loading...

Wednesday 14 October 2020

'Bagaimana suspek boleh memanjat pagar?'

Suspek utama dalang sindiket Macau Scam dan perjudian online bergelar Datuk Seri yang hilang selepas melarikan diri dari SPRM dengan memanjat pagar, menimbulkan persoalan banyak pihak bagaimana perkara itu boleh berlaku. 


Sehingga kini, SPRM mahupun PDRM belum mengeluarkan sebarang maklumbalas mengenai insiden itu meskipun mengetahui perkara itu menjadi bahan bualan netizen di media sosial pada ketika ini. 


Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan turut mempersoalkan prosedur operasi standard (SOP) kedua-dua badan tersebut. 


"Apakah SOP ketika penyerahan suspek dipatuhi sepenuhnya atau tidak? 


"Seperti kes Macau Scam ini, PPIM sudah bawa bertahun-tahun. Apa jaminan kes ini diambil perhatian dan jaminan tidak lagi berlaku pada masa akan datang?


"Kita letak kepercayaan kepada penguat kuasa, tapi jika berlaku yang tidak betul (kes suspek utama terlepas), susahlah. Apatah lagi individu disyaki terbabit dengan kes berprofil tinggi.


"Bagaimana suspek boleh memanjat pagar dan mampu mengatur rancangan meloloskan diri selepas dibebaskan SPRM untuk proses reman PDRM?


"Ketika jangka masa penyerahan suspek kepada PDRM, kenapa tidak ada pengiring dan SOP yang dipatuhi? Ini mengundang keraguan. 


"Kita berdepan kes penipuan ratusan juta ringgit duit rakyat Malaysia dengan pembabitan pegawai tinggi pihak berkuasa," katanya yang berharap pihak terbabit tampil memberi penjelasan.


Dalam laporan sebelum ini mengatakan, suspek bertindak memanjat pagar di belakang bangunan SPRM sebelum melarikan diri. Namun dalam laporan itu tidak menyatakan bangunan SPRM di Kuala Lumpur ataupun Putrajaya.


Ada netizen yang memuat naik gambar sekitar kawasan SPRM di Kuala Lumpur dan Putrajaya dan jika dilihat, SPRM Putrajaya mempunyai pagar yang tinggi berbanding SPRM Kuala Lumpur.


Walaupun begitu, netizen berpendapat adalah mustahil untuk suspek yang mempunyai saiz badan besar untuk melepas pagar tersebut.


Sumber: Harian Metro, Hamdan



from The Reporter https://ift.tt/355fr1E
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/2SUEMW7
via IFTTT

0 comments:

Post a Comment

loading...