenalan tampil nafi dakwaan viral

Viral di media sosial Twitter dan WhatsApp yang mendakwa dua wanita berkunjung ke sebuah premis di pusat beli-belah Alamanda dengan tangan yang masih memakai gelang kuarantin. 

Menurut sumber viral itu, insiden itu berlaku kira-kira jam 2 petang Ahad 11 Oktober 2020. 

"Ada dua beranak gelang pink pi shopping kat Parkson, Alamanda. Depa dah jalan merata-rata kat Alamanda tu. So hati-hati semua. Kalau boleh elak pi sana ye. Dalam pukul 2 petang hari ini," kata Daddy Sado (@daddysado20). 

Difahamkan, perkara itu disedari oleh juruwang di kaunter yang kemudian terus menjauhkan diri dan membersihkan tangannya menggunakan sanitizer. 

Kakitangan berkenaan terus memaklumkan kepada pihak pengurusan. 

Sementara itu dalam perbualan WhatsApp Group komuniti Putrajaya memaklumkan, ada individu yang telah menghubungi dua anak beranak itu yang menjelaskan dia memakai jam tangan berwarna merah pink seakan-akan gelang kuarantin. 

"Akak ini on the way pergi balai polis, beritahu hal sebenar," kata sumber tersebut. 

Tampil seorang individu, Emrys Raphael, yang mendakwa dirinya adalah kenalan kepada dua wanita itu, turut menafikan dakwaan tersebut. 

"Berita itu adalah tidak sahih! dan ralat wanita tersebut adalah kenalan saya yang memakai jam tangan berwarna pink dan bukan tag pink seperti yang didakwa dan tular."

Gelang kuarantin adalah tanda dipakaikan kepada individu yang berada di bawah pengawasan seperti kontak rapat kes positif. 

Individu yang dipakaikan gelang kuarantin tidak dibenarkan keluar dari rumah sehingga tempoh kuarantin tamat. 

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menasihatkan kepada orang ramai untuk melaporkan kepada pihak polis sekiranya terdapat individu yang memakai gelang kuarantin berada di kawasan umum, bagi melindungi masyarakat daripada risiko penularan Covid-19. 

Sumber: Twitter Daddy Sado, Emrys Raphael


from The Reporter https://ift.tt/3lwt404
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/3iO8fLZ
via IFTTT

0 comments:

Post a Comment

loading...