Padah melakukan onar terhadap jurutol wanita, pemandu Perodua Bezza VEN 7910 akhirnya ditahan polis semalam.
Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Risikin Satiman berkata, suspek berusia 30-an itu ditahan selepas mangsa membuat laporan polis berhubung kejadian itu.
Difahamkan, kejadian itu berlaku pada jam 7 pagi Isnin (5/10/2020) di Plaza Tol Kesas dari Puchong menghala ke USJ.
Suspek yang datang masuk ke lorong tol mangsa dan meminta perkhidmatan top up kad Touch n Go. Namun mangsa memaklumkan perkhidmatan itu hanya boleh dilakukan di lorong bersebelahannya.
Suspek pada mulanya mendesak mangsa untuk menambah nilai pada kadnya itu, tetapi mangsa sekali lagi menasihatinya untuk berbuat demikian di lorong bersebelahan.
Suspek akhirnya akur dan pergi ke lorong yang dimaksudkan sebelum beredar dari tol tersebut.
Namun tidak lama kemudian, dia kembali lagi dan berkata "Lain kali jangan suka-suka kenakan orang" lalu menyimbah air milo ais pada mangsa dan beredar.
Mangsa membuat laporan polis pada jam 4.25 petang dan bertindak di atas laporan itu, suspek ditahan dan disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan.
Sumber: Harian Metro
LAPORAN BERKAITAN
from The Reporter https://ift.tt/33A6Xjn
via IFTTT
from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/3d0Epm6
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment