Padah menyunting gambar Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dalam keadaan hanya memakai seluar dalam ketika membuat siaran langsung mengenai status terkini Covid-19 semalam, satu laporan polis telah dibuat di Senawang, Seremban.
Timbalan Pengarah (Siasatan dan Perundangan) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Deputi Komisioner Mior Faridalathrash Wahid mengesahkan pihaknya menerima laporan polis itu semalam dan kertas siasatan telah dibuka bagi menyiasat kes tersebut.
"Kita sudah membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi 1998," katanya.
Terdahulu, laman Facebook MGAG memuat naik gambar mengaibkan Dr Noor Hisham yang hanya memakai seluar dalam kononnya dalam keadaan sedemikian ketika membuat siaran langsung dari kediamannya.
Bagaimanapun, gambar itu mengundang kemarahan ramai dan pengendalinya segera membuang gambar selepas dikecam teruk oleh netizen.
Individu yang bertanggungjawab di atas penyuntingan gambar tersebut, Cho Jun Yang, memuat naik kenyataan memohon maaf di atas kesilapannya dan memberikan penjelasan bahawa dia sekadar mahu mengurangkan ketegangan suasana.
"Saya minta maaf atas kesilapan dan kebiadapan saya kerana buat lawak hambar photoshop DG Hisham tidak pakai seluar/pakai kain pelikat masa buat live.
"Niat saya bukan untuk troll beliau tetapi hanya nak buat lawak untuk mengurangkan ketegangan suasana. Namun, sekarang saya faham niat adalah berbeza dari kesan.
"Saya faham kemarahan saudara-saudari dan saya juga berterima kasih kepada kalian yang sudi mengajar saya mengenai hormat. Saya akan belajar dari perkara ini dan tidak mengulangi kesilapan ini," kata kenyataannya itu yang dimuat naik di Facebook.
Sumber: Harian Metro, Facebook Cho Jun Yang
LAPORAN BERKAITAN
from The Reporter https://ift.tt/3jDbdnW
via IFTTT
from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/3daWnme
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment