loading...

Friday, 31 January 2020

'Ayang tak tahu ni baby siapa' - Lelaki batalkan majlis pernikahan di saat akhir kerana tunang hamil 2 bulan dengan 3 lelaki lain


Curang adalah salah satu bentuk perkhianatan terbesar dalam suatu hubungan. Dalam menjalinkan hubungan, tiada sesiapa pun yang mahu dicurangi dan itulah nasib yang dialami oleh lelaki ini yang dikhianati oleh tunangnya sendiri.

Hasrat seorang lelaki untuk menikahi wanita kesayangannya itu hancur musnah kerana tunangnya telah hamil sebelum menikah. 

Kisah malang lelaki itu yang membatalkan majlis pernikahannya di saat terakhir juga viral di media sosial. 

"Kes yang viral di Facebook. Hari pernikahan hanya tinggal beberapa hari saja lagi, tetapi dibatalkan oleh pihak lelaki kerana tunangnya hamil anak lelaki lain. 

"Hikmahnya, kalau sudah ada calon suami, jangan main FWB (Teman Tapi Mesra)," tulis pengendali Twitter @PenjahatGunung.

Dari gambar-gambar yang dikongsikan pada awalnya @ehalhaq memuat naik berita mengenai tentang seks sebelum nikah dan post itu direspon oleh salah seorang rakannya, Beno (bukan nama sebenar). 

Beno memaklumkan majlis pernikahannya telah dibatalkan kerana calon isterinya telah hamil padahal dia tidak pernah sekali pun menyentuh tunangnya. 

"Hahaha kalau lelaki yang jadi mangsa macam mana Haq? By the way, majlis pernikahan aku dibatalkan ye. Tak perlu datang. (Tunang) dihamilkan orang Haq, padahal buka baju dia pun tak pernah, paling tak pun cium je, biasalah orang bercinta. Jom mengopi, stress pula aku," tulis Beno. 


Ehalhaq kemudian menjelaskan secara terperinci mengenai peristiwa yang dialami oleh Beno. 

Difahamkan, Beno dan tunangnya, Meiri, sudah bertunang sejak empat bulan lalu, bahkan kad jemputan majlis pernikahan juga telah diedarkan di mana majlis dijadualkan berlangsung pada 22 September 2019. 

Namun takdir telah menentukan, Beno mendapat tahu Meiri yang sudah disayanginya sejak dua tahun lalu rupa-rupanya hamil dua bulan hasil hubungan dengan lelaki lain. 

Beno pada awalnya mahu menyelesaikan hal itu secara baik-baik dan dengan syarat Meiri memberitahu siapa bapa kepada bayi yang dikandungnya itu. Tetapi jawapan yang diterima membuatkan Beno bertambah luka.

Meiri mengakui bahawa dia telah melakukan hubungan intim dengan tiga lelaki lain dan dia sendiri bingung siapa bapa kepada bayi yang dikandungnya itu. 

Akhirnya, Beno dan keluarga memutuskan untuk membatalkan majlis pernikahan itu lima hari sebelum majlis dijadualkan berlangsung. 





from The Reporter https://ift.tt/37KnxwL
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/2RK8mOn
via IFTTT

Thursday, 30 January 2020

(Video) 'Padan muka kau setan!' - Polis trafik saman ramai pemandu potong que & salahguna lorong motosikal di simpang Kota Warisan


Simpang tiga yang menghubungkan Putrajaya - Nilai - KLIA berhampiran Kota Warisan sememangnya kerap sesak terutamanya di waktu puncak. 

Keadaan bertambah sesak apabila ada golongan pemandu yang tidak bertanggungjawab menyalahgunakan lorong motosikal semata-mata mahu cepat melepasi kesesakan itu. 

Tindakan mereka itu membuatkan ramai pengguna lain bengang kerana sudah beratur dan bersabar, terpaksa pula menghadap golongan pemandu yang tidak bertanggungjawab itu. 

Dalam video yang baru viral semalam menunjukkan seramai lapan anggota polis trafik menahan dan mengeluarkan saman terhadap pemandu yang menyalahgunakan lorong tersebut untuk kepentingan diri. 

"Haaa.. korang semua, padan muka! Nak potong sangat kan, nak lalu lorong motosikal kan, tak nak lalu jem. Kau tengok abang polis kat depan tu dah jaga, padan muka kau setan!!! Haaa!" kata perakam video tersebut. 


REAKSI NETIZEN




from The Reporter https://ift.tt/36H0GAL
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/38R2Tem
via IFTTT

'Ingat kami student study kat McD beli fries je ke? Eww~ ada hati nak lawan customers tetap' - Student ini selar geng mak bapak complaint trend study di McD


Perkongsian teguran terhadap golongan student yang gemar conquer ruang di restoran makanan segera untuk study tempoh hari mengundang ketidakpuasan hati student dan salah seorang daripadanya tampil mempertahankan tindakan mereka itu. 

INGAT kami student bila study McD tu beli fries je ke? Sorry sikit, itu anak-anak kaulah kot, bukan student UiTM. 

Eww, aku tengok mak ayah bawa anak, mak bapak sumbat fries dan ice cream juga kat anak-anak. Pastu kau makan ayam goreng pedas seorang diri. Kau tak nak anak-anak kau meminta-minta nak ayam, kau biarkan anak kau main dan bising satu McD, ganggu masa makan orang lain. Pastu complaint pasal student. LOL!

Student pun boleh complaintlah, perangai mak pak kaki sembang dalam McD tu, beli tak seberapa tunggu time hujung bulan. Datang McD nak order tekan kat skrin tu punyalah lombab sebab jarang datang dan susah nak buat keputusan. 

Errk?? Ada hati nak lawan customer tetap seperti student yang dah ada ID dalam McD Apps pulak. LOL!

McD dan mamak itu kami akan pergi as tempat study usually after library tutup. Orang yang tak pernah pergi library sebab tu dia kecoh, tak memahami. Dia pun tak tahu masa operasi library. Mana ada library buka 24 jam seyh?

McD yang student serbu ini selalunya beroperasi 24 hours. Dalam mall takkan ada student pergi sana study? So pergilah makan McD dalam mall. 

Kalau kau nak bawa anak beranak kau makan malam, takkanlah kau bawa selepas jam 10 malam kot? Budak-budak kecik makan McD malam-malam tu elok sangat ke? Ewww~ Jadi parent takkanlah didik anak-anak makan fast food after 10 malam kot? 

Saja je nak mencari salah orang. Padahal diri sendiri tak sedar. Ewww~ 

Aku memang pantang selepas jam 1 pagi, tetiba mak bapak bawa anak-anak kecik dia datang McD. Semak kau tau tak?! Aku nak buat assignment yang ada due date. If jenis tertib tak apa. Ini habis semua Mcd jadi gelanggang perang dia. Padahal McD dah sediakan tempat playground. Tak cukup? Bising mengalah tadika aku dengar. 

Hello! Bawa anak datang McD tu kau ingat McD sediakan servis pembantu tadika ke? Sorry to say, ganggu okey orang yang nak dating dan study. 

Hello! Siapa yang angkat kadboard tulis tangan kata McD bukan untuk student tu. Eh eh wahai mamat publisiti murahan, pihak McD tak kecoh pun pasal student guna tempat dia you know. 

Nak tahu sebab apa? Sebab dia tau, kalau ada promosi flavour or burger baru, yang jadi pelanggan utama dia adalah student. Tabung pendidikan kami banyak menyumbang, jadi pelanggan dia. Ingat kami study tak beli ke? LOL!

Kami beli bermacam-macam, siap boleh kumpul set pokemon. Kalau McCafe tu jangan cakaplah, semua jenis dessert dah makan. 

Yang angkat kadboard McD tu entah-entah masuk jadi pelanggan McD setahun sekali jer. Kecoh plak. 

Pernah dengar tak CSR? Dia buat CSR okey, punyalah banyak cafe konsep library. Mamat ini tak pergi luar negara kot. Ada cafe minum segelas kopi pastu jadi port lepak tengok lappy dan baca buku je pun. 

Janganlah dengki dengan student.

#balasdendam
#studentdatangMcDbukanfreetapibayar
#pelanggantetap
#customerstetap


LAPORAN BERKAITAN


from The Reporter https://ift.tt/2UbftRJ
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/31aDeuH
via IFTTT

'Dia masih isteri saya yang sah!' - Suami nafi laporan media & tegaskan doktor itu jalinkan hubungan dengan isterinya


Didakwa cemburu sehingga sanggup bawa geng belasah doktor di hospital Sungai Petani, suspek utama dalam video viral tempoh hari tampil menafikan semua dakwaan itu dan menegaskan bahawa dia berada di pihak yang benar. 

Menurut Amir Fakhrurrazi, dia bukannya gila talak seperti yang didakwa dan wanita itu masih merupakan isterinya yang sah. 

Menjelaskan lebih lanjut, Amir berkata dia bertindak memukul doktor berkenaan kerana menjalinkan hubungan sulit dengan isterinya. 

"Saya mengambil tindakan tersebut kerana doktor tersebut telah menjalinkan hubungan sulit dengan isteri saya.

"Tuntutan kes fasakh kononnya didera oleh saya juga adalah tidak benar kerana saya telahpun memenangi kes fasakh beliau termasuk hak penjagaan anak. 

"Kenyataan (dalam laporan media) bahawa mangsa (doktor) tidak sedarkan diri juga adalah tidak benar kerana doktor tersebut hanya mengalami luka ringan dan bukti-bukti telahpun diperolehi," katanya dalam kenyataan yang dimuat naik di Facebook. 

Selain itu, Amir juga akan membuat aduan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana mengesyaki isterinya memalsukan medical report. 



LAPORAN BERKAITAN


from The Reporter https://ift.tt/2GzS6cm
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/2tcxtQq
via IFTTT

2 doktor cedera digigit, sut hazmat dikoyakkan waris selepas bapa mertuanya meninggal dunia akibat Koronavirus


Dua doktor yang bekerja siang malam untuk menyelamatkan pesakit positif koronavirus telah digigit oleh waris pesakit selepas bapa mertuanya yang berusia 68 tahun meninggal dunia dipercayai akibat wabak itu.

Suspek dilapor menyerang dua doktor berkenaan, malah mengoyakkan sut hazmat dan topeng muka yang digunakan untuk mengelakkan dari terkena jangkitan virus tersebut. 

Pihak berkuasa Daerah Qiaokou di Wuhan berkata, suspek terlalu beremosi dan menyerang dua mangsanya di kepala dan leher. 

Polis telah menahan suspek untuk siasatan dan tindakan selanjutnya. 

Kedua-dua mangsa yang tidak didedahkan identitinya itu tidak mengetahui bila mereka dibenarkan kembali bekerja dan berharap orang awam tidak bertindak menyerang petugas perubatan yang berusaha menyelamatkan pesakit koronavirus. 

Sumber: Daily Mail


from The Reporter https://ift.tt/2REqw3V
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/2S0X2wm
via IFTTT

'Mangsa retak di tengkorak' - Gagal tuntutan fasakh, suspek ajak geng belasah doktor


Viral di media sosial sebelum ini video seorang doktor dibelasah sekumpulan lelaki atas dakwaan 'main' dengan isteri kepada salah seorang suspek. Namun ada individu tampil menafikan dakwaan tidak berasas itu dan menegaskan mangsa hanya membantu isteri suspek membuat laporan polis kerana dipukul. 

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Adzli Abu Shah menjelaskan kes itu berlaku pada 23 Januari lalu di klinik ortopedik di hospital di Sungai Petani yang bermotifkan cemburu. 

Mangsa berusia 30 tahun itu bertugas di hospital itu didatangkan oleh suspek bersama tujuh rakannya untuk membelasah mangsa. 

"Suspek dipercayai cemburu dengan mangsa berikutan mangsa mengenali bekas isteri suspek yang juga seorang jururawat di hospital berkenaan. 

"Tuntutan balas kes fasakh yang dibuat oleh suspek tidak berpihak padanya menyebabkan suspek semakin tidak berpuas hati dengan mangsa. 

"Ekoran kejadian itu, mangsa dimasukkan ke wad kecemasan zon merah berikutan tidak sedarkan diri selain mengalami kecederaan di bahagian bawah mata kiri dan luka pada muka. 

"Pegawai perubatan mengesahkan mangsa mengalami retak pada tengkorak iaitu pada bawah mata sebelah kiri, namun mangsa kini dilaporkan stabil," katanya. 

Suspek utama ditahan sehari selepas kejadian dan direman selama empat hari sebelum dibebaskan dengan jaminan polis. 

Kes disiasat mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan parah. 

Kertas siasatan dirujuk ke Timbalan Pendakwa Raya dan dalam proses tindakan lanjut. 

Sumber: Harian Metro

LAPORAN BERKAITAN



from The Reporter https://ift.tt/2S350ot
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/38S1CUg
via IFTTT

'..dalam bisnes jangan ada tangan ketiga' - Viral rumah terbiar dengan kereta mewah, jiran kongsi kisah disebaliknya


Selasa lalu. pengendali Twitter Geng Travel memuat naik tiga gambar rumah terbiar yang ditinggalkan dengan dua buah kereta yang telah dimamah alam, menimbulka pelbagai reaksi netizen yang ingin tahu cerita di sebalik rumah itu. 

Pelbagai spekulasi yang dibuat sehingga ada yang mengaitkan rumah itu dengan benda-benda mistik. Tampil seorang lelaki yang juga merupakan penduduk kampung di situ menceritakan kisah di sebalik rumah jirannya itu. 

LOKASI rumah ini di Ketereh, Kota Bharu, Kelantan. Aku tengok sendiri proses pembinaan rumah ini. Memang cantik dan high class pada tahun itu. Lima orang stay dalam rumah ini. Diorang memang keluarga yang bahagia. 

Si suami ada beberapa bisnes yang best pada masa itu, macam hardware. Pastu jual pasir yang sedut dari sungai, pastu sewa jentera berat seperti lori dan jengkau tu ha. 

2/3 tahun bisnes diorang sangat maju dan masa si suami dan isterinya sangat baik. Diorang suka tolong orang kampung. Bagi sedekahlah, apalah. Memang baik gais. Sangat-sangat baik dan rezeki diorang bertambah. Dari lori ada 3/4 ketul sampailah ke puluhan ketul lori. 

Pastu si suami baru beli kereta BMW yang korang besar seperti ditunjukkan dalam gambar itu. Then ke setahun seterusnya, dah boleh nampak bisnes diorang ada masalah. Lori dah mula tersadai, ada pekerja ang mogok dan macam-macam lagi hal. Sampailah si suami itu berjumpa dengan ayah aku. Ayah aku ni orang penting di kampung ini ha. 

So dia cerita masalah yang dia hadapi. Masa ini aku cuba untuk korek apa benda. Tetapi tak dapat point sebab ayah aku tak bagi aku masuk campur. Tapi ayah cakap, dalam bisnes jangan ada tangan ketiga dan kena percaya rezeki itu dari Allah. So aku terdiam dengar nasihat dari ayah. 

Hari ke hari memang nampak yang diorang ada masalah dalam bisnes. Lori dh mula tersadai, kereta mewah pun dah mula rehatkan diri. So benda ini jadi curious pada orang kampung. Tapi diorang masih lagi buat baik dengan orang kampung, sedekah dan bagai. 

Sehinggalah diorang pindah tanpa mengucapkan selamat tinggal. So itulah yang menjadi persoalan kepada kami sebagai jiran diorang. Aku difahamkan diorang hanya bawa diri dan pakaian sahaja. Perabot itu masih ada di dalam rumah itu. Gais, perabot diorang adalah perabot ukiran kayu jati dna kayu-kayu mahal. 




So inilah kisah yang aku boleh ceritakan di sebalik rumah misteri ni. Bagi aku, diorang pindah sebab diorang menghadapi masalah kewangan dan masalah dalam bisnes diorang. Kena bomoh ke apa ke, itu biarlah rahsia dan kekal di situ. Korang jangan sebar benda macam-macam pula. 

Rumah itu masih selamat untuk didiami, tapi korang kena buat renovation sikit, tukar apa yang patut. Dan setakat ini rumah itu selamat dari unsur-unsur seram walaupun nampak seram. 


Itu sajalah cerita yang aku mampu nak cerita. Tak boleh cerita lebih-lebih. Aib keluarga itu kena jaga. Jangan pula geng cari cari hantau bagai datang ke kampung aku ni. Kang ada pula yang kena hempuk berjemaah dengan orang kampung. 

Sumber: Amad Qudin


from The Reporter https://ift.tt/2Ocv8MK
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/31ewfko
via IFTTT

'Bagi diorang makan kelawar' - Netizen puas hati 2 samseng belasah pemandu bas didakwa di mahkamah


Padah bikin kecoh menyerang pemandu bas pelancong hanya kerana kemalangan disebabkan salah sendiri, dua lelaki didakwa di Mahkamah Majistret Johor Bharu hari ini. 

Tertuduh, Lim Kia Pin, 39, dan Lai Kok Kong, 32, didakwa atas empat pertuduhan termasuk mendatangkan kecederaan terhadap pemandu bas dan menyerang anggota polis. 

Bagaimanapun, Lim dan Lai memilih membuat pengakuan tidak bersalah ke atas empat pertuduhan tersebut. 

Bagi pertuduhan pertama, Lim dan Lai dituduh secara bersama-sama berkelakuan tidak senonoh dengan bertindak agresif dan membuat bising di Balai Polis Gelang Patah pada 4.35 petang, 24 Januari 2020. 

Mereka juga dituduh menyerang seorang penjawat awam yang juga anggotap olis ketika menahan mereka di lokap balai polis yang sama pada jam 5.51 petang, 24 Januari 2020. 

Mereka didakwa mengikut Seksyen 90 Akta Polis 1967 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM500 atau penjara maksimum enam bulan jika sabit kesalahan serta Seksyen 353 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali. 

Lim dan Lai juga didakwa melakukan khianat dengan merosakkan barang dalam sebuah bas persiaran atau kamera perakam perjalanan dan cermin bas yang dipandu mangsa, Nor Hafiz Nor Azmin, 32, di KM29 Jalan Johor Bahru-Gelang Patah pada 1.45 tengah hari 24 Januari 2020. 

Bagi pertuduhan itu, mereka didakwa mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara minimum satu tahun atau denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan. 

Lai juga dituduh mencederakan mangsa dengan menggunakan mesin gerudi tangan, botol air minuman dan tin penyembur serangga di dalam bas. Lai dituduh mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum tiga tahun, denda, sebatan atau mana-mana dua daripadanya jika sabit kesalahan. 

Sementara itu, Lim pula dituduh mencederakan mangsa dengan menggunakan anggota badannya dan didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan, jika sabit kesalahan boleh dipenjara maksimum atu tahun atau denda RM2,000 atau kedua-duanya sekali. 

Majistret Rashidah Baharom kemudian menetapkan kedua-dua tertuduh dibenarkan diikat jamin sebanyak RM9,500 setiap seorang dengan seorang penjamin. Tertuduh juga dikenakan syarat tambahan agar tidak mengganggu mangsa sepanjang tempoh perbicaraan. 

Kes disebut semula pada 13 Februari depan untuk serahan dokumen. 

Sumber: Harian Metro

LAPORAN BERKAITAN


from The Reporter https://ift.tt/2vyFXCk
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/2Oafy4c
via IFTTT

Mayat budak ditemui tanpa kepala, organnya juga hilang dipercayai telah dimakan haiwan liar


Misteri kematian seorang kanak-kanak yang mayatnya ditemui dalam longkang masih menjadi tanda tanya kerana keadaan mayatnya yang tidak sempurna. 

Disebabkan itu, pihak berkuasa mengalami kesukaran untuk mengenalpasti punca sebenar kematian mangsa. 

Yusuf Ahmad Ghazali, 4, dilaporkan hilang dari Pusat Pendidikan Awal Kanak-Kanak Jannatul Athfaal Jalan Abdul Wahab Syahranie, Indonesia pada Jumaat 22 November 2019. 

8 Disember 2019, mayat mangsa ditemui tanpa kepala di dalam longkang. Selain itu organ badannya seperti jantung, paru-paru, tangan dan beebrapa lagi bahagian lain juga hilang. Malah tulang dadanya juga terkeluar. 

Keluarga mangsa yakin bahawa mayat itu adalah Yusuf kerana bajunya yang dipakainya pada hari terakhir dia dilihat masih dipakai pada badannya. 

Mayat mangsa kemudian dibawa ke hospital untuk tindakan selanjutnya. Hasil pemeriksaan mendapati, polis menemui kulit haiwan reptilia di mayat mangsa. 

Ketua Polis Samarinda Arif Budiman percaya, mangsa terjatuh ke dalam parit lalu dihanyutkan arus deras. 

Ditambah pula pada tempoh kehilangan mangsa, Samarinda dilanda hujan lebat sehingga menyebabkan beberapa kawasan mengalami banjir. 

Penemuan kulit reptilia pada mayat mangsa juga membuatkan polis tidak menolak kemungkinan mangsa telah dimakan haiwan liar. 

Difahamkan, pusat pendidikan awal kanak-kanak itu terletak tidak jauh dari rumah mangsa. 

Pada jam 5 petang, pengasuh pergi ke bilik mandi dan meninggalkan Yusuf bersama dengan teman-teman di dalam kelas. 

Selesai urusan di bilik mandi, pengasuh mendapati pintu kelas dalam keadaan terbuka selain mendapati Yusuf tiada di kelas dan dipercayai keluar seorang diri. 

Ekoran kejadian itu, polis menyoal siasat dua suspek iaitu pengasuh mangsa yang juga pekerja pusat pendidikan awal itu. 

Polis berkata, kematian mangsa adalah akibat terjatuh dalam parit dan kedua-dua suspek akan didakwa di mahkamah kerana lalai sehingga mengakibatkan hilang nyawa anak seseorang. 

Kedua-dua suspek bakal dipenjara lima tahun jika didapati bersalah di atas pertuduhan cuai ketika bertugas. 

Sumber: Sosok


from The Reporter https://ift.tt/2u1nBJJ
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/3147UgS
via IFTTT

Wednesday, 29 January 2020

'Melampau pengasuh ni!' - Ibu bengang perut anaknya diconteng dengan permanent marker


Tindakan pengasuh menconteng perut anak asuhan menggunakan permanent marker menimbulkan kemarahan ibu kepada kanak-kanak terbabit. 

Ibu tunggal, Heather, hanya mengetahu perut anaknya diconteng dengan permanent marker ketika dia mahu menukar lampin anaknya itu dengan pesanan, "Mum, I'm out of diapers" semata-mata mahu mengingatkan dia untuk membeli lampin. 

Menurut Heather, kebiasaannya pihak pusat jagaan akan meletakkan laporan aktiviti dua anaknya di bekas makanan untuk disemak. Laporan itu mengandungi maklumat seperti kelakuan anak-anaknya bila lampin mereka ditukar dan sama ada mereka memerlukan lampin pakai buang atau tisu basah lebih. 

Heather mengakui dia mungkin terlepas pandang laporan itu sehingga menyebabkan perut anaknya diconteng. 

"Kalau saya terlepas pandang pun, pengasuh boleh bersemuka dengan saya dan beritahu anak perlukan lampin lebih. Tetapi yang sebaliknya pula berlaku. 

"Saya dah cuba lap perut Milo dengan tisu basah beberapa kali, tetapi kesan marker itu agak sukar nak dibuang.


"Saya dah rancang nak bawa mereka pergi bermain di pantai, tapi sekarang dah tak dapat disebabkan perutnya diconteng," katanya. 

Ramai netizen terutamanya golongan ibu terkejut dengan tindakan pengasuh yang tidak bertanggungjawab itu. 

"Buat laporan, ini dah melampau sangat. Ada banyak lagi cara lain nak maklumkan kepada ibu, bukannya aniaya budak macam ni," kata netizen. 

"Tak sangka ada pengasuh yang sanggup buat macam ni pada anak awak. Awak tak overeact pun. Tindakan pengasuh ini jelas sekali tidak profesional," tambah netizen lain. 

Sumber: Mirror


from The Reporter https://ift.tt/2vyf5lW
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/2O9dGc0
via IFTTT

(Video) Sakit hati dipanggil 'Gemuk', suspek cekik & bakar rakan sekerjanya sehingga mati


Walaupun dituduh membunuh dan membakar jasad seorang wanita, lelaki ini tidak sedikit pun gentar atau takut. Ketika disoal siasat, suspek tetap santai melahap makanannya seperti dirinya langsung tidak bersalah. 

Ali Heri Sanjaya, 27, ditahan di Banyuwangi, Indonesia selepas mayat mangsa ditemui tiga hari selepas kejadian dalam keadaan yang mengerikan. 

Ketua Polis Banyuwangi, Arman Asmara Syarifuddin, berkata, motif kejadian adalah kerana sakit hati di mana mangsa yang juga merupakan rakan sekerja suspek, selalu memanggil suspek "Boboho' kerana badannya gemuk sehingga membuatkan suspek sakit hati. 

"Kami percaya ia berlaku disebabkan suspek sakit hati dengan mangsa yang selalu memanggilnya begitu," katanya. 

Suspek turut mengaku melakukan pembunuhan itu dalam satu video viral di media sosial. 

"Hei, berselera betul kamu makan. Enak ye makanan itu?" soal polis yang merakam video tersebut. 

Suspek yang mulutnya penuh tidak dapat membalas pertanyaan anggota itu, hanya sekadar mengangguk. 

"Kamu tak ada perasaan ke walaupun dah bunuh dan bakar orang," soal polis itu lagi.


DICEKIK SEBELUM DIBAKAR 

Menurut keluarga mangsa, Rosida, 18, keluar dari rumah pada pagi Jumaat untuk pergi bekerja. Namun mangsa tidak pulang beberapa hari membuatkan keluarganya risau. 

Tiga hari kemudian (25 Januari 2020), mayat mangsa ditemui seorang pekebun, dalam keadaan hangus hampir keseluruhan badannya di atas timbunan jerami. 

Pada awal polis sukar mengesan identiti mangsa dan selepas dua hari kemudian mereka berjaya identiti sebenar mangsa berdasarkan rekod pergigian dan anggota badan dari data orang hilang. 

Pemeriksaan mendapati ada kesan cekikan di leher dan polis percaya mangsa telah dicekik sehingga mati sebelum dibakar suspek. 

Suspek bakal berdepan dengan hukuman mati atau penjara seumur hidup.

Sumber: Sosok


from The Reporter https://ift.tt/36Fy7n6
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/312RIN2
via IFTTT

(Video) Bengang tak dapat ubat, lelaki dari Wuhan ini sengaja batuk depan 2 petugas hospital


Bengang bekalan ubat kehabisan stok, lelaki yang mengalami demam ini sengaja batuk di hadapan dua petugas hospital dalam kejadian di Hospital Ibu dan Kanak-Kanak Hubei pada 27 Januari 2020. 

Difahamkan, lelaki terbabit berasal dari Wuhan datang ke hospital itu bersama dengan teman wanitanya untuk membeli ubat-ubatan yang disarankan oleh doktor untuk merawat demamnya. 

Video rakaman kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan kedua-duanya memakai topeng muka. Selepas dimaklumkan bahawa bekalan ubat yang dipinta itu kehabisan stok, lelaki itu terus menanggalkan topengnya dan batuk secara sengaja di hadapan dua petugas berkenaan. 

Terkejut dengan tindakan lelaki itu, mereka terus menjauhkan diri. 

Setelah diperiksa, doktor mengesahkan lelaki itu hanya mengalami masalah kesihatan biasa dan. Namun disebabkan tindakan itu, pihak hospital terpaksa membersihkan tempat tersebut. Laporan polis juga telah dibuat terhadap lelaki itu untuk tindakan lanjut. 




from The Reporter https://ift.tt/2U86FM8
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/3aVk68o
via IFTTT

'Kalau itu yang terbaik untuk Ayden, saya terima dia semula' - Bella sedia terima semula bekas suami, Aliff


Kenyataan Bella Astillah yang tidak menolak kemungkinan untuk menerima semula bekas suaminya, mengejutkan ramai netizen. Tetapi bagi Bella, jika itu adalah jalan yang terbaik untuk anak mereka, Mohamad Ayden Adrean, maka dia akan terima biarpun ramai yang akan bercakap mengenai keputusannya itu. 

"Kalau itu yang terbaik untuk Ayden, saya terima dia semula walaupun orang akan bercakap macam-macam," katanya memetik laporan dari Harian Metro, 29 Januari 2020. 

Bella berkata, dia tidak pernah membenci Aliff Aziz, malah hubungan mereka baik.

"Hubungan kami baik-baik saja. Saya sendiri tak pernah membenci dia. Mengenai status hubungan kami, kami simpan dulu atas permintaan keluarga. Tapi, apabila sudah tiba masanya, kami akan kongsikan," katanya. 

Bagi Bella, perpisahan yang berlaku telah banyak mengubah bekas suaminya itu menjadi orang yang lebih baik. Meskipun tidak meletakkan harapan 100 peratus, Bella cuba 'go with the flow'. 

"Saya susah nak dekat dengan lelaki lain. Saya percaya, perpisahan itu mengajar dan mematangkannya. Saya percaya apa yang berlaku banyak mengubah dia.

"Dalam sebulan, ada beberapa kali saya akan ke Singapura dan setiap kali itu juga saya akan mencuri waktu untuk membawa Ayden bertemu dengan Aliff. 

"Di sana, Aliff sebenarnya sedang sakit. Keluarganya sedang berusaha mencari alternatif untuk mengubatinya. Saya pun hanya mampu berdoa supaya semuanya dipermudahkan. 

"Apabila dirujuk kepada ustaz, kami dimaklumkan bahawa ada orang yang tidak berpuas hati dengan Aliff dan inginkan dia sakit sehingga menjadi gila," katanya yang turut terkejut perkara seperti itu masih berlaku pada zaman ini. 

Sumber: Harian Metro


from The Reporter https://ift.tt/38P9YMm
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/2t6nfB2
via IFTTT

Kerajaan setuju kenakan hukuman berat untuk pemandu mabuk


Kabinet hari ini bersetuju untuk meminda undang-undang bagi mengenakan hukuman lebih berat terhadap pemandu di bawah pengaruh alkohol dan dadah; serta pemandu yang memandu secara berbahaya hingga mengakibatkan maut.

Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook berkata tiga seksyen di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987 iaitu Seksyen 41, 44 dan 45 akan dikaji semula bagi memperketatkan undang-undang sedia ada dengan hukuman yang lebih berat.

Loke berkata kementeriannya akan memulakan perbincangan dengan pihak berkepentingan termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM), Peguam Negara dan agensi berkaitan untuk membolehkan pindaan itu dibawa ke Parlimen seawal Julai.

Mengenai Seksyen 45 berhubung kepekatan alkohol pemandu yang dicadangkan dipinda, Loke berkata undang-undang di Malaysia buat masa ini mengenakan had alkohol pemandu 80 miligram alkohol bagi setiap 100 mililiter darah berbanding piawaian Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) iaitu 50 miligram alkohol bagi setiap 100 mililiter darah.

"Peruntukan sekarang ini kurang ketat berbanding piawaian antarabangsa, WHO," katanya dalam sidang media pasca Kabinet di kementeriannya di sini hari ini.

Turut akan dipinda ialah Seksyen 41 mengenai pemanduan secara melulu dan berbahaya sehingga mengakibatkan kematian yang kini sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara minimum dua tahun dan maksimum 10 tahun; dan denda minimum RM5,000 dan maksimum RM20,000.

Pindaan Seksyen 44 pula mengenai pemandu yang memandu dalam keadaan mabuk dan pengaruh dadah yang kini jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara tidak kurang tiga tahun atau tidak melebihi 10 tahun dan denda tidak kurang RM8,000 dan tidak melebihi RM20,000.

Mengulas cadangan kerajaan Taiwan untuk mengenakan hukuman mati ke atas pemandu mabuk yang menyebabkan kemalangan maut, Loke berkata Malaysia tidak perlu mengikut undang-undang negara lain.

"Kita ada undang-undang sendiri, tidak semestinya perlu ikut undang-undang negara lain.

"Itu yang kita akan bincang berdasarkan piawaian antarabangsa dan hukuman yang lebih berat dan ketat akan dikenakan tapi apakah jenis hukuman itu, perlu kita dapatkan dahulu input daripada pelbagai pihak," katanya.

Sumber: Bernama


from The Reporter https://ift.tt/2Rzb0X7
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/2RSnNTm
via IFTTT
loading...