Dalam nahas kira-kira pukul 5 pagi itu, Khairizul Mohamad Noor, 39, meninggal dunia di tempat kejadian manakala isterinya, Zuriana Hasan, 36, cedera parah dan dihantar ke Hospital Seberang Jaya (HSJ) serta dilaporkan belum sedar dan berada dalam keadaan krtitikal.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT) ACP Nik Ros Azhan Nik Abdul Hamid berkata pemandu kereta jenis Perodua Alza berusia 34 tahun itu ditahan untuk siasatan dan ujian pernafasan mendapati lelaki tersebut memandu di bawah pengaruh alkohol.
"Siasatan awal mendapati kemalangan itu berlaku di lorong kiri lebuh raya berkenaan apabila kereta tersebut melanggar belakang motosikal dinaiki pasangan suami isteri itu sehingga menyebabkan penunggangnya terpelanting dan meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah," katanya kepada Bernama di sini hari ini.
Nik Ros Azhan berkata pemandu kereta yang melanggar motosikal itu tidak mengalami sebarang kecederaan dan dia turut dihantar ke HSJ untuk ujian lengkap alkohol serta darah.
"Mayat lelaki yang meninggal dunia itu dibawa ke hospital sama untuk bedah siasat sebelum diserahkan kepada ahli keluarga," katanya.
Beliau meminta kerjasama orang ramai atau saksi yang melihat kemalangan itu agar tampil bagi membantu siasatan.
Sementara itu, ahli keluarga mangsa yang ditemui di Jabatan Perubatan Forensik HSJ dan hanya mahu dikenali sebagai Khairuddin berkata pasangan tersebut dalam perjalanan pulang ke rumah mereka di Butterworth selepas keluar makan bersama-sama dua lagi adik mereka.
"Zuriana masih belum sedar dan dia juga tidak tahu suaminya telah meninggal dunia, pasangan itu mempunyai lima anak yang masih kecil," katanya sambil menambah bahawa jenazah Khairizul dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Jalan Hj Mohd Saad di Bukit Mertajam.
Sumber: Bernama
from The Reporter https://ift.tt/3bq666M
via IFTTT
from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/31LH4dR
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment