loading...

Thursday 15 October 2020

Pemandu Myvi, Nur Fatin Nazrah Suhaimi dipenjara 6 tahun & denda RM8,000

Mahkamah Majistret Johor Bahru menjatuhkan hukuman enam tahun penjara dan denda RM8,000 terhadap Nur Fatin Nazrah Suhaimi, 23, kerana didapati bersalah memandu di bawah pengaruh alkohol sehingga menyebabkan kematian seorang anggota tentera dalam Kemalangan Sabtu lalu. 


Majistret Suhaila Shafi'uddin menjatuhkan hukuman itu selepas tertuduh mengaku bersalah terhadap pertuduhan tersebut. 


Jika Nur Fatin gagal membayar denda tersebut, tertuduh akan dikenakan penjara tambahan selama enam bulan, selain hilang kelayakan memegang dan memperbaharui lesen memandu selama lima tahun. 


Selain itu, pekerja kilang berkenaan diperintah membayar denda RM2,800 ke atas tiga lagi kesalahan iaitu tidak memiliki lesen memandu, memandu kereta yang tiada cukai jalan dan tiada insurans.


Gagal membayar denda yang dikenakan, Nur Fatin akan dikenakan penjara tambahan masing-masing selama enam, empat dan tiga bulan lagi dan hilang kelayakan untuk memegang dan memperbaharui lesen memandu selama lima tahun. 


Dalam laporan Harian Metro menyatakan, Nur Fatin didakwan memandu di bawah pengaruh dadah sehingga menyebabkan kematian Laskar Kanan Mohd Rizal Buseri, 31 di Kilometer 4 Jalan Johor Bahru - Kota Tinggi pada jam 8.24 pagi 10 Oktober 2020. 


Bagi kesalahan itu, Nur Fatin didakwa mengikut Seksyen 44 (1)(a) Akta Pengangkutan Jalan Raya (APJ) 1987 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan denda maksimum RM20,000 jika disabitkan bersalah. 


Bagi pertuduhan kedua dan ketiga, tertuduh didakwa memandu tanpa lesen, tiada lesen kenderaan dan tiada insurans dan didakwa mengikut Seksyen 26(1) APJ 1987, Seksyen 15(1) dan Seksyen 90(1) akta sama yang memperuntukkan denda maksimum RM2,000 dan denda maksimum bagi Seksyen 90(1). 


Dalam mahkamah berasingan, Nur Fatin juga diperintah menjalani hukuman penjara tujuh bulan secara berasingan daripada hukum terdahulu selain menjalani Perintah Pengawasan selama dua tahun, selepas mengaku bersalah memasukkan dadah dalam badannya. 


Bagi pertuduhan kelima, dia didakwa memasukkan dadah berbahaya jenis methamphetamine dan amphetamine dan dituduh mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dengan hukuman denda maksimum RM5,000 atau penjara maksimum dua tahun jika sabit kesalahan. 


Kes tersebut dikendalikan oleh Pengarah Pendakwa Raya Negeri Johor, Tengku Amir Zaki Tengku Abdul Rahman dan Timbalan pendakwa Raya, Noridayu Md Kassim. 


Sumber: Harian Metro



from The Reporter https://ift.tt/34Z6tmn
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/3k22PhI
via IFTTT

0 comments:

Post a Comment

loading...