Seorang kanak-kanak lelaki berumur 12 tahun maut dilanggar sebuah lori selepas dipercayai terjatuh ketika sedang berbasikal di kawasan perumahan Taman Rekamas 2, Simpang Renggam dekat sini, semalam.
Ketua Polis Daerah Kluang ACP Low Hang Seng berkata pihaknya menerima maklumat kejadian pada kira-kira 4 petang dan mangsa, Abang Muhammad Haizad Abang Thimbone disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala.
“Punca kemalangan dipercayai mangsa (Abang Muhammad Haizad) terjatuh dari basikalnya sebelum dilanggar lori jenis Daihatsu seberat satu tan, sebaik menyedari telah melanggar sesuatu, pemandu lori berkenaan memberhentikan kenderaannya kira-kira 15 meter dari lokasi mangsa terbaring,” katanya ketika dihubungi hari ini.
Low berkata ketika polis tiba, Abang Muhammad Haizad masih berada di tengah jalan manakala basikalnya dipercayai sudah dialihkan ke tepi jalan.
Punca sebenar kemalangan masih dalam siasatan manakala pemandu lelaki berumur 52 tahun itu kini ditahan untuk siasatan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987, katanya.
Sumber: Bernama
from The Reporter https://ift.tt/30S1T8q
via IFTTT
from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/3nAK1sf
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment