loading...

Tuesday 13 October 2020

Remaja 16 tahun di Pasir Puteh maut, motosikal bertembung dengan kereta

Remaja lelaki berusia 16 tahun maut dalam kemalangan yang berlaku di Kilometer 2, Jalan Tasik Pauh-Banir Belikong dalam kejadian petang Selasa. 


Mangsa, Mohamad Daniel Hakim Rosdi, berasal dari Kampung Gong Jering, meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah di bahagian kepala. 


Sementara itu, pemandu kereta, Nur Afiq Aiman Abdul Rahman Halawa, 25, tidak mengalami sebarang kecederaan. 


Kronologi kejadian, Nur Afiq Aiman dalam perjalanan menghala ke Tasik Pauh dan sebaik tiba di lokasi kejadian, motosikal yang ditunggang Mohamad Daniel menghala ke Banir Belikong masuk ke laluan bertentangan lalu bertembung dengan kereta Nur Afiq. 


Kemalangan itu menyebabkan mangsa melambung tinggi sebelum terhempas di jalan raya dan meninggal dunia.


Ketua Polis Daerah Pasir Puteh, Deputi Superintendan Mohd Azmir Damiri mengesahkan menerima laporan mengenai kejadian itu dan kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.


Sumber: Sinar Harian


LAPORAN BERKAITAN



from The Reporter https://ift.tt/2H6FLjC
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/2GVpbmW
via IFTTT

0 comments:

Post a Comment

loading...