loading...

Wednesday, 7 October 2020

'Bayi usia setahun meninggal akibat Covid-19, cukup²lah main politik'

Hashtag atau tanda pagar #PauseMalaysia yang dimulakan oleh pengendali laman Twitter Parti Muda kini sedang trending di tangga terasa Malaysia Trends. 


Pause Malaysia menuntut tiga perkara diberi perhatian oleh pihak kerajaan dan pembangkang iaitu: 


1. Tempoh Berdamai antara semua parti politik kerana situasi kini amatlah mendesak rakyat. Rakyat sedang menderita. Janganlah ada lagi perebutan kuasa dari mana-mana parti politik dalam tempoh ini.


2. Tidak ada PRU selagi ancaman Covid-19 masih berleluasa di Malaysia.


3. Pihak Kerajaan, Pembangkang dan Bebas duduk semeja, wujudkan satu kerjasama melebihi kepartian dalam meletakkan kebajikan rakyat sebagai keutamaan No. 1. 


Sementara itu, Syed Saddiq juga menegaskan rakyat Malaysia sudah penat hal-hal politik pada waktu ini dilihat tidak releven.


"Rakyat Malaysia sudah penat. Penat dengan politik perebutan kuasa. Penat dengan politik dua darjat. Penat dengan politik yang tidak bermaruah, tidak berprinsip. 


"Saya akur saya ahli politik tetapi saya sentiasa bermuhasabah kerana tanpa sokongan rakyat, mustahil untuk saya berada di kedudukan hari ini. 


"Sebab itu bagi MUDA, ingin mencadang dan mendesak, bukan sahaja bagi parti kerajaan tetapi juga bagi parti pembangkang untuk tiga perkara berkenaan. 


"Ini adalah masa untuk kita bersama untuk berkhidmat bagi Malaysia," katanya. 


REAKSI NETIZEN


Sumber: Twitter



from The Reporter https://ift.tt/3d30mBa
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/3d8f4ac
via IFTTT

0 comments:

Post a Comment

loading...