loading...

Thursday, 6 February 2020

(Video) 'Ya udah, omnya aja yang nikah sama Indri' - Bengang dihina, peserta program realiti TV report kat uncle yang kemudian bikin kecoh


Bila menyertai program realiti televisyen, syarat utama yang perlu diingat adalah untuk tidak melakukan perkara di luar jangkaan sehingga boleh memalukan diri sendiri. 

Namun, perkara itu tidak diendahkan oleh peserta wanita ini dalam progam mencari jodoh yang disiarkan di stesen TV Indonesia yang turut membabitkan bapa saudaranya bertindak agresif. 

Dalam program itu melibatkan 31 peserta lelaki dan 31 peserta wanita. Berdasarkan undian, pengacara memanggil peserta nombor dua, Indri, untuk tampil ke depan. 

Pengacara: "Baik saya nak tanya, apa jenis lelaki yang awak suka." 

Indri: "Yang penting, enak diliat."

Pengacara kemudian memanggil mana-mana peserta lelaki yang berminat dengannya, berdiri. Namun tiada seorang pun yang berbuat demikian, menghinanya selepas Indri mengugut mahu membawa keluar bapa saudaranya untuk mengajar mereka. 

Indri kemudian berlari ke belakang pentas, menangis dan memberitahu bapa saudaranya mengenai apa yang berlaku. Bengang dengan anak saudaranya dihina, lelaki itu terus meluru ke arah peserta lelaki dan cuba memukul mereka, tetapi sempat dihalang oleh pengacara dan kru. 

Keadaan bertambah kecoh apabila ada peserta lelaki yang menimbulkan provokasi tetapi keadaan berjaya dikawal oleh pengacara. 

Pengacara itu kemudian memberi peluang kepada Indri untuk memilih siapa lelaki yang diinginkannya, lalu dia memilih calon nombor 21. Terkejut mendengar pilihan Indri, calon berkenaan terus pengsan sebelum meracau dan terus pergi ke tempat duduk peserta wanita. 

Takut melihat situasi itu, kesemua calon wanita terus bertempiaran lari. 


Memandangkan keadaan sudah tidak terkawal, pengacara meminta maaf kepada Indri dan bapa saudaranya di mana dia tidak dapat membantu wanita itu mencari jodoh. Kedua-duanya beredar dari studio walaupun masih tidak berpuas hati dengan apa yang berlaku. 

Di media sosial, netizen bukan sahaja 'terhibur' dengan adegan yang tidak sepatutnya berlaku itu, malah kebingungan apakah rancangan itu untuk mencari jodoh atau membuka aib. 



from The Reporter https://ift.tt/3bhtVxB
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/378oFJc
via IFTTT

0 comments:

Post a Comment

loading...