Pemergian orang tersayang sudah tentu memberikan kesan yang amat mendalam kepada keluarga, lebih-lebih lagi anak kecil yang belum puas merasa kasih sayang ibu bapanya.
Kemalangan yang mengorbankan seorang anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) pada Sabtu (10/10/2020) membuatkan anak sulung Allahyarham Mohd Rizal Buseri terasa kehilangan. Nur Amani Raudah, 5, kerap memeluk baju bapanya sebelum melelapkan mata.
Menurut ibu saudara arwah, Nor Farhana Amir, 36, berkata, tiga anak mangsa mula mencari bapa mereka sejak malam kelmarin.
"Paling terkesan dengan kehilangan ini ialah anak sulungnya. Dia kerap menangis dan cakap dia merindui bapanya. Semasa tidur pun dia memeluk baju bapanya," katanya memetik laporan dari portal Kosmo.
Pemergian arwah itu meninggalkan isteri, Nurul Asyiken Amir dan tiga anaknya berusia dari sembilan bulan hingga lima tahun.
Keluarga mangsa kini menggesa pihak berkuasa menyiasat dan mengenakan hukuman setimpal terhadap pemandu terbabit yang menyebabkan kehilangan nyawa arwah Mohd Rizal.
"Nasib tiga anak dan isteri perlu dibela," katanya.
Sumber: Kosmo
LAPORAN BERKAITAN
- (Video) Pemandu Honda Accord maut dirempuh Myvi, 3 anak kecil kehilangan bapa
- 'Bila masa I bawa kereta?' - Pemandu Myvi disahkan positif dadah
- 'Dia baru menyambut hari lahir anak sulungnya' - Jenazah Allahyarham telah selamat dikebumikan
- 'Dia memang laju' - Polis nafi dakwaan pemandu Myvi beri alasan cuba elak kereta di hadapannya
from The Reporter https://ift.tt/36UhDLO
via IFTTT
from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/3iQLreF
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment